Pergi ke kandungan

Dalail al-Khairat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Sebuah salinan Dalail al-Khairat abad ke-15 dari Perpustakaan Chester Beatty.
Halaman pembukaan dari sebuah salinan Dalail al-Khairat abad ke-17 dari Muzium Seni Walters.

Dalail al-Khairat wa-Syawariq al-Anwar fi zikri as-Solat 'ala an-Nabi al-Mukhtar (Arab: دَلَائِلُ الْخَيْرَاتِ وَشَوَارِقُ الْأَنْوَارِ فِي ذِكْرِ الصَلَاةِ عَلَى النَبِيِ الْمُخْتَارِ‎, lit. 'Tanda-tanda Manfaat dan Pancaran Cahaya Gemilang dalam Mengingati Berkat ke atas Nabi Pilihan ﷺ'), biasanya diringkaskan sebagai Dalail al-Khairat, adalah koleksi doa terkenal untuk Nabi Muhammad ﷺ, yang ditulis oleh ulama Syadzili Maghribi, Muhammad al-Jazuli (meninggal dunia 1465 Masihi). Ia popular di beberapa bahagian dunia Islam dalam kalangan Muslim tradisional—khususnya di Afrika Utara, Masyrik, Turki, Kaukasus, Asia Selatan, dan Asia Tenggara—dan dibahagikan ia kepada beberapa bahagian untuk bacaan harian.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Ulama hadis Maghribi, Abdullah al-Talidi menulis mengenai Dalail al-Khairat: "Jutaan umat Islam dari Timur hingga Barat telah mencubanya dan mendapati kebaikan, keberkatannya, dan manfaatnya selama berabad-abad dan merentasi generasi, serta menyaksikan keberkatan dan cahaya rohani yang luar biasa. Umat Islam dengan bersungguh-sungguh membacanya, secara individu dan berkumpulan, di rumah dan masjid, benar-benar menumpukan diri dalam Berselawat ke atas Yang Paling Disayangi dan memuji-muji baginda ﷺ."[1]

Dalail al-Khairat merupakan kitab utama yang pertama dalam sejarah Islam yang menghimpunkan litani-litani selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad ﷺ. Ia juga merupakan himpunan litani yang paling popular dan paling diiktiraf secara universal untuk memohon keberkatan Allah ﷻ ke atas Baginda ﷺ. Dalam beberapa golongan tarekat Ahli Sunah Waljamaah, terutamanya Tarekat Syadzili, pembacaannya merupakan amalan harian. Namun begitu, dalam golongan yang lain, pembacaannya ialah amalan harian yang diamalkan dengan sukarela. Karya ini bermula dengan sembilan puluh sembilan Asmaul Husna Allah ﷻ, dan kemudian diikuti dengan himpunan 201 nama Nabi Muhammad ﷺ.[2]

Riwayat di sebalik asal-usul Dalail al-Khairat menceritakan bahawa al-Jazuli pernah terbangun lewat untuk solat Subuh dan mula mencari air bersih untuk berwuduk tetapi tidak berjaya. Dalam pencariannya, al-Jazuli bertemu dengan seorang gadis muda yang mengetahui tentang ketaatan beragama al-Jazuli dan berasa hairan mengapa al-Jazuli tidak dapat mencari air bersih. Gadis itu kemudian meludah ke dalam sebuah perigi yang dengan keramatnya melimpah dengan air bersih dan manis untuk al-Jazuli berwuduk. Selepas menunaikan solat, al-Jazuli bertanya kepada gadis itu tentang cara beliau mencapai darjat kerohanian yang tinggi. Gadis itu menjawab bahawa ia hanyalah dengan "Melakukan doa yang berterusan agar Allah ﷻ memberkati makhluk terbaik dengan jumlah nafas dan degupan jantung." Al-Jazuli kemudian memutuskan untuk menulis sebuah karya yang mengumpulkan litani doa-doa yang meminta Allah ﷻ memberkati dan menunjukkan rahmat serta kasih sayang kepada Nabi Muhammad ﷺ.

Al-Jazuli kemudian berpindah ke timur ke Madinah, di mana beliau akan membaca keseluruhan Dalail al-Khairat dua kali sehari di makam Nabi Muhammad ﷺ di Masjid Nabawi. Sejak itu, Dalail Khairat telah dilihat sebagai bukti cinta dan kerinduan yang mendalam terhadap Nabi Muhammad ﷺ.

Banyak tafsiran telah ditulis mengenai Dalail Khairat - yang paling terkenal ialah oleh seorang ulama bernama Yusuf an-Nabhani dalam karyanya Afdal al-Salawat, Muhammad al-Mahdi al-Fasi dalam Matali' al-Masarrat Bijalaa Dalail al-Khairat (مَطَالِعُ الْمَسَرَّاتِ بِجَلَاءِ دَلَائِلِ الْخَيْرَاتِ‎) dan Abdul Majid al-Syarnubi al-Azhari dalam Syarah Dalail Khairat. Sebuah karya klasik era Uthmaniyyah oleh Kara Davud yang popular dalam bahasa Turki, bertajuk Tevfîk-i Muvaffık il-Hayrât li-Neyl'il-berekât fî Hidmet-i Menbâ'üs-sa'adât (Bahasa Turki Uthmaniyyah: توفیق موفق الحیرات لنیل البركات فی خدمة منباع السعادات‎),[3] secara ringkas dikenali sebagai Kara Davud.

Manuskrip

[sunting | sunting sumber]
Institusi Nombor inventori Tempat asal Tarikh Saiz Nota
Muzium Seni Walters W.583 Empayar Uthmaniyah Abad ke-17 [4]
Perpustakaan Negara Israel Yahuda Ms.Ar.862 Afrika Utara Abad ke-17 [5]
Koleksi Khalili tentang Haji dan Kesenian Perjalanan Ibadah Haji MSS 97 Turki Akhir abad ke-17 atau abad ke-18 52 folio [6]
Perpustakaan Negara Israel Yahuda Ms.Ar.864 Empayar Uthmaniyah 1734 [5]
Perpustakaan Chester Beatty, Dublin CBL Ar 5459 Berkemungkinan Maghribi Abad ke-18 [7]
Muzium Seni Los Angeles County M.85.237.51 Turki 1751-1752 [8]
Perpustakaan Negara Israel Yahuda Ms.Ar.863 India Akhir abad ke-18 [5]
Perpustakaan Negara Israel Yahuda Ms.Ar.47 Empayar Uthmaniyah 1795 [5]
Koleksi Khalili tentang Haji dan Kesenian Perjalanan Ibadah Haji MSS 1278 India Akhir abad ke-18 – awal abad ke-19 2 muka surat terpisah [9]
Muzium Seni Islam, Qatar MS.427.2007 Istanbul Abad ke-19 [10]
Koleksi Khalili tentang Haji dan Kesenian Perjalanan Ibadah Haji MSS 1283 Dari India, atau mungkin Mekah melalui hasil seni tangan pelukis-pelukis India 1801-1802 101 folio [11]
Perpustakaan Negara Israel Yahuda Ms.Ar.852 Kashmir Awal abad ke-19 [5]
Bayerische Staatsbibliothek, Munich BSB Cod.arab. 2646 1830 99 folio [12]
Koleksi Khalili tentang Haji dan Kesenian Perjalanan Ibadah Haji MSS 1138 Maghribi 1838 223 folio [13]
Bayerische Staatsbibliothek, Munich BSB Cod.turc. 553 Istanbul 1845 221 folio [14]
Koleksi Khalili tentang Haji dan Kesenian Perjalanan Ibadah Haji MSS 276 Turki, berkemungkinan Istanbul 1848-9 84 folio [15]
Bayerische Staatsbibliothek, Munich BSB Cod.arab. 2673 Istanbul? 1857 90 folio [16]
Perpustakaan Negara Israel Yahuda Ms.Ar.38 Empayar Uthmaniyah 1862 [5]
Koleksi Khalili tentang Haji dan Kesenian Perjalanan Ibadah Haji MSS 1245 Afrika Utara atau Mekah 1873 89 folio [17]
Perpustakaan Allama Iqbal, Universiti Kashmir Arab Saudi 1885 187 folio [18]
Weltmuseum Wien, Vienna Austria 140430 Afghanistan Abad ke-18, diperoleh oleh Ludwig Gustav Alois Zöhrer sebelum tahun 1960
  1. ^ "The Story of Dala'il al-Khayrat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-09-01. Dicapai pada 2006-10-03.
  2. ^ "Dala'il Khayrat: An Appreciation by Siddiq Osman Noormuhammad (IQRA.net)".
  3. ^ "Şerh-i Delâilü'l-hayrât".
  4. ^ "Collection of Prayers for the Prophet Muhammad". The Walters Art Museum (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-11-28.
  5. ^ a b c d e f "Eid al-Adha". web.nli.org.il. Dicapai pada 2020-11-28.
  6. ^ "Dala'il al-Khayrat of al-Jazuli". Khalili Collections (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-11-28.
  7. ^ "Dala'il al-Khayrat ('The Guide to Happiness') - Discover Islamic Art - Virtual Museum". Explore Islamic Art Collections. 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-11. Dicapai pada 2021-08-11.
  8. ^ "Manuscript of the Dala'il al-khayrat of al-Jazuli (Devotional Manual) | LACMA Collections". collections.lacma.org. Dicapai pada 2021-08-11.
  9. ^ "The Masjid al-Haram at Mecca and the Prophet's Mosque at Medina". Khalili Collections (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-11-28.
  10. ^ "Ottoman copy of the Dalâ'il Al-Khayrât, MS.427.2007". www.mia.org.qa. Dicapai pada 2021-08-11.
  11. ^ "The Dala'il al-Khayrat of al-Jazuli and Other Prayers". Khalili Collections (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-11-28.
  12. ^ Dalāʾil al-ḫairāt. OPAC of the Bavarian State Library (dalam bahasa Inggeris). August 1830. Dicapai pada 2022-09-29.
  13. ^ "An Exceptional Copy of al-Jazuli's Dala'il al-Khayrat". Khalili Collections (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-11-28.
  14. ^ "Prayer Book of Düzdidil Kadın". Digital Collections of the Bavarian State Library (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-09-29.
  15. ^ "A Lavishly Illuminated Copy of al-Jazuli's Dala'il al-Khayrat". Khalili Collections (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-11-28.
  16. ^ "Dalāʾil al-Ḫairāt". Digital Collections of the Bavarian State Library (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-09-29.
  17. ^ Nassar, Nahla (2020). "The Dala'il al-khayrat of al-Jazuli". Explore Islamic Art Collections. Dicapai pada 2020-11-28.
  18. ^ "Manifestations of Goodness". World Digital Library. US Library of Congress. Dicapai pada 2020-11-28.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]