Pergi ke kandungan

Daerah Kuching

Koordinat: 1°33′40″U 110°20′30″T / 1.561111°U 110.341667°T / 1.561111; 110.341667
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Daerah Kuching
Map
Ralat Lua pada baris 419 di Modul:Peta_lokasi: Nilai koordinat salah bentuk.
Koordinat: 1°33′40″U 110°20′30″T / 1.561111°U 110.341667°T / 1.561111; 110.341667
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianBahagian Kuching
Pusat pentadbiranKuching
Pihak berkuasa tempatan
Kerajaan
 • Pegawai daerahSofhi Haji Jebal
Keluasan
 • Jumlah
1,498 km2 (578 batu persegi)
Penduduk
 (2024)
 • Jumlah
315,716
 • Kepadatan210/km2 (550/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
93xxxx
94xxxx

Kuching merupakan sebuah daerah pentadbiran yang berada di wilayah Sarawak, Malaysia. Daerah ini berada di bawah pentadbiran Bahagian Kuching. Pusat pentadbiran bagi daerah ini ialah Bandaraya Kuching, yang juga merupakan pusat pentadbiran bagi Bahagian Kuching dan wilayah Sarawak.

Daerah ini dianggarkan mempunyai keluasan sebanyak 1,498 kilometer persegi dan jumlah penduduk seramai 315,716 orang pada tahun 2024.[1] Daerah ini juga merupakan daerah paling ramai penduduk dan paling padat di Sarawak.

Daerah Kuching terbahagi kepada empat kawasan mukim bandar, iaitu :

  • Ibu Kota Kuching
  • Petra Jaya
  • Sejingkat
  • Matang

Pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Daerah Kuching terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kuching yang merupakan sebahagian daripada pentadbiran Bahagian Kuching. Terdapat dua pihak berkuasa tempatan yang mentadbir daerah ini iaitu Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan.

Daerah Kuching diletakkan di bawah lapan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berada dalam tiga kawasan Parlimen iaitu:

Taman Negara Bako

Daerah Kuching terletak di barat negeri Sarawak, dan di timur bahagian Kuching. Daerah Kuching bersempadan dengan daerah Asajaya di timur laut, daerah Samarahan dan Siburan di timur, daerah Tebedu di tenggara, daerah Bau dan Lundu di barat serta Laut China Selatan di utara. Daerah ini juga bersempadan antarabangsa dengan Kalimantan Barat, Indonesia di selatan.

Daerah Kuching mempunyai keluasan kira-kira 1,498 kilometer persegi dan mempunyai titik tertinggi mencecah 1,235 meter. Bentuk muka bumi daerah ini kebanyakannya merupakan kawasan rata dan mendatar. Terdapat juga beberapa kawasan di hujung selatan dan utara daerah ini yang merupakan kawasan yang sedikit tinggi dan berbukit.

Di daerah ini terdapat beberapa taman negara seperti Taman Negara Santubong yang terletak di Semenanjung Dumai, Taman Negara Bako dan Taman Negara Tanah Lembap Kuching.

Demografi penduduk

[sunting | sunting sumber]

Populasi penduduk di Daerah Kuching

• Ibu Kota Kuching

Jumlah keseluruhan populasi penduduk di kawasan Ibu Kota Kuching mengikut etnik pada tahun 2024
No. Kategori Jumlah (orang) Etnik Jumlah (orang)
1 Warganegara Malaysia 149,801 Melayu 64,835
2 Cina 51,942
3 Iban 18,076
4 Hindu 10,397
5 Bidayuh 4,380
6 Orang Ulu 112
7 Melanau 40
8 Lain-lain etnik 19
9 Warganegara asing 7,210 Indonesia 5,840
10 Brunei Darussalam 912
11 Pakistan 207
12 Lain-lain negara 251

Petra Jaya

Jumlah keseluruhan populasi penduduk di kawasan Petra Jaya mengikut etnik pada tahun 2024
No. Kategori Jumlah (orang) Etnik Jumlah (orang)
1 Warganegara Malaysia 79,442 Melayu 38,760
2 Cina 25,918
3 Iban 14,102
4 Hindu 480
5 Bidayuh 154
6 Orang Ulu 28
7 Melanau
8 Lain-lain etnik
9 Warganegara asing 830 Indonesia 816
10 Brunei Darussalam
11 Pakistan
12 Lain-lain negara 14

• Sejingkat

Jumlah keseluruhan populasi penduduk di kawasan Sejingkat mengikut etnik pada tahun 2024
No. Kategori Jumlah (orang) Etnik Jumlah (orang)
1 Warganegara Malaysia 48,653 Melayu 28,393
2 Cina 15,840
3 Iban 4,175
4 Hindu 162
5 Bidayuh 70
6 Orang Ulu 13
7 Melanau
8 Lain-lain etnik
9 Warganegara asing 5,148 Indonesia 4,915
10 Brunei Darussalam
11 Pakistan
12 Lain-lain negara 233


Agama di kawasan Daerah Kuching

Agama di Daerah Kuching (2024)
Agama Peratusan
Islam
  
42%
Kristian
  
37%
Buddha
  
18%
Lain-lain
  
2.6%
Tidak beragama
  
0.3%
Tidak diketahui
  
0.1%

Kemudahan

[sunting | sunting sumber]
Hospital Umum Sarawak

Daerah Kuching merupakan sebuah daerah di kawasan bandar dengan fasiliti kemudahan yang lengkap. Dari segi fasiliti pendidikan, daerah ini mempunyai 188 buah sekolah yang diletakkan di bawah pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah Kuching dan Pejabat Pendidikan Daerah Padawan. Dari segi fasiliti kesihatan, daerah ini mempunyai empat hospital kerajaan iaitu Hospital Umum Sarawak, Hospital Petra Jaya, Hospital Psikiatrik Sentosa dan Hospital Rajah Charles Brooke Memorial serta lima hospital swasta. Daerah ini juga mempunyai 22 balai polis dan empat balai bomba.[2]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Malaysia, Department of Statistics. "Kuching Kawasanku | OpenDOSM". open.dosm.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-11-12.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama :12

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]