Daniel Veerapen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Daniel Veerapen
Kelahiran
Daniel Veerapen

(1987-11-08) 8 November 1987 (umur 36)

Daniel Veerapen ialah seorang produser muzik & pemain piano yang terlibat serius dalam produksi dan rakaman lagu-lagu di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 8 November 1987 di Kuala Lumpur, Malaysia merupakan anak bongsu kepada penggiat irama jazz Micheal Veerapen. Sebagai pemain piano & keyboard, muzik yang menjadi forte Daniel adalah nu jazz, electronic, RnB, orchestral, dan instrumental.

Meneruskan legasi bapanya yang pernah menerbitkan lagu-lagu hebat penyanyi Sheila Majid, Daniel memulakan kariernya pada usia muda dan apabila beliau berumur 19 tahun, Daniel berjaya dicalonkan sebagai produser terbaik untuk kategori Album Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-14 untuk album kedua penyanyi Noryn Aziz.

Kini, Daniel sedang mencipta nama sebagai antara pewaris muzik jazz di Malaysia. Beliau telahpun bekerjasama dengan ramai penggiat muzik di rantau Asia Pasifik seperti Lewis Pragasam, Noryn Aziz, Vince Chong, Jose Thomas, Ash Nair, Randy Bernsen, Joanne Yeoh dan ramai lagi. Bukan setakat itu, Daniel juga berkerja rapat dengan orang berpengaruh dalam industri hiburan seperti Hans Isaac, Harith Islandar, Dato Zahim Albakri dan sebagainya.

Fail:Dv11.jpg
Daniel Veerapen, pemain piano muda negara