Daerah Serian
Daerah Serian | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Bahagian | Serian |
Ditubuhkan | Februari 1955 |
Pusat pentadbiran | Serian |
Kerajaan | |
• Badan | Majlis Daerah Serian |
Penduduk (2010)[1] | |
• Jumlah | 89,078 |
Poskod | 94700 |
Laman web | mpp |
Daerah Serian ialah sebuah daerah dalam bahagian dengan nama yang sama di Sarawak, Malaysia. Daerah ini mempunyai penduduk seramai 89,078 orang (2010).[1] Pekan pentadbiran ialah Serian. Pihak berkuasa tempatan (kerajaan tempatan) ialah Majlis Daerah Serian.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Daerah Serian ditubuhkan pada Februari 1955, yang mana sebelum ini ia merupakan kawasan Sadong Atas (bahasa Inggeris: Upper Sadong ) iaitu sebahagian daripada Daerah Sadong.[2] Pegawai Daerah pertama ialah H. R. Harbow.[2]
Daerah Serian menjadi salah sebuah daerah dalam Bahagian Serian sejak 1 Ogos 2015.[2] Sebelum ini, Daerah Serian merupakan salah sebuah daerah dalam Bahagian Samarahan apabila bahagian tersebut diisytiharkan pada 1 Januari 1987.[2]
Penduduk[sunting | sunting sumber]
Pada tahun 2010, penduduk dalam kawasan Majlis Daerah Serian direkodkan seramai 89,078 orang.[1] Daripada jumlah tersebut, majoriti penduduk iaitu 90.1 peratus terdiri dari orang Bumiputera. Bangsa Cina merangkumi 9.3 peratus, sementara bangsa India dan lain-lain, masing-masing merangkumi 0.2 dan 0.3 peratus.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ a b c "Jadual 1: Ringkasan perangkaan penting bagi kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, Malaysia, 2010" (PDF). www.statistics.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 5 Februari 2015. Dicapai pada 14 Februari 2019. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ a b c d "Laman Web Pentadbiran Bahagian Serian". serian.sarawak.gov.my. Dicapai pada 14 Februari 2019.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Laman web rasmi Majlis Daerah Serian
- Laman Pejabat Daerah Serian di laman web Pentadbiran Bahagian Serian
Koordinat: 1°10′15″N 110°33′59″E / 1.170762°N 110.566426°E