Pergi ke kandungan

Daerah Sebuyau

Sebuyau
سبوياو
Sebuyauسبوياو yang terletak di Malaysia Timur
Sebuyauسبوياو
Sebuyau
سبوياو
Koordinat: 1°31′30″U 110°55′45″T / 1.52500°U 110.92917°T / 1.52500; 110.92917
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianSamarahan
Kerajaan
  Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Sebuyau
Keluasan
  Jumlah
625.07 km2 (241.34 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
  Jumlah
13,200
  Kepadatan21/km2 (55/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)

Daerah Sebuyau ialah sebuah daerah di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia.[1][2] Daerah ini adalah sebahagian daripada Bahagian Samarahan yang merangkumi Samarahan, Simunjan, Sebuyau, Sadong Jaya dan Asajaya.[2] Pekan pentadbiran bagi daerah ini ialah Pekan Sebuyau. Sebuyau dahulu merupakan daerah kecil yang terletak dalam pentadbiran Daerah Simunjan.[3]

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Daerah Sebuyau mendapat namanya daripada perkataan "buyo" yang berasal dari Bahasa Melanau jika diterjemahkan secara harfiah bermaksud "ketam". Pada ketika dahulu, terdapat banyak hidupan ketam di kawasan Sebuyau.[3]

Sebelum diangkat sebagai daerah penuh, Daerah Sebuyau hanya merupakan sebuah daerah kecil yang terletak di bawah nauangan Daerah Simunjan, salah sebuah daerah yang membentuk Bahagian Samarahan.[3] Pada tahun 2021, Daerah Sebuyau dibentuk bersama-sama dengan empat daerah lain iaitu Daerah Siburan, Daerah Gedong, Daerah Pantu dan Daerah Pantu sebagai daerah baharu bagi melicinkan pentadbiran negeri Sarawak. Keputusan ini diumumkan oleh Abang Johari Abang Openg selaku Ketua Menteri Sarawak semasa Majlis Pelancaran Gedong.[4][5]

Usaha meningkatkan status daerah kecil kepada daerah penuh bagi Sebuyau oleh kerajaan negeri dilihat sebagai satu langkah yang wajar dan bijak menurut Julaihi Narawi, selaku Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi kawasan Sebuyau. Menurutnya, dengan mengangkat Sebuyau sebagai daerah penuh, pelaksanaan perkhidmatan kerajaan dan projek pembangunan daerah dapat dipercepat.[6]

Daerah Sebuyau terletak di kawasan persisiran pantai.[3] Hampir semua pekan di bawah seliaan Daerah Kecil Sebuyau terletak di kawasan persisiran. Ia bersempadan dengan Daerah Kecil Lingga di tenggara, Isu dan Pantu di selatan, Daerah Simunjan di barat daya dan Asajaya dan Sebangan di barat. Daerah ini juga berhadapan dengan Laut China Selatan di utaranya. Daerah Sebuyau memiliki keluasan sebanyak lebih kurang 625.07 kilometer persegi.[3] Antara ciri-ciri pandang barat fizikal yang terdapat di sini ialah Batang Lupar, Batang Sadong serta Sungai Sebuyau.[2]

Demografi

[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan, bancian Malaysia 2010 jumlah penduduk di Daerah Sebuyau ialah seramai 14,275 orang.[7] Kebanyakannya Penduduk di Daerah Sebuyau beretnik Melayu, dengan jumlah 8,489 orang, kemudian diikuti dengan etnik Iban (5,164 orang), Cina (381 orang), Bumiputera Lain (69 orang), Bidayuh (62 orang), Melanau (44 orang) dan paling sedikit ialah penduduk beretnik India lima orang.[7]

Jumlah penduduk mengikut etnik pada tahun 2010.[7]
No. Kategori Jumlah (orang) Etnik Jumlah (orang)
1 Warganegara Malaysia 14,235 Melayu 8,489
2 Iban 5,164
3 Bidayuh 62
4 Melanau 44
5 Bumiputera Lain 69
6 Cina 381
7 India 5
8 Lain-lain 21
9 Bukan warganegara 40 Tiada data 40

Pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Daerah Sebuyau secara keseluruhannya ditadbirkan oleh Pejabat Daerah Sebuyau. Antara pekan penting dalam pentadbiran kawasan ini ialah Pekan Sebuyau, Sebangan serta Tebelu.[3] Ia juga dipecahkan kepada 78 buah kampung yang dimana setiap kampung mempunyai seorang ketua kaum (ketua kampung, kapitan Cina, tuai rumah).[3] Antara kampung yang dibawah Daerah Sebuyau ialah Kampung Plaie Atas, Kampung Plaie Baroh, Kampung Raba, Kampung Selangking, Kampung Lunying , Kampung Sagu, Kampung Arus Melayu, Kampung Seruyuk, Kampung Tungkah Dayak, Kampung Tungkah Melayu, Kampung Bulan, Kampung Bulan Baru, Sungai Rama, Kampung Nap, Bajong Tengah, Bajong Hulu, Entanggor, Stika, Bajong, Bajong Hilir dan lain-lain lagi.[3][8] Daerah Sebuyau dipimpin oleh seorang Pegawai Daerah (DO); pemegang jawatan terkini ialah Encik Ayuradiman bin Bujang.[9]

Kemudahan

[sunting | sunting sumber]
Jalan Raya menuju ke Pekan Sebuyau.

Daerah Sebuyau mempunyai kemudahan awam berbagai. Ia memiliki sebuah sekolah menengah, Sekolah Menengah Kebangsaan Sebuyau, 16 buah sekolah rendah dan dua buah sekolah jenis kebangsaan.[10] Kemudahan jalan raya sangatlah baik di Sebuyau, ia menghubungkan seluruh bandar utama di Sarawak. Perkhidmatan feri terletak di Kampung Teriso.[3]

  1. "Toponymic Guidelines for Map and Other Editors for International Use" [Dokumen Toponimi Bagi Editor Peta Dan Lain-Lain Untuk Kegunaan Antarabangsa] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi. 2017. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-05-23. Dicapai pada 22 Mei 2021.
  2. 1 2 3 M. Mohizah, S. Julia and W. K. Soh (2006). A Sarawak Gazetteer [Gazetir Sarawak] (PDF). Jabatan Hutan Sarawak dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. ISBN 983-2181-86-0. OCLC 85818866. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Julai 2011. Dicapai pada 18 Mei 2021.
  3. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 "Profail Daerah Kecil Sebuyau, Bahagian Samarahan, Sarawak, Malaysia". samarahan.sarawak.gov.my. Pentadbiran Bahagian Samarahan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-27. Dicapai pada 28 Mei 2021.
  4. Ibrahim, Mohd Iskandar (12 Disember 2021). "Lima kawasan dinaik taraf jadi daerah". Berita Harian. Dicapai pada 27 Mac 2026.
  5. Ibrahim, Mohd Iskandar (12 Disember 2021). "Gedong antara lima daerah baharu di Sarawak [METROTV]". Harian Metro. Dicapai pada 29 Mac 2026.
  6. "Status Sebuyau sebagai Daerah, percepatkan pembangunan". www.utusanborneo.com.my. 15 Disember 2021. Dicapai pada 29 Mac 2026. Oleh itu, tindakan menaik taraf status Sebuyau sebagai daerah penuh dilihat sebagai satu tindakan yang bijak. (Dan) apabila Sebuyau menjadi daerah penuh, kita akan dapat mempercepatkan apa-apa pelaksanaan perkhidmatan yang dijalankan oleh kerajaan di Sebuyau [...] Pendek kata usaha menaik taraf daerah Sebuyau kepada daerah penuh adalah amat bertepatan sekali dan perkara tersebut juga menjadi kenyataan kerana hasil kerjasama penduduk dengan kerajaan Sarawak sejak sekian lama
  7. 1 2 3 "Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Jadual Mukim Sarawak" (PDF). statistics.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. 2010. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2012-02-27. Dicapai pada 10 Disember 2014.
  8. Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia (2015). "Gazetir Negeri Sarawak" (PDF). mygeoname.mygeoportal.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-23. Dicapai pada 30 Mei 2021.
  9. "Sebuyau destinasi pertama kembara Utusan Borneo dan Borneo Post". Utusan Borneo Sarawak. 1 Mac 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-13. Dicapai pada 2 Mac 2020 melalui PressReader.
  10. Kementerian Pendidikan Malaysia (10 Julai 2020). "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah di Malaysia". moe.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal (XLXS) pada 10 Februari 2021.CS1 maint: date and year (link) (Data sekolah pada 30 Jun 2020)

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]