Damansara (kawasan persekutuan)
(Inggeris) P106 Damansara ialah kawasan pengundian pilihan raya bagi peringkat parlimen. Selepas persempadanan semula kawasan Pilihan Raya yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Parlimen P106 Petaling Jaya Utara telah ditukar nama kepada P105 Damansara. Parlimen ini disandang oleh saudara Tony Pua daripada parti DAP. Majoriti pengundi di kawasan ini ialah daripada kaum Cina.
Statistik Banci 2020[sunting | sunting sumber]
Sumber:[1]
Statistik Banci 2020 P106 Damansara | |
---|---|
Jumlah Penduduk | 468,939 |
Kepadatan Penduduk | 7,214 / km2 |
Nisbah Jantina (L : P) | 107 : 100 |
Kumpulan Etnik | |
Bumiputera | 33.7 |
Cina | 57.8 |
India | 7.7 |
Lain-Lain | 0.9 |
Kawasan pilihan raya ![]() | |||
---|---|---|---|
Kawasan parlimen | |||
Badan perundangan | Dewan Rakyat | ||
ADR |
DAP | ||
Kawasan pilihan raya diwujudkan | 1958 | ||
Kawasan pilihan raya telah dimansuhkan | 1974 | ||
Kali pertama dipertandingkan | 1959 | ||
Kali terakhir dipertandingkan | 2018 | ||
Demografi | |||
Populasi (2017)DC2017Q4 | 164,322 | ||
Pemilih (2017)[2] | 164,322 | ||
Luas (km²)[3] | 65 | ||
Kepadatan pen. (per km²) | 2,528 |
Demografi[sunting | sunting sumber]
Pecahan etnik pengundi parlimen Petaling Jaya setakat 2018[4]
Tony Pua[sunting | sunting sumber]
Ahli Parlimen P106 Damansara[sunting | sunting sumber]
Damansara (P106) ialah kawasan pilihan raya bagi parlimen di Dewan Rakyat. Dahulu, nama parlimen ini ialah Petaling Jaya Utara (kawasan persekutuan) namun ditukar pada tahun 2018 oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
Penyandang parlimen ini ialah Yang Berhormat Tony Pua Kiam Wee dari PH-DAP. Beliau menyandang kerusi ini sejak Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12 yang lalu pada 2008. Beliau memperoleh majoriti kerusi terbanyak dalam sejarah.
Sejarah Kawasan[sunting | sunting sumber]
Parlimen ini dipecahkan kepada dua parlimen berbeza pada tahun 1995. Sebelum ini ianya berada di bawah parlimen Petaling Jaya (kawasan persekutuan) (Lama) kemudiannya dipecahkan menjadi Parlimen Petaling Jaya Utara dan Parlimen Petaling Jaya Selatan pada 1995.
Pada 2018 nama parlimen Petaling Jaya Utara ditukar nama kepada Damansara dan Petaling Jaya Selatan ditukar nama kepada Petaling Jaya.
Parlimen Petaling Jaya (Lama) diberikan nama baharu pada 1986 oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Sebelum 1986, nama parlimen ini ialah Parlimen Petaling (kawasan persekutuan).
Parlimen Petaling (kawasan persekutuan) ditubuhkan pada 1974 dan merupakan sebuah konstituensi baharu.
- Parlimen Damansara (1959-1974)
- Parlimen Petaling (1974-1986)
- Parlimen Petaling Jaya (1986-1995)
- Parlimen Petaling Jaya Utara (1995-2018)
- Parlimen Petaling Jaya Selatan (1995-2018)
- Parlimen Damansara (2018-Kini)
- Parlimen Petaling Jaya (2018-Kini)
Sejarah Wakil Rakyat[sunting | sunting sumber]
Keputusan Pilihan Raya[sunting | sunting sumber]
Dewan Negeri Selangor[sunting | sunting sumber]
Terdapat tiga Dewan Negeri dalam parlimen ini
Pentadbiran dan Kemudahan[sunting | sunting sumber]
Parlimen ini berada di bawah daerah Petaling dan sebahagian daerah Gombak, Selangor.
Mukim[sunting | sunting sumber]
Mukim bagi parlimen ini ialah mukim Sungai Buloh
Pihak Berkuasa Tempatan[sunting | sunting sumber]
Kerajaan Tempatan bagi parlimen ini ialah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan sebahagian Majlis Perbandaran Selayang (MPS).
Polis Daerah[sunting | sunting sumber]
IPD Petaling Jaya ialah IPD bagi parlimen ini
- ^ https://www.mycensus.gov.my/index.php/census-product/publication/census-2020/myparlimen
- ^ "Senarai Harga Daftar Pemilih Untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 Yang Diwartakan Pada 10 April 2018" (PDF). Election Commission of Malaysia. 2018-04-16. m/s. 12. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-04-25. Dicapai pada 2018-04-25.
- ^ Laporan Kajian Semula Persempadanan Mengenai Syor-Syor Yang Dicadangkan Bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan Dan Negeri Di Dalam Negeri-Negeri Tanah Melayu Kali Keenam Tahun 2018 Jilid 1 (PDF) (Laporan). Election Commission of Malaysia. 2018. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-04-12. Dicapai pada 2018-04-15.
- ^ "14th General Election Malaysia (GE14 / PRU14) - Results Overview". election.thestar.com.my. Dicapai pada 2020-06-20.