Daging kisar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Daging kisar untuk membuat sosej
Daging kisar dalam pengisar kilang

Daging kisar merupakan daging yang dikisar halus-halus dengan pengisar daging atau dicincang halus-halus dengan pisau. Mana-mana daging sesuai dikisar, termasuklah lembu, kambing mahupun ayam itik.

Daging kisar menimbulkan isu keselamatan makanan yang tidak terdapat pada daging yang dimasak bulat-bulat (whole cut). Jika kurang masak, ia boleh menyebabkan orang jatuh sakit dan keracunan makanan. Isi daging whole cut pada dasarnya bebas kuman; sebarang pencemaran kuman hanya di permukaan luar daging. Apabila daging dikisar, maka kuman dari permukaan boleh tersebar ke seluruh daging. Jika daging kisar tidak dimasak menyeluruh, maka kemungkinan besar bahawa bakteria berpenyakit akan bertahan untuk menyebabkan kesakitan, apalagi pemanasan akan mempercepat pembiakan bakteria.[1][2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Committee on the Review of the USDA E. coli O157:H7, "Farm-to-Table Process Risk Assessment", Slaughter Module in Escherichia coli O157:H7 in Ground Beef: Review of a Draft Risk Assessment, 2002, The National Academies Press, Washington, DC.
  2. ^ Honikel, K. O., "Minced Meats", in Encyclopedia of Meat Sciences, Jensen, W. K., et al., eds., 2004, Elsevier, New York.