Daerah Kubang Pasu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Daerah Kubang Pasu
Daerah Kubang Pasu
Transkripsi lain
 • Jawiكوبڠ ڤاسو
 • Cina古邦巴素县
 • Tamilகுபாங் பாசு
Lokasi Daerah Kubang Pasu di Kedah
Lokasi Daerah Kubang Pasu di Kedah
Koordinat: 6°20′N 100°20′E / 6.333°N 100.333°E / 6.333; 100.333Koordinat: 6°20′N 100°20′E / 6.333°N 100.333°E / 6.333; 100.333
Negara Malaysia
Negeri Kedah
KerusiJitra
Pihak berkuasa tempatanMajlis Perbandaran Kubang Pasu
Kerajaan
 • Yang Dipertua Majlis PerbandaranAzmin bin Zainol Abidin[1]
Luas
 • Jumlah945.97 km2 (365.24 batu persegi)
Penduduk
 (2010)[3]
 • Jumlah214,479
 • Kepadatan230/km2 (590/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tiada)
Poskod
06xxx
Kod panggilan+6-04
Nombor plat kenderaanK

Kubang Pasu adalah salah sebuah daerah yang terletak di bahagian utara negeri Kedah[4]. Pusat pentadbiran bagi daerah ini ialah Jitra. Bukit Kayu Hitam yang terletak di utara Kubang Pasu menjadi salah satu pintu antarabangsa antara Malaysia dan Thailand.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1839, Kubang Pasu pernah diserah untuk diperintah oleh Tunku Anum Tunku Abdul Rahman yang telah berjaya mengembalikan hubungan diplomatik antara Kedah dan Siam ketika Perang Musuh Bisik pada 1821.[5] Tunku Anum telah diberikan kuasa untuk memerintah Negeri Kubang Pasu dan baginda seterusnya menamakannya dengan Kubang Pasu Darul Qiyam yang bermaksud negeri yang berdiri tegak atau tersendiri dengan pusat pentadbiran pada ketika itu terletak di Pulau Pisang. Hanya dua orang raja yang sempat memerintah kerajaan ini sebelum disatukan semula dengan Kedah pada tahun 1864.[6]

Pada 22 Oktober 2018, pihak berkuasa tempatan Majlis Daerah Kubang Pasu telah dinaik taraf ke taraf perbandaran sebagai Majlis Perbandaran Kubang Pasu.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Daerah Kubang Pasu terletak di bahagian utara negeri Kedah bersempadan dengan negara Thailand di utara, Daerah Padang Terap di timur, Daerah Kota Setar dan Daerah Pokok Sena di selatan serta Negeri Perlis dan Selat Melaka di barat.

Mukim[sunting | sunting sumber]

Map of Kubang Pasu District, Kedah.svg

Terdapat 21 buah mukim dalam daerah Kubang Pasu yang diketuai seorang penghulu setiap mukim.

Bil Nama mukim Jumlah penduduk

(2010)[7]

Keluasan

(km²)[8]

1 Mukim Ah 4,243 28.12
2 Mukim Binjal 3,504 22.9
3 Mukim Bukit Tinggi 6,724 8.12
4 Mukim Gelong 10,830 28.6
5 Mukim Husba 3,393 26.41
6 Mukim Jeram 7,828 38.17
7 Mukim Jerlun 17,299 65.05
8 Mukim Jitra 23,710 13.12
9 Mukim Kepelu 9,271 40.72
10 Mukim Kubang Pasu 2,698 41.13
11 Mukim Malau 3,209 48
12 Mukim Naga 28,135 47.15
13 Mukim Padang Perahu 3,276 19.57
14 Mukim Pelubang 9,371 12.38
15 Mukim Pering 6,679 40.51
16 Mukim Putat 5,012 28.39
17 Mukim Sanglang 11,891 42.84
18 Mukim Sungai Laka 13,351 110.4
19 Mukim Temin 35,913 220.3
20 Mukim Tunjang 6,542 31.58
21 Mukim Wang Tepus 1,600 27.27

Bandar[sunting | sunting sumber]

Bandar Changlun
Bandar Kodiang

Berikut merupakan beberapa bandar dan pekan di daerah Kubang Pasu

  1. Bandar Changloon
  2. Bandar Jitra
  3. Bandar Kodiang
  4. Bandar Tunjang
  5. Bandar Darulaman
  6. Bandar Padang Sera
  7. Bandar Kepala Batas
  8. Bandar Bukit Kayu Hitam
  9. Pekan Ayer Hitam
  10. Pekan Kuala Sanglang
  11. Pekan Sanglang
  12. Pekan Bukit Kayu Hitam
  13. Pekan Kerpan
  14. Pekan Sintok
  15. Pekan Napoh
  16. Pekan Sungai Korok

Demografi[sunting | sunting sumber]

Pecahan jumlah penduduk di daerah Kubang Pasu mengikut kaum (2010)

  Melayu dan bumiputera lain (86.2%)
  Cina (7.7%)
  India (2.3%)
  Lain-lain (1.5%)
  Bukan warganegara (2.3%)

Pecahan jumlah penduduk di daerah Kubang Pasu mengikut jantina (2010)

  Lelaki (48.8%)
  Perempuan (51.2%)

Mengikut bancian penduduk Malaysia 2010, jumlah penduduk di daerah Kubang Pasu ialah seramai 214,479 orang dengan kepadatan 230 orang perkilometer persegi[8]. Terdapat sebanyak 47,731 isi rumah dengan 57,246 tempat kediaman. Majoriti penduduk berbangsa Melayu iaitu seramai 184,135 orang.[7]

Jumlah penduduk mengikut kaum (2010)
Warganegara Kaum Jumlah
Warganegara Malaysia Melayu 184,135
Bumiputera lain 799
Cina 16,555
India 4,846
Lain-lain 3,128
Bukan warganegara tiada data 5,016
Jumlah penduduk mengikut kumpulan umur (2010)
Kumpulan umur Jumlah
70 tahun dan ke atas 8,880
60 hingga 69 tahun 11,784
50 hingga 59 tahun 20,019
40 hingga 49 tahun 24,248
30 hingga 39 tahun 24,372
20 hingga 29 tahun 43,682
10 hingga 19 tahun 45,490
9 tahun dan ke bawah 36,004
Jumlah penduduk mengikut jantina (2010)
Jantina Jumlah
Lelaki 104,688
Perempuan 109,791

Kerusi di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri[sunting | sunting sumber]

Senarai wakil daerah Kubang Pasu dalam Dewan Rakyat;

Parlimen Nama kerusi Ahli Parlimen Parti
P5 Jerlun Mukhriz Mahathir PEJUANG
P6 Kubang Pasu Amiruddin Hamzah PEJUANG

Senarai wakil daerah Kubang Pasu dalam Dewan Undangan Negeri

Parlimen Negeri Nama kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri Parti
P5 N3 Kota Siputeh Salmee Said Pakatan Harapan (PH)
P5 N4 Ayer Hitam Azhar Ibrahim Perikatan Nasional (PAS)
P6 N5 Bukit Kayu Hitam Halimaton Shaadiah Saad Perikatan Nasional (PPBM)
P6 N6 Jitra Mukhriz Mahathir PEJUANG

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Sebuah sekolah rendah di Changlun

Berikut merupakan statistik institusi pendidikan di daerah Kubang Pasu sehingga tahun 2019[9];

Sekolah*

Jenis sekolah Bilangan

sekolah

Jumlah murid Jumlah guru
Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan
Sekolah rendah 58 11,251 10,606 579 1,427
Jumlah 58 21,857 2,006
Sekolah menengah 25 8,326 8,821 533 1,151
Jumlah 25 17,147 1,684
Keseluruhan 83 19,577 19,427 1,112 2,578
Jumlah keseluruhan 83 39,004 3,690

*tidak termasuk sekolah swasta atau sekolah di bawah Jabatan Agama Negeri

Pengajian Tinggi

Institusi Jumlah staf

akademik

Jumlah

pelajar

Universiti Utara Malaysia 1,297 31,804
Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah 407 5,043
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman 177 1,309
Kolej Komuniti Bandar Darulaman 69 548
Kolej Komuniti Jerlun - 61
Jumlah 1,950 38,765

Pusat Beli belah[sunting | sunting sumber]

Pasaraya Tesco di Jitra
Jitra Mall
  • Tesco Hypermarket
  • Jitra Mall @ Aneka
  • Yawata
  • Minat
  • Pasaraya Cmart





Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Carta Organisasi Majlis Perbandaran Kubang Pasu". Dicapai pada 2021-12-30.
  2. ^ "Latar Belakang". Dicapai pada 30 December 2021.
  3. ^ "Taburan penduduk mengikut kawasan pihak berkuasa tempatan dan mukim 2010". Dicapai pada 2021-12-30. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  4. ^ Peta lokasi Kubang Pasu
  5. ^ Suzalina Halid 2015
  6. ^ "Sultan Kubang Pasu". Dicapai pada 2021-12-30.
  7. ^ a b "Taburan penduduk mengikut kawasan pihak berkuasa tempatan dan mukim 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. 266–267.
  8. ^ a b "Kubang Pasu, District in Malaysia". citypopulation.de.
  9. ^ "Statistik Pendidikan". Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 30 Disember 2021.