Pergi ke kandungan

Daiya no Ēsu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Daiya no Esu adalah manga Jepun bertemakan besbol yang ditulis dan digambar oleh Yuji Terajima. Daiya no Esu diterbitkan Kodansha's majalah shonen manga dan Weekly Shōnen Magazine dari tarikh Mei 2006 sampai Januari 2015, dengan bab yang dikoleksi sampai 47 tankōbon buku. Sequelnya yang bertajuk Daiya no Esu bahagian II diterbitkan dari tarikh Ogos 2015 sampai Oktober 2022, dengan bab yang dikumpulkan sampai 34 tankōbon buku.

Adaptasyen wayang televisyen anime disiarkan dari Oktober 2013 hingga Mac 2016. Adaptasi anime Ace of Diamond Act II disiarkan dari April 2019 hingga Mac 2020.

Sehingga Ogos 2021, manga itu mempunyai lebih 40 juta salinan dalam edaran, menjadikannya salah satu siri manga terlaris . Pada tahun 2008, Ace of Diamond menerima Anugerah Manga Shogakukan ke-53 untuk kategori shōnen. Pada tahun 2010, ia memenangi Anugerah Manga Kodansha ke-34 untuk manga shōnen terbaik.

Daiya no Ēsu
Fail:Ace of Diamond Vol 1.jpg
Gambar sampul manga volume pertama
ダイヤのA(エース)
(Daiya no Ēsu)
GenreSukan[1]
Manga
PengarangYuji Terajima
PenerbitKodansha
Penerbit Lain
DemografikShōnen
Majalah AsalWeekly Shōnen Magazine
Tarikh Pengeluaran20062015
Jilid47
Siri televisyen anime
PengarahMitsuyuki Masuhara
Skrip/PenulisKenji Konuta
Lagu/MuzikFrying-Pan
StudioMadhouse
Production I.G
Penyiaran AsalTXN (TV Tokyo), AT-X
Penyiaran bahasa Inggeris
Tarikh tayangan6 Oktober 201328 Mac 2016
Episod126 + 5 OVA (Senarai episod)
Manga
Daiya no Ēsu Bahagian II
PengarangYuji Terajima
PenerbitKodansha
DemografikShōnen
Majalah AsalWeekly Shōnen Magazine
Tarikh Pengeluaran2015 – kini
Jilid13
Siri televisyen anime
Daiya no Ēsu Bahagian II
PengarahMitsuyuki Masuhara
Skrip/PenulisKenji Konuta
Lagu/MuzikHajime Hyakkoku
StudioMadhouse
Penyiaran AsalTXN (TV Tokyo)
Tarikh tayangan2 April 201931 Mac 2020
Episod52
Portal Anime dan Manga

Daiya no Ace (Jepun: ダイヤのA(エース), Hepburn: Daiya no Ēsu, juga dikenal sebagai Diamond's Ace)

Ikhtisar[sunting | sunting sumber]

Siri ini dimulai dengan kerjaya Eijun Sawamura semasa di darjah sebelum melanjutkan ke tingkatan sekolah yang lebih tinggi. Sawamura ialah seorang pembali besbol dengan gaya balingan bola yang kurang lazim. Bola yang dibaling bergerak secara rawak di atas plat. Sawamura bercadang bagi pergi bersama rakan-rakannya ke sekolah menengah tempatan dan bermain besbol dengan segenap keahlian mereka. Namun, seorang pengakap dari Sekolah Tinggi Seido yang berprestij mendekatinya dan menawarkan biasiswa dan peluang bagi berjaya bermain sampai ke peringkat kebangsaan. Sawamura memutuskan bagi melawat ke sekolah itu, dan dari lawatan itu pandangannya berubah. Seido dan saingan kelab utama mereka cuba membantu kakak darjah supaya berjaya ke peringkat kebangsaan semasa kejohanan musim panas. Selepas kejohanan musim panas tamat, maka kakak darjah terpaksa harus bersara kerana mengikuti peperiksaan sijil. Beberapa masa kemudian, Sawamura dan rakan sepasukannya, Furuya Satoru, Kominato Haruichi dan Miyuki Kazuya, mengetuai pasukan baharu, bersama beberapa pemain lain, pada saat kejohanan musim gugur. Matlamat mereka adalah harus mampu mara ke peringkat kebangsaan dengan memenangi kejohanan musim gugur dan meyakinkan Jurulatih Kataoka bahawa dia tidak perlu meletakkan jawatannya.

Daiya no Ēsu bahagian II melanjutkan kerjaya besbol Sawamura dan pasukan ketika mereka hendak bersaing memenangi kejohanan musim panas. Tahhn baharu, muka baharu. Sawamura dan kawan-kawan sudah memiliki adik darjah yang akan menyertai kelab besbol Sekolah Menegah Seido. Sawamura dan Furuya berbalasan ingin menunjukkan siapa yang lebih hebat di antara keduanya. Berlatih, memahami kelemahan dan kekuasaan diri dan mematangkan pelbagai gaya balingan. Hanya ada satu di antara mereka berdua yang boleh mendapat gelaran kat/ace. Pada masa yang sama, pemukul/batta Seido meningkatkan keahlian memukul bola mereka Dengan semua penyesuaian ini, Seido mempunyai matlamat bagi memenangi kejohanan musim panas sebelum kakak darjah pergi mengikuti peperiksaan sijil.

Media[sunting | sunting sumber]

Ditulis dan dilukis oleh mangaka Yuji Terajima. Daiya no Ēsu telah bersiri dalam Majalah Shōnen Mingguan Kodansha dari tarikh 17 Mei 2006 [a] sehingga 14 Januari 2015.[4] Kodansha mengumpul bab ke dalam 47 jilid tankōbon, diterbitkan dari tarikh 15 September 2006 sehingga 17 Ogos 2015.[5] [6]

Manga sekuel, bertajuk Daiya no Ēsu bahagian II telah terbit pada majalah yang sama dari tarikh 19 Ogos 2015 [7] sehingga 26 Oktober 2022.[8] [9] Kodansha mengumpul babnya dalam 34 jilid tankōbon, dikeluarkan dari tarikh 17 November 2015 [10] sehingga 17 Mei 2023. [11]

Kodansha USA telah melesenkan siri ini bagj keluaran digital dalam bahasa Inggeris, dengan jilid pertama diterbitkan pada 7 Mac 2017.[12] Kodansha mula menerbitkan manga pada perkhidmatan K Manga mereka pada Mei 2023. [13]

Siri ini dilesenkan di Indonesia oleh Elex Media Komputindo.[14]

Cerita ranting[sunting | sunting sumber]

Sebuah spin-off komedi, bertajuk Daiya no B!, siri lawak ini memiliki watak yang sama dengan siri utama di sekolah yang sama pula, tetapi dalam kumpulan pancaragam sekolah menengah tembaga. Cerita ranting ini terbit pada platform web Poket Majalah Kodansha dari 2015 sehingga 2016. Siri ranting ini dikumpulkan dalam tiga jilid dan dikeluarkan dari tarikh 17 November 2015 sehingga 17 Ogos 2016.[15] [16]

Satu lagi manga cerita ranting, bertajuk Cat of Diamond, oleh isteri Terajima, Yuki Okada, telah diterbitkan secara bersiri dari aplikasi Magazine Pocket dan tapak web dari tarikh 12 Januari sehingga 30 November, 2022.[17] [18] Bab-babnya dikumpulkan dalam tiga jilid, dikeluarkan dari 17 Jun 2022 sehingga 17 Februari 2023. [19] [20]

Siri anime televisyen diterbitkan oleh Madhouse dan Production IG dan mula disiarkan pada 6 Oktober 2013, di stesen TX Network dan kemudiannya di AT-X.[21] Episod tersebut disiarkan secara sederum di AS, Kanada, UK, Ireland, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Denmark, Finland, Iceland, Belanda, Norway, Sweden, Amerika Tengah dan Selatan, Sepanyol, Brazil dan Portugal oleh Crunchyroll dengan bahasa Inggeris dan sarikata Jerman. [22] Siri ini pada mulanya dirancang bagi 52 episod [23] tetapi diperbanyak dan berakhir pada Mac 2015.[24] Musim kedua bahagian pertama mula disiarkan tidak lama kemudian pada 6 April 2015 di stesen TX Network dan kemudiannya di AT-X. Seperti pendahulunya, episod itu disiarkan secara sederum di negara-negara yang disebutkan di atas oleh Crunchyroll dengan sarikata Inggeris dan Jerman.[25] Dua DVD animasi asal telah digabungkan dengan jilid keempat dan kelima manga Daiya no Ēsu bahagian II; yang pertama diterbitkan pada 15 Julai 2016 dan yang kedua terbiy pada 16 September 2016.[26]

Adaptasi anime bahagian II telah diumumkan pada November 2018, dan ditayangkan 2 April 2019.[27] [28] Pelakon dan kakitangan mengulangi peranan mereka dari siri sebelumnya, dengan Madhouse kembali membina anime. Siri bahagian II berjalan dengan jumlah 52 episod.[29]

Bon[sunting | sunting sumber]

Ace of Diamond menerima Anugerah Manga Shogakukan ke-53 bagi kategori shōnen pada tahun 2008.[30] Manga ini juga memenangi Anugerah Manga Kodansha ke-34 bagi kategori shōnen pada tahun 2010.[31]

Menjelang Mac 2015, 45 jilid pertama siri ini telah terjual lebih 22 juta salinan.[32] Menjelang November 2015, manga itu mempunyai lebih 25 juta salinan dalam cetakan.[33] Menjelang Ogos 2021, manga itu sudah melampaui 40 juta salinan dalam cetakan.[34]

Daiya no Ēsu masuk ke dalam senarai manga ke-25 terlaris pada tahun 2011, dengan 1,711,607 salinan terjual.[35] Majalah Nikkei Entertainment menerbitkan senarai 50 mangaka mengikut jualan sejak Januari 2010, dalam terbitan September 2011; Yuji Terajima, pengarang manga itu menduduki tempat ke-20, dengan 2,792,000 salinan terjual.[36] Manga ini menduduki tempat terlaris ke-27 pada tahun 2012, dengan 1,685,194 salinan terjual.[37] Pada 2013 Daiya no Ēsu menjadi manga ke-23 terlaris, dengan 2,010,045 salinan terjual. Data tersebut menunjukkan kenaikan jualan manga selama beberapa tahun.[38]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "ComiXology Lists Ace of the Diamond, All-Rounder Meguru Manga". Anime News Network. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  2. ^ 週刊少年マガジン2006年24. Media Arts Database (dalam bahasa Jepun). Agency for Cultural Affairs. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 March 2023. Dicapai pada 14 March 2023.
  3. ^ 少年マガジン - 進行表 2005年11月2日号~2006年6月14日号. AD Station (dalam bahasa Jepun). Kodansha. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 November 2005. Dicapai pada 14 March 2023.
  4. ^ 寺嶋裕二「ダイヤのA」第1部完結!春ごろより第2部がスタート. Comic Natalie (dalam bahasa Jepun). Natasha, Inc. 14 January 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 October 2022. Dicapai pada 23 February 2020.
  5. ^ ダイヤのA (1) (dalam bahasa Jepun). Kodansha. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 March 2014. Dicapai pada 14 January 2009.
  6. ^ ダイヤのA(47). Kodansha. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 June 2020. Dicapai pada 16 July 2019.
  7. ^ Pineda, Rafael Antonio (12 July 2015). "Ace of Diamond Manga's 2nd Part to Debut in August". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 August 2020. Dicapai pada 23 February 2020.
  8. ^ Mateo, Alex (11 October 2022). "Ace of Diamond Act II Manga Ends in 2 Chapters". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 October 2022. Dicapai pada 11 October 2022.
  9. ^ 寺嶋裕二「ダイヤのA actII」残り2話で完結. Comic Natalie (dalam bahasa Jepun). Natasha, Inc. 12 October 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 October 2022. Dicapai pada 11 October 2022.
  10. ^ ダイヤのA act2(1) (dalam bahasa Jepun). Kodansha. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 October 2022. Dicapai pada 6 June 2021.
  11. ^ ダイヤのA act2(34) (dalam bahasa Jepun). Kodansha. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 May 2023. Dicapai pada 16 May 2023.
  12. ^ "Ace of the Diamond 1". Kodansha USA. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 June 2021. Dicapai pada 6 June 2021.
  13. ^ Hodgkins, Crystalyn (27 May 2023). "K MANGA's Launch Lineup Includes 30+ Manga With English Debuts in U.S." Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 October 2023. Dicapai pada 4 October 2023.
  14. ^ Pineda, Rafael Antonio (27 October 2015). "Elex Media Licenses Terajima's Ace of Diamond Manga". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 June 2021. Dicapai pada 6 June 2021.
  15. ^ ダイヤのB!! 青道高校吹奏楽部(1) (dalam bahasa Jepun). Kodansha. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 July 2019. Dicapai pada 12 April 2020.
  16. ^ ダイヤのB!! 青道高校吹奏楽部(3) (dalam bahasa Jepun). Kodansha. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 June 2021. Dicapai pada 6 June 2021.
  17. ^ Pineda, Rafael Antonio (25 December 2021). "Ace of Diamond Manga Gets Spinoff Manga". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 December 2021. Dicapai pada 25 December 2021.
  18. ^ 【最終話】みんなのかにたま. Magazine Pocket. Kodansha. 30 November 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 February 2023. Dicapai pada 4 October 2023.
  19. ^ ダイヤのC!! 青道高校野球部猫日誌(1) (dalam bahasa Jepun). Kodansha. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 April 2023. Dicapai pada 4 October 2023.
  20. ^ ダイヤのC!! 青道高校野球部猫日誌(3) (dalam bahasa Jepun). Kodansha. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 February 2023. Dicapai pada 4 October 2023.
  21. ^ Loo, Egan (9 May 2013). "Ace of Diamond Baseball Manga Gets TV Anime This Fall". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 May 2019. Dicapai pada 9 May 2013.
  22. ^ Hodgkins, Crystalyn (25 September 2013). "Crunchyroll to Stream Ace of Diamond Baseball Anime". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 November 2020. Dicapai pada 25 September 2013.
  23. ^ Loveridge, Lynzee (8 April 2014). "Ace of Diamond Anime Listed at 52 Episodes". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 November 2020. Dicapai pada 8 April 2014.
  24. ^ Hamilton, Tiara (24 September 2014). "Ace of Diamond Anime Extended Until March 2015". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 November 2020. Dicapai pada 24 September 2014.
  25. ^ Loveridge, Lynzee (31 March 2015). "Crunchyroll to Stream Ace of Diamond: 2nd Season Anime". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 October 2020. Dicapai pada 31 March 2015.
  26. ^ Loo, Egan (17 February 2016). "Ace of Diamond act 2 Manga to Bundle 2 Original Anime DVDs". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 June 2019. Dicapai pada 17 February 2016.
  27. ^ Hodgkins, Crystalyn (25 November 2018). "Ace of Diamond Act II Manga Gets TV Anime in 2019". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 November 2018. Dicapai pada 25 November 2018.
  28. ^ Pineda, Rafael Antonio (20 February 2019). "Ace of Diamond Act II Anime Unveils New Visual". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2019. Dicapai pada 20 February 2019.
  29. ^ Hodgkins, Crystalyn (24 March 2019). "Daisuke Ono, Junichi Suwabe, Ayane Sakura Join Cast of Ace of Diamond Act II Anime". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 May 2019. Dicapai pada 24 March 2019.
  30. ^ Koulikov, Mikhail (30 January 2008). "53rd Shogakukan Manga Award Winners Announced". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 January 2009. Dicapai pada 15 January 2009.
  31. ^ Loo, Egan (11 May 2010). "34th Annual Kodansha Manga Awards Announced". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 May 2010. Dicapai pada 11 May 2010.
  32. ^ ダイヤのA : 高校野球公式アプリとコラボ 沢村ら主要キャラが「高校野球愛」を診断. Mainichi Shimbun Digital (dalam bahasa Jepun). 2015-03-12. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 April 2015. Dicapai pada 2015-04-20.
  33. ^ Pineda, Rafael Antonio (8 November 2015). "Ace of Diamond Stage Play Video Previews Performance, Theme Song (Updated)". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 November 2020. Dicapai pada 8 November 2015.
  34. ^ シリーズ累計4000万部突破記念、寺嶋裕二「ダイヤのA」ベストシーン総選挙実施中. Comic Natalie (dalam bahasa Jepun). Natasha, Inc. 5 August 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 August 2021. Dicapai pada 5 August 2021.
  35. ^ Loo, Egan (1 December 2011). "Top-Selling Manga in Japan by Series: 2011". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 October 2013. Dicapai pada 18 November 2013.
  36. ^ Loo, Egan (6 August 2011). "Top 50 Manga Creators by Sales Since 2010". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 October 2011. Dicapai pada 18 November 2013.
  37. ^ Loo, Egan (3 December 2012). "30 Top-Selling Manga in Japan by Series: 2012". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 June 2013. Dicapai pada 18 November 2013.
  38. ^ Loo, Egan (1 December 2013). "Top-Selling Manga in Japan by Series: 2013". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 December 2013. Dicapai pada 1 January 2014.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan