Daerah Kecil Sematan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Daerah Kecil Sematan
Map of Lundu District, Sarawak.svg
Daerah Kecil Sematan yang terletak di Malaysia Timur
Daerah Kecil Sematan
Daerah Kecil Sematan
Koordinat: 1°48′15″N 109°31′30″E / 1.80417°N 109.52500°E / 1.80417; 109.52500Koordinat: 1°48′15″N 109°31′30″E / 1.80417°N 109.52500°E / 1.80417; 109.52500
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianBahagian Kuching
Kerajaan
 • Pihak berkuasa tempatanPejabat Daerah Kecil Sematan
Luas
 • Jumlah442.5 km2 (170.9 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah7,602
 • Kepadatan17/km2 (44/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
94100

Daerah Kecil Sematan ialah sebuah daerah kecil di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia.[1] Ia adalah sebahagian daripada Bahagian Kuching yang merangkumi Lundu, Sematan, Kuching, Padawan dan Bau.[2] Pekan pentadbiran bagi daerah kecil ini ialah Sematan. Ia terletak di bawah Daerah Lundu.[3]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Sematan berada di barat daya negeri Sarawak.

Sematan merupakan daerah kecil di penghujung negeri Sarawak. Ia berjiran dengan Daerah Lundu di tenggara dan sempedan antarabangsa di barat dengan negara jiran, Indonesia. Sematan berhadapan langsung dengan Laut China Selatan di utaranya. Ia memiliki keluasan sebanyak 442.5 kilometer persegi.[4]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan, bancian Malaysia 2010 jumlah penduduk di Daerah Kecil Sematan ialah seramai 7,602 orang.[5] Kebanyakannya Penduduk di daerah kecil Sematan beretnik Melayu, dengan jumlah 3,737 orang, kemudian diikuti dengan etnik Bidayuh (2,452 orang) Cina (890 orang), Iban (245 orang), Bumiputera Lain (78 orang), Melanau (18 orang), India (9 orang) dan paling sedikit ialah penduduk beretnik lain-lain sebanyak tiga orang.[5]

Jumlah penduduk mengikut etnik pada tahun 2010.[5]
No. Kategori Jumlah (orang) Etnik Jumlah (orang)
1 Warganegara Malaysia 7,432 Melayu 3,737
2 Iban 245
3 Bidayuh 2,452
4 Melanau 18
5 Bumiputera Lain 78
6 Cina 890
7 India 9
8 Lain-lain 3
9 Bukan warganegara 170 Tiada data 170

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Toponymic Guidelines for Map and Other Editors for International Use" [Dokumen Toponimi Bagi Editor Peta Dan Lain-Lain Untuk Kegunaan Antarabangsa] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi. 2017. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-05-23. Dicapai pada 22 Mei 2021.
  2. ^ M. Mohizah, S. Julia and W. K. Soh (2006). A Sarawak Gazetteer [Gazetir Sarawak] (PDF). Jabatan Hutan Sarawak dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. ISBN 983-2181-86-0. OCLC 85818866. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Julai 2011. Dicapai pada 18 Mei 2021.
  3. ^ "Latar Belakang Daerah Lundu". lundudc.sarawak.gov.my. Majlis Daerah Lundu. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-13. Dicapai pada 20 November 2020.
  4. ^ "Kuching Resident Office: Kuching Profile". Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Januari 2010. Dicapai pada 8 Mei 2010.
  5. ^ a b c "Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Jadual Mukim Sarawak" (PDF). statistics.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. 2010. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2012-02-27. Dicapai pada 10 Disember 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]