Daerah Tenom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Daerah Tenom
Peta daerah Tenom
Peta daerah Tenom
Lokasi Daerah Tenom
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianPedalaman
Pusat pentadbiranTenom
Pentadbiran
 • BadanMajlis Daerah Tenom
 • Pegawai daerahMas Syazwan Masood
Keluasan
 • Jumlah2,418 km2 (934 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[1]
 • Jumlah51,328
 • Kepadatan21/km2 (55/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
Nombor platSB
SU
Laman sesawanghttps://mdtenom.sabah.gov.my/

Tenom merupakan sebuah daerah di Bahagian Pedalaman, barat daya negeri Sabah, Malaysia. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Pekan Tenom. Antara pekan lain yang terletak di daerah ini termasuklah Kemabong, Melalap dan Entabuan. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan masyarakat berbangsa Murut yang terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu Timugon dan Tagol.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Daerah Tenom telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1900-an. Pembukaan daerah Tenom oleh pihak Inggeris bermula dengan pembukaan Sapong Estate dan Melalap Estate. Namun, mengikut kajian arkeologi yang dibuat oleh T.R William (1962), Dr. Neville (1963), A.H Dumbelton dan F. Wassey (1984) serta Ian Crawton (1980) ke atas beberapa tempat di Tenom seperti Batu Penotal dan kawasan bukit di Banjaran Crocker, terbukti kawasan Tenom telah diduduki sejak prasejarah lagi. Di kawasan ini dijumpai 'Batu Penukul' beliung, batu yang digunakan oleh orang-orang Murut untuk memburu dan membuat pakaian. Pada mulanya, nama Daerah Tenom ialah Port Birch, iaitu sempena nama Gabenor E.W Birch (1901-1904) . Bagaimanapun, nama Tenom telah wujud pada tahun 1904 berikutan tamatnya pembinaan jalan kereta api dari Beaufort ke Tenom dan Melalap.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Daerah Tenom terletak di barat daya negeri Sabah, bersempadan dengan;

Topografi dan bentuk muka bumi Daerah Tenom kebanyakannya merupakan dataran tanah tinggi dan berbukit bukau yang juga termasuk dalam kawasan Banjaran Crocker, sebahagian daripadanya adalah kawasan lembah dengan sedikit kawasan tanah rendah yang subur. Titik tertinggi di daerah Tenom ialah Gunung Malutut dengan ketinggian 1,287 meter, Sungai terpanjang di daerah ini pula ialah Sungai Padas.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Daerah Tenom berada di bawah pentadbiran Majlis Daerah Tenom yang berpusat di Pekan Tenom. Terdapat sebuah daerah kecil dalam Daerah Tenom iaitu Daerah Kecil Kemabong. Daerah Tenom juga dibahagikan kepada tujuh buah mukim yang merangkumi 201 buah kampung dan 116 buah Badan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.

  • Mukim Entabuan
  • Mukim Kemabong
  • Mukim Melalap
  • Mukim Pekan
  • Mukim Rundum
  • Mukim Sapong
  • Mukim Tomani

Dari segi politik, daerah Tenom merangkumi dua kawasan DUN iaitu Melalap dan Kemabong yang berada di bawah Parlimen Tenom.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Tenom ialah seramai 51,328 orang dengan kepadatan penduduk 21 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang.[2] Majoriti penduduk di daerah Tenom merupakan Bumiputera dengan kaum Murut membentuk majoriti terbesar, antara etnik yang lain termasuklah Kadazan-Dusun, Lundayeh dan Melayu.[3][1]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[2]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 3,870
Bumiputera lain 43,016
Cina 1,749
India 23
Lain-lain 223
Bukan warganegara - 2,447
Jumlah 51,328

Agama[sunting | sunting sumber]

Agama di Tenom - Bancian 2022 [4]
Agama Peratus
Kristian
  
70.4%
Islam
  
26.7%
Buddha
  
2.7%
Lain-lain
  
0.1%
Tidak beragama
  
0.1%
Gereja St Anthony, Tenom
Masjid Ar-Rahman Tenom

Di daerah Tenom, agama Kristian merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 70 peratus diikuti agama Islam sebanyak 26 peratus dan Agama Buddha sebanyak dua peratus. Agama Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[1] Agama Kristian dianuti oleh sebahagian daripada masyarakat Murut, Lundayeh dan Kadazan-Dusun. Agama Buddha dianuti oleh Masyarakat Cina. Selain itu terdapat sebahagian daripada masyarakat Murut, Lundayeh, Cina yang menganuti agama Islam, Tao, Nasrani dan ada juga yang tidak beragama.

Pecahan agama di Tenom (2020)
Agama Jumlah penduduk
Kristian 36,144
Islam 13,678
Buddha 1,410
Tidak beragama 47
Lain-lain 25
Hindu 20

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Kedudukan ekonomi Daerah Tenom adalah bergantung kepada hasil pertanian terutama sekali pengeluaran getah yang menjadi sumber pendapatan utama penduduk Daerah Tenom. Pada masa kini pertumbuhan ekonomi di daerah ini telah meningkat dengan perwujudan pelbagai kemudahan yang telah disediakan oleh Kerajaan terutama sekali pertumbuhan sektor perindustrian, perkilangan dan juga pelancongan.

Pertanian[sunting | sunting sumber]

Pada asasnya Daerah Tenom mempunyai keluasan kawasan yang berpotensi untuk pertanian berjumlah 30,000 hektar. Sehingga tahun 2000 keluasan yang diusahakan berjumlah 22,000 hektar. Tanaman utama ialah getah dan diikuti oleh koko, kopi, sawah padi dan diikuti oleh tanaman buah-buahan. Stesen Penyelidikan Lagud Seberang adalah sebuah pusat penyelidikan dan kajian terhadap pelbagai tanaman seperti koko, kopi, buah-buahan dan lain lain. Selain itu pusat ini juga menjual pelbagai jenis benih (bibit) buah-buahan untuk dijual kepada orang ramai. Di Daerah Tenom juga terdapat beberapa agensi kerajaan yang memainkan peranan penting dalam pertubuhan peladang seperti Tanah Negeri Sabah dan Lembaga Industri Getah Sabah.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Stesen keretapi Tenom

Daerah Tenom dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam di sekitar daerah. Terdapat 46 buah sekolah rendah, enam buah sekolah menengah, dua buah balai polis, sebuah balai bomba, satu hospital kerajaan, empat buah klinik kesihatan dan lapan klinik desa di sekitar daerah.

Perhubungan[sunting | sunting sumber]

Daerah Tenom boleh dihubungi dengan jalan darat melalui Jalan Kimanis-Papar, Jalan Tambunan-Keningau dan Jalan Kemabong-Sipitang dengan jarak lebih kurang 209 kilometer. Daerah Tenom tidak mempunyai masalah tentang perhubungan jalan darat oleh kerana hampir keseluruhan kampung dalam Daerah Tenom mempunyai jaringan jalan raya.

Terdapat juga perkhidmatan kereta api daripada Stesen Tanjung Aru, Kota Kinabalu melalui Papar-Bongawan, Membakut dan Beaufort sejauh 134 kilometer. Terdapat juga perkhidmatan bas dari beberapa bandar utama ke Tenom.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
  2. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :0 tidak disediakan
  4. ^ "2020 Population and Housing Census of Malaysia" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 17 June 2012. p. 13
  5. ^ "Perhubungan". Majlis Daerah Tenom. Dicapai pada 19 April 2024.