Daerah Seremban
Daerah Seremban merupakan salah satu daripada 7 daerah di Negeri Sembilan, Malaysia. Dalam daerah inilah terletaknya ibu negeri Negeri Sembilan iaitu Bandaraya Seremban. Daerah Seremban terletak di bahagian barat Negeri Sembilan dan merupakan daerah keempat terbesar dengan keluasan 93.501.88 hektar. Daerah Seremban bersempadan dengan daerah-daerah Jelebu dan Kuala Pilah di timur, daerah Port Dickson di barat dan daerah Rembau di selatan. Di dalam daerah ini terdapat 8 buah mukim dengan mempunyai 89 buah Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) termasuk 12 JKKK Kampung Baru.[1]
Berdasarkan Data Penduduk 2010, terdapat 541 286 penduduk di dalam daerah Seremban pada tahun 2010 dengan kadar pertumbuhan sebanyak 3.45%. [2]
Sejarah Bandaraya Seremban[sunting | sunting sumber]
Nama asal bandaraya Seremban ialah Sungai Ujung. la juga dikenali sebagai Seng Hyang Ujung, Saing Ujung atau Semujung. Kebanyakkan nama-nama tersebut ada dinyatakan' dalam 'JMBRAS' Vol.22. Part ii 1949. Bandaraya Seremban ini terletak di kawasan lembangan Sungai Linggi yang merupakan sungai yang terbesar di negeri ini. Sungai ini mengalir di bahagian selatan bandaraya Seremban.
Di dalam sebuah buku yang bertajuk Negeri Sembilan Dan Sejarahnya, terdapat beberapa cerita bagaimana bandaraya Seremban mendapat nama. Buku tersebut telah dikarang oleh Abdul Samad Idris.[3]
Pihak berkuasa tempatan[sunting | sunting sumber]
Kawasan bandaraya[sunting | sunting sumber]
Kawasan Majlis Bandaraya Seremban (MBSNS)[sunting | sunting sumber]
- Bandar Seremban
- Rasah
- Rasah Jaya
- Rahang
- Mambau
- Senawang
- Temiang
- Lobak
- Paroi
- Bukit Chedang
- Bukit Blossom
- Seremban 2
- Ampangan
- Oakland
- Bukit Kepayang
- Kemayan Square
- Sikamat
- Taman Seremban Jaya
- Bandar Seremban Selatan
- Nilai
- Bandar Baru Nilai
- Rantau
- Mantin
- Sungai Gadut
- Labu
- Lenggeng
- Rasah Kemayan
- Taman Tuanku Jaafar
- Pantai
- Ulu Beranang
- Pajam