Pergi ke kandungan

Dajal: Satu Malam Dipedajal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dajal: Satu Malam Diperdajal
PengarahPierre Andre
PenulisPierre Andre
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
SinematografiMohd Sharizad Saad
Muzik olehDonald Bangkong
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehMIG Beasts
Tarikh tayangan
  • 6 Februari 2025 (2025-02-06) (Malaysia)
  • 6 Mei 2025 (2025-05-06) (Netflix)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM880 ribu

Dajal: Satu Malam Dipedajal merupakan sebuah filem seram Malaysia 2025 yang ditulis dan diarahkan oleh Pierre Andre yang diterbitkan oleh Metrowealth Pictures serta edaran bersama MIG Beats Sdn Bhd. Filem ini dibintangi oleh Amir Nafis, Bidin Al Zaifa, Khatijah Tan dan Jay Iswazir. Filem ini mengisahkan dua sahabat bekerja sebagai tukang cuci telah menemui buku aneh di sebuah rumah dan perkara pelik mula terjadi.

Filem ini mula ditayangkan pada 6 Februari 2025 di seluruh pawagam Malaysia dan mendapat ulasan yang berbeza daripada pengkritik

Dua sahabat bekerja sebagai tukang cuci yang kerjanya membersihkan rumah atau tempat mayat ditemui. Pada suatu hari, mereka ditugaskan untuk membersihkan sebuah rumah yang terdapat tiga mayat di dalamnya. Tugas mereka adalah membersihkan mayat yang telah reput. Apabila mereka tiba di sana, mereka mendapati bahawa terdapat perkara aneh berlaku dan kemudian mereka menemui sebuah buku aneh. Dan ada pulu-pulu menyerang mereka

  • Amir Nafis sebagai Mirul/Luqman
  • Bidin Al Zaifa sebagai Fendi
  • Khatijah Tan sebagai Ibu Laila
  • Jay Iswazir sebagai Adam
  • Jaja Iliyes sebagai Mysara
  • Dai Syed sebagai Ustaz Isyak
  • Hanna Halim sebagai Lisa
  • Dai Fuad sebagai Lelaki Kepala Kapak
  • Arfa Danish sebagai Kepala Kambing
  • Sarah Monika sebagai Isteri Ustaz Isyak
  • Aisha Andre sebagai Aisha
  • Norazlina Ismail sebagai Mak Cik Cleaner
  • Nurul Shahida Abd Rahman sebagai Nurul Receptionist 1
  • Mazli Razali sebagai Receptionist 2

Perancangan kesinambungan

[sunting | sunting sumber]

Pengakhiran filem ini memberikan tanda tanya kepada penonton dan membangkitkan rasa ingin tahu yang mendalam. Pierre percaya bahawa banyak elemen dalam cerita ini masih belum diterokai sepenuhnya, termasuk hubungan antara watak-watak, misteri di sebalik rumah, serta pengaruh ritual yang digambarkan, “Semua ini akan terjawab dalam prekuel atau sekuel filem ini nanti, Insya-Allah, jika ada rezeki,” kata Pierre.[1]

  1. ^ "'Filem Dajal: Satu Malam diPedajal, gantung penonton dengan tanda tanya". max info. 7 Februari 2025. Dicapai pada 15 June 2025.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]