Dambe

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dua orang petarung Dambe bergerak lincah

Dambe adalah seni mempertahankan diri dalam kalangan orang Hausa di Nigeria[1] tapi juga ada di selatan Niger dan barat daya Chad.[2] Ia melibatkan aksi bertinju kuat diiringi upacara adat khas di mana perlawanan ditandingkan bertujuan mengalahkan satu sama lain sebanyak tiga pusingan sehingga mampu mengakibatkan kecederaan serius seperti rahang dan tulang rusuk yang patah.

Sukan ini dahulunya didominasi oleh kumpulan tukang daging dan nelayan[1] daripada suatu bentuk hiburan dilakukan setiap musim menuai malah juga secara tradisional dipraktikkan sebagai melatih lelaki untuk bersiap sedia untuk berperang. Sukan ini mendapat perhatian Kementerian Pembangunan Belia dan Sukan Persekutuan Nigeria di mana adanya perancangan pada bulan Disember 2019 untuk mewujudkan suatu liga kebangsaan serta pelaksanaan kerjasama dengan Dambe Sport Association untuk membentuk sebuah persekutuan mengatur pertandingan dan kejohanan di dalam dan luar Nigeria.[3][4]

Persiapan[sunting | sunting sumber]

Senjata utama dalam sukan ini adalah penumbuk tangan dominan yang dibalut ketat membentuk suatu "tombak" menyerang manakala tangan yang sebelah lagi menjadi "perisai" yang menepis.[5] Tangan "tombak" ini pernah diperkuatkan dengan resin melekit yang dicampurkan dengan kepingan kaca pecah;[6] bagaimanapun, amalan ini kini diharamkan.

Gelanggang dambe disediakan di kawasan lapang yang dibersihkan. Acara main gendang dan nyanyian juga dilangsungkan memeriahkan pertandingan sebelum ia bermula untuk mengalakkan kedua-dua pihak petarung dan para penonton. Ada juga sesetengah petarung yang memakai tangkal kerana dipercayai mampu mendapatkan kekebalan semasa bertarung.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Iyorah, Festus (18 Jun 2018). "Dambe: How an ancient form of Nigerian boxing swept the internet". Al Jazeera. Dicapai pada 18 Jun 2018.
  2. ^ In pictures: Traditional boxing in Nigeria. Text by Andrew Walker, pictures by Afolabi Sotunde. BBC World Service, March 2008.
  3. ^ AbdulAzeez Bello (December 11, 2019). "Sports ministry to create national league for dambe". Daily Trust (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada June 10, 2021.
  4. ^ Mafua, Juliet (12 April 2020). "Dambe: The Nigerian combat sport with worldwide aspirations". BBC Sport (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 June 2021.
  5. ^ a b Rivett-Carnac, Mark (12 Ogos 2018). "These Boxers Fight With Cords Wrapped Around Their Fists. Crowds Love It". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 10 Jun 2021.
  6. ^ Boxing in Nigeria: A rumble in the Sahel, by The Economist, dated Nov 18th 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]