Dana mahsul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Dana mahsul (sovereign wealth fund, SWF) ialah dana pelaburan milik pemerintah atau kerajaan negara yang melabur dalam aset-aset nyata dan kewangan seperti saham, bon, hartanah, logam berharga, atau pelaburan alternatif seperti dana ekuiti persendirian atau dana lindung nilai. Dana-dana ini melabur dalam peringkat global, dan kebanyakan daripadanya didanai hasil eksport komoditi atau daripada rizab pertukaran asing pegangan bank pusat.

Sesetengah dana mahsul ini mungkin akan dipegang oleh bank pusat yang mengumpulkan dana sepanjang pengurusan sistem perbankan negara; dana jenis yang digambarkan ini biasanya mempunyai kepentingan ekonomi dan fiskal yang utama. Ada juga dana mahsul yang hanya menyimpan mahsul negara untuk dilaburkan melalui pelbagai entiti untuk mendapatkan pulangan dalam pelaburan, lalu mungkin tidak ada peranan penting dalam pengurusan fiskal.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]