Pergi ke kandungan

Daerah Kulai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kulai
كولاي
Daerah di Malaysia
Transkripsi lain
 • Cina古来县 (Gǔlái Xiàn)
 • Tamilகூலாய் மாவட்டம் (Kūlāi māvaṭṭam )
Bendera Kulai كولاي
Daerah Kulai is located in Bumi
Daerah Kulai
Daerah Kulai (Bumi)
Koordinat: 1°39′31″N 103°36′23″E / 1.658645408097935°N 103.60641192093306°E / 1.658645408097935; 103.60641192093306Koordinat: 1°39′31″N 103°36′23″E / 1.658645408097935°N 103.60641192093306°E / 1.658645408097935; 103.60641192093306
NegaraMalaysia
NegeriJohor Darul Takzim
Pihak Berkuasa Tempatan
PusatBandar Kulai
Pentadbiran
 • Pegawai DaerahZainor bin Adani
Keluasan
 • Jumlah291.02 batu persegi (753.75 km2)
Penduduk
 (2020)[2]
 • Jumlah329,497
 • Kepadatan1,100/batu persegi (440/km2)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)
Poskod
81×××

Daerah Kulai ialah salah satu daerah di negeri Johor, Malaysia dengan ibu daerah Bandar Kulai. Daerah ini terbentuk hasil daripada pecahan bahagian utara Daerah Johor Bahru yang merangkumi bandar Kulai, Ayer Bemban, Bukit Batu, Kelapa Sawit, Saleng, Sedenak, Seelong, Senai, dan Sengkang.

Pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Daerah Kulai ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kulai. Ia terbentuk hasil daripada naik taraf sub-daerah Kulai kepada satu daerah penuh dan diwartakan pada 29 Mac 2007 dan dinamakan sebagai daerah Kulaijaya. Perasmian daerah baru ini telah diisytiharkan pada 21 Jun 2008 oleh Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail Sultan Johor pada ketika itu.

Pada 28 Ogos 2015, Sultan Johor Sultan Ibrahim telah menitahkan Kerajaan Johor untuk menukar semula nama daerah Kulaijaya kepada nama asalnya iaitu Kulai dengan serta-merta[3].

Daerah Kulai terbahagi kepada empat mukim dan sebuah bandar;

Peta daerah Kulai
  1. Mukim Kulai
  2. Mukim Senai
  3. Mukim Sedenak
  4. Mukim Bukit Batu
  5. Bandar Kulai

Daerah Kulai terletak 29 kilometer dari pusat bandar raya Johor Bahru dan lapan kilometer dari Skudai. Daerah ini terletak di selatan negeri Johor.

Daerah Kulai bersempadan dengan daerah Johor Bahru di selatan, Kota Tinggi di timur, Kluang di utara dan Pontian di barat.

Iklim di daerah ini ialah iklim khatulistiwa (Af).[4] Purata suhu ialah 27.3 °C (81.1 °F). Bulan Mei merupakan bulan yang paling panas di kawasan ini dengan suhu mencecah 28 °C (82.4 °F). Bulan Disember dikategorikan sebagai bulan paling sejuk dengan suhu 26.5 °C (79.7 °F).[4] Purata kerpasan di Kulai adalah 2619.6 milimeter pertahun. Bulan Disember merupakan bulan paling tinggi kerpasan dengan 429.1 milimeter manakala bulan yang paling rendah pula Julai dengan 149.1 milimeter.[4]

Data iklim untuk Kulai (1990-2019)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata suhu harian, °C (°F) 26.6
(79.9)
27.1
(80.8)
27.6
(81.7)
27.8
(82.0)
28.0
(82.4)
27.8
(82.0)
27.5
(81.5)
27.4
(81.3)
27.2
(81.0)
27.2
(81.0)
26.9
(80.4)
26.5
(79.7)
27.3
(81.1)
Purata kerpasan, mm (inci) 290.2
(11.43)
159.6
(6.28)
229.1
(9.02)
207.6
(8.17)
195.8
(7.71)
158.5
(6.24)
149.1
(5.87)
183.4
(7.22)
151.9
(5.98)
197.4
(7.77)
267.9
(10.55)
429.1
(16.89)
2,619.6
(103.13)
Sumber: ClimateCharts[4]

Demografi

[sunting | sunting sumber]
Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
2010245,294—    
2020329,497+34.3%
Pecahan etnik di Kulai - Bancian 2020
Agama Peratus
Bumiputera
  
55.0%
Cina
  
33.7%
India
  
10.7%
Lain-lain
  
0.5%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Kulai ialah seramai 329,497 orang dengan kepadatan penduduk 436 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Lebih separuh penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk lebih 55 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Lebih 14 peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[5]

Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 117:100. Terdapat 83,756 tempat kediaman dengan sebanyak 77,199 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 246 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 68 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 14 ribu orang merupakan warga tua.

Kewarganegaraan Kaum Jumlah
Warganegara Malaysia Bumiputera 155,332
Cina 95,259
India 30,225
Lain-lain 1,483
Bukan warganegara N/A 47,198
Agama di Kulai - Bancian 2020
Agama Peratus
Islam
  
55.1%
Buddha
  
27.9%
Hinduisme
  
11.5%
Kristian
  
3%
Tidak beragama
  
1.4%
Lain-lain
  
1.1%

Majoriti penduduk di daerah Kulai beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Agama kedua terbesar merupakan agama Buddha yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar merupakan agama Hindu yang majoritinya terdiri daripada penduduk berbangsa India. Penduduk berbangsa bumiputera lain dan etnik yang lain terdiri daripada mereka yang menganut Kristian dan beberapa agama lain serta tidak beragama.[5]

Agama Jumlah
Islam 181,646
Buddha 91,809
Hindu 37,923
Kristian 9,741
Lain-lain 3,760
Tidak beragama 4,617
Tidak diketahui 1

Kebanyakan penduduk tempatan bergiat dalam sektor pertanian, terutamanya di ladang getah dan kelapa sawit. Ada juga yang berniaga secara kecil-kecilan sepanjang jalan besar. Daerah Kulai mempunyai antara penempatan FELDA terawal di negeri Johor iaitu Felda Taib Andak. Daerah ini masih merupakan antara kawasan penanaman kelapa sawit yang paling utama berikutan banyak ladang kelapa sawit di daerah ini.

Keadaan ekonomi di Kulai semakin berkembang berikutan pertambahan kilang yang dibina di Kulai dan Senai. Daerah Kulai juga berada di dalam kawasan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

  1. ^ [1]
  2. ^ "Population Distribution and Basic Demographic Characteristics, 2010" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 May 2014. Dicapai pada 19 April 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ "Sultan: Tukar balik nama Kulai serta-merta". Malaysiakini. 28 Ogos 2015. Dicapai pada 4 Mac 2023.
  4. ^ a b c d Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2020). "ClimateCharts.net – Kulai". Technical University of Dresden. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 2021-06-20.
  5. ^ a b https://www.dosm.gov.my/mycendash/