Dalam Setiap Sujud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Dalam Setiap Sujud
GenreDrama
PenciptaMufid Suhaimi (idea asal)
Ditulis olehMufid Suhaimi
PengarahRaja Ahmad Alauddin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Jagalah Diri" oleh Jaclyn Victor
Lagu penutup"Jagalah Diri" oleh Jaclyn Victor
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod14
Penerbitan
Penerbit eksekutifHemanathan Paul (penyelaras)
PenerbitJalena Rejab
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV9
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal8 Januari 2013 – 25 Februari 2013

Dalam Setiap Sujud ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2013 arahan Raja Ahmad Alauddin dengan idea asal dan skrip oleh Mufid Suhaimi, yang diinspirasikan daripada peristiwa letupan Gunung Merapi yang meragut ratusan nyawa di Jogjakarta, Indonesia.[1] Dibintangi oleh Nur Fathia, Azlee Khairi dan Keith Foo, drama ini bersiaran di Slot Ratu TV9 dari 8 Januari 2013 hingga 25 Februari 2013 menggantikan Terlanjur Cinta. Pada tahun 2014, drama ini diulang siar di Slot Samarinda TV3.[2][3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kehadiran Jannah (Nur Fathia), sukarelawan daripada Malaysia membibitkan sedikit rasa cinta di hati Hendra apabila melihatkan kelembutan Jannah melayan anaknya kecilnya yang bernama Ilah.

Konflik terjadi apabila Jannah menerima lamaran Puan Endah (Rozie Othman) yang berkenan dengan peribadi Jannah yang sering sahaja tersenyum ketika dia dimasukkan ke hospital. Puan Endah yang juga bekas majikan bapa Jannah mahukan Jannah menjadi isteri kepada anaknya, Fareez (Azlee Khairi). Malangnya, Fareez yang suka berpoya-poya itu tidak mahu Jannah menjadi isterinya kerana dia sudahpun mempunyai pilihan sendiri iaitu Zulaikha (Elfaeza Ul Haq).

Bagi Fareez, Jannah tidak layak untuk menjadi isterinya jika dibandingkan dengan Zulaikha yang lebih moden dan kedudukan Zulaikha juga lebih setaraf dengannya. Tetapi atas desakan Puan Endah, Fareez terpaksa akur dan menerima pilihan ibunya itu jika tidak dia akan kehilangan semua harta keluarganya. Sejak itu Fareez berjanji akan membuatkan Jannah tersiksa dengan hidup bersamanya. Bagaimana pula dengan Hendra yang jauh di Indonesia tapi tidak pernah sedetik pun melupakan Jannah?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Pelakon kanak-kanak[sunting | sunting sumber]

  • Laurentia Anindita sebagai Tila

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sinopsis Drama Dalam Setiap Sujud, slot Ratu TV9 Empayar Ryz (8 Januari 2013). Dicapai pada 23 Jun 2013.
  2. ^ Sinopsis Drama Dalam Setiap Sujud Lakonan Keith Foo & Nur Fathia Sensasi Selebriti (4 Januari 2013). Dicapai pada 23 Jun 2013.
  3. ^ "Dalam Setiap Sujud" Pertemukan Fathia & Keith Foo mStar Online (8 Januari 2013). Dicapai pada 23 Jun 2013.