Daerah Tongod
Tongod توڠود | |
---|---|
![]() Tongod | |
![]() Lokasi daerah Tongod dan pekan Tongod | |
Koordinat: 5°15′36″N 116°59′07″E / 5.26000°N 116.98528°EKoordinat: 5°15′36″N 116°59′07″E / 5.26000°N 116.98528°E | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Bahagian | Bahagian Sandakan, Sabah |
Pusat Pentadbiran | Pekan Tongod |
Kerajaan | |
• Badan | Majlis Daerah Tongod |
• Pegawai Daerah Tongod | Rashid Bin Abdul Harun |
Luas | |
• Jumlah | 10,051 km2 (3,881 batu persegi) |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 36,192[1] |
Zon waktu | MST |
Nombor plat | SU SS (1980-2018) SM (2018-) SK SA (1980-2018) SY (2018-2023) SJ (2023-) ST (1980-2018) SW (2018-) |
Laman web | www.sabah.gov.my/pd.tgd |
Daerah Tongod merupakan Daerah terbesar di Negeri Sabah yang terletak dalam Bahagian Sandakan, Sabah, Malaysia. Pada tahun 2000 populasi masyarakat di daerah Tongod adalah kecil sekitar 23,730 orang, tetapi meningkat kepada 36,192 orang pada tahun 2010[2]. Ini merupakan pertambahan sebanyak 34.43% dalam tempoh sepuluh tahun berakhir tahun 2010.
Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Sebelum ini ia merupakan Sub-Daerah bagi Daerah Kinabatangan.
Mukim di Tongod
Daerah Tongod terbahagi kepada empat buah Mukim seperti berikut :
- Mukim Tongod
- Mukim Entilibon
- Mukim Kuamut
- Mukim Pinangah
Pembangunan Daerah[sunting | sunting sumber]

Demografi[sunting | sunting sumber]
Mengikut bancian yang lalu, penduduk seluruh daerah ini adalah seramai 35,341 orang pada tahun 2010. Berhubung dengan jumlah kawasan 10,052 kilometer persegi Tongod adalah daerah yang berpenduduk jarang.
Orang Sungai di Daerah Tongod[sunting | sunting sumber]
Orang Sungai merupakan kumpulan etnik pribumi asli yang mendiami daerah ini sejak sekian lama, Kaum Orang Sungai di Tongod terbahagi kepada 3 kumpulan utama berdasarkan Bahasa iaitu Paitanik, Dusunik dan Murutik.
Suku Makiang, Sinabu, Pingas, Kolobuan, Sinorupu adalah Orang Sungai bertutur dalam berbahasa Paitanik, yang dipercayai berasal dari serpihan Kaum Tambanuo yang mendiami Kawasan Paitan, manakala Suku Sukang, Mangkaak, Minokok, Kunatong dan Tompizos pula adalah kumpulan Orang Sungai yang berbahasa Dusunik, yang juga sering di claim sebagai sebahagian daripada Bangsa Dusun (Kadazandusun), sedangkan Suku Tangara pula adalah satu-satunya suku Orang Sungai yang menggunakan Bahasa Murutik juga dianggap sebagai sebahagian daripada Bangsa Murut.
Berikut ini adalah pecahan Etnik-etnik Orang Sungai yang terdapat di Daerah Tongod:
No | Suku | Agama | Bahasa | Kampung |
1 | Kolobuan | Kristian | Paitanik | Imusan, Kuamut, Pinangah |
2 | Kunatong | Kristian | Dusunik | |
3 | Mangkaak | Kristian dan Islam | Dusunik | Kiandungo, Langkabong, Menanam, Semundoh, Sogo-Sogo, Tongodon, Ulu Malagatan |
4 | Makiang | Kristian dan Islam | Paitanik | Alitang, Bulot, Dewara, Kuala Pinangah, Kuala Tongod, Molikod, Purutawoi, Soguan, Talibu, Tangkong, Tongod, Ulu Kaintanao |
5 | Minokok | Kristian | Dusunik | Simpang Entilibon, Sanan, Linayukan, Maliau, Namukon |
6 | Pingas | Kristian | Paitanik | Pinangah, Pingas |
7 | Rumanau | Kristian | Paitanik | Masaum, Mangkawagu, Minusu |
8 | Sinabu | Kristian dan Islam | Paitanik | Lilingkuan, Malagatan, Talibu, Tampasak |
9 | Sinorupu | Kristian | Paitanik | |
10 | Sukang | Kristian dan Islam | Dusunik | Entilibon Asal, Koromuak, Kenang-Kenangan, Sogo- Sogo, Linayukan |
11 | Tangara | Kristian | Murutik | Inarad |
12 | Tompizos | Kristian | Dusunik | Simpang Entilibon, Sanan, Linayukan, Maliau, Namukon |
Agama dan Kepercayahan
Penduduk Daerah Tongod majoritinya menganut agama Kristian dan Islam serta terdapat terdapat juga sebilangan kecil menganuti agama Buddha dan kepercayaan yang lain terutamanya agama nenek moyang.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ http://www.sabah.gov.my/pd.tgd/Pages/Profail_Daerah.pdf
- ^ http://www.sabah.gov.my/pd.tgd/Pages/Profail_Daerah.pdf
- ^ "2010 Population and Housing Census of Malaysia" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 17 June 2012. p. 13