Dai-gensui
Dai-gensui | |
---|---|
![]() Maharaja Shōwa memakai pakaian seragam istiadat seorang marsyal besar (tahun 1935) |
Dai-gensui (Marsyal Besar; secara harfiahnya "Marsyal Agung" (大元帥)) adalah pangkat paling tinggi dalam Tentera Darat Imperial Jepun dan Tentera Laut Imperial Jepun dari tahun 1870an hingga 1945, apabila Empayar Jepun dibubarkan. Hanya dipegang oleh Maharaja Jepun selaku Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Empayar, pangkat itu setaraf dengan Generalisimo atau General of the Armies (sejenis pangkat enam bintang), dan senior kepada gensui ("Marsyal"). Ia secara rasminya dimansuhkan pada tahun 1947 apabila angkatan tentera Imperial Jepun dibubarkan.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Istilah ini berasal dari gelaran tentera China da yuan shuai(大元帥), sejenis gelaran yang lebih tinggi dari yuan shuai(元帥, disebut gensui dalam bahasa Jepun).
Dekri No. 252 oleh Dajokan, bertarikh 7 September 1872 mula-mula menyebut secara rasmi pangkat dai-gensui; namun, tiada pelantikkan dibuat sebelum pangkat itu dimansuhkan bersama pangkat gensui pada 8 Mei 1873. Dengan "Draf Ordinans No. 142" Perlembagaan Empayar Jepun (Bab 1 Lampiran 1) bertarikh 30 September 1889, Maharaja secara rasminya diberi pangkat dai-gensui dan ditabalkan Pemerintah Tertinggi Tentera Darat dan Tentera Laut.
Tanda-tanda huruf kanji juga merujuk pada dewa Buddha, Daigensui Myō'ō (大元帥明王), seorang Raja Bijaksana yang disembah oleh Istana Imperial semenjak Maharaja Ninmyō dan oleh mazhab Shingon, kerana kuasa legenda ajaibnya menghapuskan musuh-musuh asing dan pemberontakan, seperti seorang pemimpin tentera.
Insignia[sunting | sunting sumber]
Insignia dai-gensui adalah sama dengan seorang jeneral penuh, cuma ditambah dengan bunga kekwa emas imperial.
Senarai dai-gensui[sunting | sunting sumber]
Senarai pemegang pangkat ini ialah:
Pemegang | Seumur hidup | Masa pangkat | Nota |
---|---|---|---|
Maharaja Meiji | 3 November 1852 — 30 Julai 1912 | 1872-1873; 1889-1912 | |
Maharaja Taishō | 31 Ogos 1879 — 25 Disember 1926 | 1912-1926 | |
Maharaja Shōwa | 29 April 1901 — 7 Januari 1989 | 1926-1945 | Memegang pangkat ini sehingga 15 Ogos 1945 apabila Jepun menyerah kalah kepada pihak Bersekutu, pangkat dengan rasminya dimansuhkan pada tahun 1947. |
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
- Sebutan lain tanda huruf 大元帥
- Da yuan shuai dalam bahasa China
- Taewonsu, dalam bahasa Korea
- Pangkat gensui (元帥)
- Yuan shuai, gelaran asal China
- Wonsu, gelaran asal Korea
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- This article incorporates information from the corresponding article in the Japanese Wikipedia.
- Donald Keene, Emperor of Japan, Meiji and his World 1852-1912