Daimabad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Daimabad (Bahasa Marathi: दाइमाबाद) merupakan kampung yang ditinggalkan dan tapak arkhaeologi ditebing kiri Sungai Pravara, anak sungai Sungai Godavari di Srirampur taluka di daerah Ahmednagar di Negeri Maharashtra di India.[1] Tapak ini dijumpai pertama kali oleh B. P. Bopardikar pada tahun 1958. Ia telah dicarigali tiga kali sehingga kini oleh pasukan India Archaeological Survey. Carigali pertama pada tahun 1958-9 dilakukan di bawah penyeliaan M. N. Deshpande. Cari gali kedua pada tahun 1974-5 dipimpin oleh S. R. Rao. Carigali terakhir antara tahun 1975-6 dan 1978-9 dilakukan di bawah penyeliaan S. A. Sali.[2] Jumpaan di Daimabad mencadangkan bahawa budaya Harappan Akhir menganjur sehingga ke Deccan Plateau di India.[3]

Daimabad merangkumi kawasan seluas 30 hektar (75 ekar) semasa dalam tempoh lima fasa penempatan yang merentangi sekitar dari 2000 hingga 1200 B.C.E., mewakili unjuran paling ke selatan bagi kebudayaan Indus.

Fasa pertama adalah kebudayaan Savalda dan merangkumi hanya satu per sepuluh saiz tapak akhir. Ia mendedahkan bukti rumah bata lumpur bersaiz serdahana dan ekonomi pertanian berdasarkan barli, lentils, dan kacang. Penduduknya memiliki pengetahuan mengenai kerja logam tembaga dan memakai manik carnelian dan agate.

Fasa kedua penting kerana ia bukti yang menunjukkan kemasukan kebudayaan Lembah Indus ke bahagian India ini. Rumahnya diperbuat dari batu-bata lumpur dan bahan yang sama digunakan bagi melapis kubur.

Lantai rumah ditutup dengan plaster. Bukti nyata mengenai kebudayaan Indus dlihat pada jumpaan dua cop terra-cotta dan tiga kepingan tembikar, kesemuanya mempunyai skrip Indus. Serpihan tembikar Indus dijumpai bertaburan di kawasan seluas lebih dari 20 hektar (50 ekar). Tarikh radiokarbon mencadangkan bahawa pendudukan ini berlaku sekitar 1800 B.C.E.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Encyclopedia of Ancient Asian Civilizations, © 2004 by Charles F. W. Higham, VB Hermitage