Daerah Kecil Tungku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tungku
Tungku Sabah-Urusetia-Daerah-Kecil-Tungku-04.jpg
Negara Malaysia
Negeri Sabah
Bahagian di SabahLahad Datu

Tungku merupakan sebuah Daerah Kecil yang terletak dalam Daerah Lahad Datu, Sabah, Malaysia.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Pantai Tungku

Keluasan Daerah Kecil Tungku berdasarkan gazet ialah 4,144 kilometer persegi (1600 batu persegi) merangkumi sebahagian kawasan Segama, keseluruhan kawasan Dam, keseluruhan kawasan Silabukan, keseluruhan kawasan Bakapit, mukim Tungku, Mukim Tambisan hingga ke kuala Meruap dan sebahagian daripada mukim Tomanggong.

Sempadan Daerah asal diwartakan pada 1 Jun 2007. Pengwujudan Daerah Kecil Tungku ini diluluskan oleh Kabinet pada Mac 2009. Berhadapan Laut Sulawesi. Topografi berbukit bukau dengan Banjaran Begahak mencapai ketinggian 760 meter dan tanah-tanah rendah hingga ke Semenanjung Dent.

Penduduk

Jumlah penduduknya ialah 77,000.00 orang terdiri dari suku kaum Bagahak, Bajau, Idahan dan Iranun, Suluk dan lain-lain.

Ekonomi

Tungku adalah salah satu daerah di pantai Timur Sabah yang terkenal dengan hasil pengeluaran minyak sawit dan agar-agar (Rumpai Laut). Ekonomi di Tungku adalah berasaskan pertanian, perikanan dan perkilangan (Crode Palm Oil). Ini adalah kerana Felda berada di dalam ADUN N49 Tungku dan ianya di antara Felda yang terbesar di Malaysia. Selain itu penanaman agar-agar juga dilaksanakan di daerah Tungku.Tungku menyumbang 90 % pengeluaran hasil agar-agar di Daerah Lahad Datu dan kedua tertinggi di pantai timur Sabah.

Kedai di Pekan Tungku


Koordinat: 5°24′N 116°12′E / 5.400°N 116.200°E / 5.400; 116.200