Pergi ke kandungan

Daniel Sher

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Daniel Sher Aaron Bahadur[1] (lahir 28 Jun 1990) atau lebih dikenali sebagai Daniel Sher ialah seorang penyanyi, komposer, penyusun muzik, penulis lagu dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau berasal dari Kluang, Johor dan mula aktif dalam industri hiburan sejak tahun 2015. Daniel dikenali melalui penyertaannya dalam beberapa program realiti nyanyian dan persembahan pentas di peringkat tempatan serta antarabangsa. Pada tahun 2025, beliau merupakan finalis program Big Stage Alpha terbitan Astro dan seterusnya debut sebagai ketua kumpulan Alpha bersama 6 orang lagi finalis di bawah label Rocketfuel Entertainment[2].

Daniel Sher
Maklumat latar belakang
Nama lahirDaniel Sher Aaron Bahadur
Kelahiran (1990-06-28) 28 Jun 1990 (umur 35)
Kluang, Johor, Malaysia
PekerjaanPenyanyi, komposer, penyusun muzik, penulis lagu, pelakon
Alat muzikDram, gitar dan keyboard piano
Tahun aktif2015–kini
Syarikat rakamanRocketfuel Entertainment
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kehidupan awal dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Daniel Sher membesar di Kluang, Johor dan mendapat pendidikan awal di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina, yang membolehkannya menguasai bahasa Mandarin dengan fasih. Beliau mula melibatkan diri dalam bidang muzik secara aktif sejak tahun 2015.

Kerjaya seni

[sunting | sunting sumber]

Daniel Sher mula dikenali selepas menyertai Astro Star Quest 2015, di mana beliau meraih tempat naib juara[3]. Pada tahun 2020, beliau menjuarai Bintang Ai @ RTM, program realiti nyanyian yang menampilkan bakat berbilang kaum[4]. Pada tahun 2025, beliau menjadi salah seorang finalis rancangan realiti Big Stage Alpha 2025 dan berjaya mara ke peringkat akhir serta menamatkan saingan di tempat ke-4.

Susulan kejayaan itu, Daniel Sher telah dipilih untuk debut bersama kumpulan lelaki baharu, Alpha, di bawah naungan Rocketfuel Entertainment

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Single (Solo)

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk lagu Catatan
2021 “You’re The Only One (为了你存在)” – bersama Justin 吴宗翰
"Biarku Jadi Your Knight" - bersama Brendonse7an
2022 "She Walks By"
2023 "Aku Luar BIasa"
"Di Sini Hatiku" feat Chris M. Yong & Angela Chua OST filem Adoiii Jiwaku
2024 "Kita Pasti Boleh" OST filem Gold
"MOMOCOCO" - feat. Daniel Sher

Single (Kumpulan Alpha)

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk lagu Catatan
2025 "Mona Lisa (Bang Bang)" Single Debut Kumpulan Alpha
"P Ramlee Saloma" OST Drama Thariq Ridzuwan: His Treasure
"Sahabat" Lagu Tema Kempen Astro Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia
"Bujang (Versi Alpha)" OST Drama (Viu) Satu, Dua...Dia?

Televisyen

[sunting | sunting sumber]

Rancangan realiti / Hiburan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk rancangan Catatan
2015 Astro Star Quest Naib juara
2017 The Voice Singapore - Malaysia Top 8
2018 Come Sing With Me (Hunan TV, China)
2019 The Sheng Siong Show (MediaCorp, Singapura)
2020 Bintang Ai @ RTM Juara
2021 Shila Amzah Masterclass (8TV)[5] Sesi bimbingan khas bersama Shila Amzah
All Together Now Malaysia Episod 5 (top 6)
2023 I Can See Your Voice Malaysia Musim 6 Minggu 1
2024 Kemuncak Bintang @aifm.malaysia Juri dan pelatih kepada top 8 peserta
2025 Big Stage Alpha Tempat ke-4

Rancangan dokumentari / Gaya hidup

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk rancangan Saluran tv Catatan
2018 Find The Wasabi Musim 3 (NHK, Jepun)
2021 Kampung Life TV2
2025 Alpha Dreams Unlocked Astro Ria Episod 3
2025-2026 Alpha Dreams Unlocked : Seoul Chapter Astro Ria
Tahun Tajuk Watak Catatan
2023 Adoiii Jiwaku Horan Khan Watak pembantu
Telefilem
[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran televisyen Catatan
2023 Papa Jinak Singa Bratt TV Okey Watak utama

(Telemovie khas Tahun Baru Cina)

Tahun Tajuk Watak Saluran televisyen Catatan
2025 One Cent Thief (musim 2) Ahli "Digital Karma" Astro Ria Cameo
Satu, Dua...Dia? Jurugambar Viu Cameo

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]
  1. Naib Juara Astro Star Quest 2015
  2. Finalis The Voice Singapore-Malaysia 2017 (Top 8)
  3. Juara Bintang Ai @ RTM 2020
  4. Finalis Big Stage Alpha 2025, (tempat ke-4)
  5. Pemenang mingguan Anugerah Ikon Perfume Paradise Big Stage Alpha 2025, (minggu ke-5 hingga minggu ke-8)

Gaya muzik dan persembahan

[sunting | sunting sumber]

Daniel terkenal dengan genre funk dan rock, serta gaya persembahan yang dinamik dan bertenaga. Beliau juga mempunyai kemahiran bermain alat muzik seperti gitar dan dram, di samping menyusun dan menggubah lagu sendiri.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Daniel Sher". Malaysian Pop Wiki (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-07-26.
  2. ^ "Ariel Fesol juara Big Stage Alpha, 7 finalis jadi 'boy group' baharu... Bakal tampil di konsert Hael Husaini - Hiburan | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2025-06-16. Dicapai pada 2025-07-26.
  3. ^ vincentloy (2015-07-11). "Astro Star Quest (新秀大赛) 2015 Final". Vincent Loy's Online Journal (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-07-21.
  4. ^ "Daniel Sher dari Johor Dinobat Juara Bintang Ai @ RTM 2020". Budiey Channel (dalam bahasa Inggeris). 2020-10-12. Dicapai pada 2025-07-21.
  5. ^ Sallehuddin, Serimah Mohd (2021-11-26). "Shila pengetua program realiti bahasa Mandarin". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-07-26.