Daerah Pokok Sena

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Daerah Pokok Sena
Daerah Pokok Sena
Transkripsi lain
 • Jawi ڤوكوق سنا
 • Cina波各先那县
 • Tamilபொக்கோக் சேனா
Lokasi Daerah Pokok Sena di Kedah
Lokasi Daerah Pokok Sena di Kedah
Koordinat: 6°10′N 100°30′E / 6.167°N 100.500°E / 6.167; 100.500Koordinat: 6°10′N 100°30′E / 6.167°N 100.500°E / 6.167; 100.500
Negara Malaysia
Negeri Kedah
KerusiPokok Sena, Kedah
Pihak berkuasa tempatanMajlis Bandaraya Alor Setar
Luas
 • Jumlah242.4 km2 (93.6 batu persegi)
Penduduk
 (2010)[2]
 • Jumlah48,347
 • Kepadatan200/km2 (520/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
Poskod
06xxx
Kod panggilan+6-04
Nombor plat kenderaanK

Daerah Pokok Sena terletak di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Daerah ini merupakan daerah ke-12 yang dibentuk daripada enam buah mukim yang dahulunya di bawah pentadbiran daerah Kota Setar. Daerah ini telah diisytiharkan sebagai sebuah daerah baru oleh Sultan Kedah pada 2009.

Secara umumnya, Daerah Pokok Sena merupakan daerah pertanian dengan melibatkan aktiviti utama iaitu penanaman padi dengan keluasan 2,816 hektar, getah (9,883 hektar), dusun (416 hektar) dan koko (2.5 hektar). Terdapat kira-kira 12 premis pelbagai jenis perusahaan ringan atau industri kecil khususnya yang berasaskan kayu dan memproses padi di daerah yang mendapat nama sempena nama tumbuhan 'Pokok Sena' itu.

Asal-Usul Nama[sunting | sunting sumber]

Nama daerah ini diambil bersempena dengan nama sejenis pokok iaitu Pokok Sena yang dikenali juga sebagai Angsana (Pterocarpus indicus) yang banyak tumbuh di tepi sungai.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Daerah Pokok Sena sebelum ini terletak dalam daerah Kota Setar namun telah dijadikan sebuah daerah baru dan masih lagi ditadbir oleh Majlis Bandaraya Alor Setar. Keputusan mewujudkan daerah berkenaan bertujuan mengurangkan sedikit keluasan daerah Kota Setar yang terlalu besar merangkumi tiga kawasan Parlimen iaitu Kuala Kedah, Alor Setar dan Pokok Sena.

Pengisytiharan Pokok Sena sebagai daerah baru akan membantu melicinkan pengurusan berkaitan pihak berkuasa tempatan selain memberi kesan mendalam terhadap gerak kehidupan harian masyarakat setempat. Pembinaan projek-projek infrastruktur yang merentasi daerah berkenaan dijangka merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di situ.[3]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Daerah Pokok Sena bersempadan dengan daerah Kota Setar di barat, daerah Kubang Pasu di utara, daerah Padang Terap di barat dan daerah Pendang di selatan. Daerah Pokok Sena mempunyai keluasan sebanyak 244 kilometer persegi menjadikannya sebagai daerah kedua terkecil di Kedah.[4]

Daerah ini juga terletak kira-kira 17 kilometer di timur Alor Setar, ibu negeri Kedah dan kira-kira 361 kilometer di utara Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir daerah Pokok Sena ialah Majlis Bandaraya Alor Setar.

Dalam segi politik, daerah Pokok Sena terletak dalam Parlimen Pokok Sena dan dibahagikan kepada tiga kawasan negeri iaitu Derga, Bukit Lada dan Bukit Pinang.[5]

Ahli Dewan Rakyat

Parlimen Nama Kerusi Ahli Parlimen Parti
P008 Pokok Sena Mahfuz Omar PH (Amanah)

Ahli Dewan Undangan Negeri

Dun Kedudukan Nama Ahli Negeri Parti
N09 Bukit Lada Salim Mahmood PN (PAS)
N10 Bukit Pinang Wan Romani Wan Salim PN (PAS)
N11 Derga Tan Kok Yew PH (DAP)

Mukim dan pekan[sunting | sunting sumber]

Daerah Pokok Sena dibahagikan kepada enam buah mukim.

Map of Pokok Sena District, Kedah.svg
Bil Mukim Penduduk (2010)[6]
1 Gajah Mati 12,607
2 Jabi 12,498
3 Tualang 6,776
4 Lesong 5,979
5 Bukit Lada 6,551
6 Derang 3,936

Bandar dan pekan

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Secara umumnya, Pokok Sena merupakan daerah pertanian dengan melibatkan aktiviti utama iaitu penanaman padi dengan keluasan 2,816 hektar, getah (9,883 hektar), dusun (416 hektar) dan koko (2.5 hektar). Terdapat kira-kira 12 premis pelbagai jenis perusahaan ringan atau industri kecil khususnya yang berasaskan kayu dan memproses padi.

Projek menaik taraf jalan raya Persekutuan dari Alor Setar ke Durian Burung yang sedang dilaksanakan merupakan antara pemangkin kemajuan ekonomi daerah Pokok Sena.[3]

Perbandaran[sunting | sunting sumber]

Metropolitan Alor Setar[sunting | sunting sumber]

Dalam tempoh 10 tahun akan datang, kawasan metropolitan ini akan diduduki seramai lebih sejuta penduduk di kawasan sekitar Alor Setar, Jitra, Pokok Sena, Pendang, Kuala Nerang, Padang Sanai dan Durian Burung.

Zon metropolitan Alor Setar merangkumi bandar-bandar utama disekitar Bandaraya Alor Setar, Pokok Sena dan Pendang yang mempunyai penduduk melebihi 700 ribu orang. Bandar-bandar ini membentuk sebuah kawasan metropolis, menjadikan kawasan metropolis kelima terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur-Lembah Klang, Johor Bahru- Singapura, Lembah Kinta, dan Zon Metropolitan Georgetown.[3]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2020, terdapat sebanyak 21 buah sekolah di daerah Pokok Sena iaitu 16 buah sekolah rendah dan 5 buah sekolah menengah. Seramai 215 orang guru lelaki dan 480 orang guru wanita telah ditempatkan di sekitar daerah ini. Jumlah pelajar di daerah ini pula seramai 3,393 orang murid lelaki dan 3,308 orang murid perempuan.[7]

Berikut merupakan senarai sekolah di daerah Pokok Sena;

Sekolah rendah

Sekolah menengah

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Jalan Raya[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Negeri Kedah telah merancang untuk membina jalan di sini. Antaranya ialah

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ User, Super. "Info Pokok Sena". ptps.kedah.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 2017-11-26.
  2. ^ "Taburan Penduduk Mengikut Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan Mukim 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. 268. Dicapai pada 2022-01-21.
  3. ^ a b c d User, Super. "Info Pokok Sena". ptps.kedah.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 2017-11-26.
  4. ^ "Laporan Kajian Semula Persempadanan" (PDF). Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. 2018. m/s. 96. Dicapai pada 2022-01-12.
  5. ^ "Laporan Kajian Semula Persempadanan" (PDF). Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. 2018. m/s. 101. Dicapai pada 2022-01-12.
  6. ^ "Taburan Penduduk Mengikut Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan Mukim 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. 268. Dicapai pada 2022-01-21.
  7. ^ "Statistik Pendidikan". Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 15 Januari 2022.