Daniele Baselli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Daniele Baselli
Daniele Baselli 02.JPG
Baselli bersama Atalanta pada 2014
Maklumat peribadi
Nama penuh Daniele Baselli
Tarikh lahir (1992-03-12) 12 Mac 1992 (umur 29)[1]
Tempat lahir Brescia, Itali
Ketinggian 1.82 m (6 ka 0 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Torino
Nombor 8
Kerjaya remaja
2000–2011 Atalanta
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2011–2013 Cittadella 50 (1)
2013–2015 Atalanta 50 (2)
2015– Torino 154 (18)
Pasukan kebangsaan
2009 Itali B18 2 (0)
2011 Itali B19 1 (0)
2012–2015 Itali B21 12 (0)
2018– Itali 1 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 19 Mac 2020 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 4 Jun 2018

Daniele Baselli (sebutan bahasa Itali: [daˈnjɛːle baˈzɛlli]; lahir 12 Mac 1992) merupakan pemain bola sepak profesional Itali yang beraksi di posisi pemain tengah untuk Torino dan pasukan kebangsaan Itali.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Baselli telah dilahirkan di Brescia dan menyertai pasukan akademi Atalanta pada tahun 2000 semasa beliau berusia lapan tahun. Ketika musim 2010–11, beliau telah ditawarkan untuk menyertai pasukan Primavera apabila beliau tampil bersama pasukan itu dalam 22 perlawanan liga dan menjaringkan lima gol. Beliau juga memanaskan bangku simpanan pasukan senior Atalanta pada aksi Serie B dan Coppa Italia.

Cittadella[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Julai 2011, beliau telah dijual ke kelab Serie B, Cittadella sebagai rundingan pemilikan bersama dengan nilai perpindahan berjumlah 500 euro.[2][3] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Cittadella pada aksi Coppa Italia menentang Fiorentina yang berakhir dengan kekalahan 1-2.[4] Beliau melakukan penampilan sulungnya dalam saingan liga pada 27 Ogos ketika pasukannya meraih kemenangan 2-1 ke atas AlbinoLeffe.[5] Beliau menamatkan musim 2011–12 dan membuat 13 penampilan liga dan sepuluh daripadanya sebagai barisan kesebelasan utama pasukan.

Selepas rundingan antara kedua-dua kelab itu diperbaharui, beliau terus kekal bersama Cittadella untuk menghadapi musim berikutnya. Beliau seterusnya beraksi dalam dua perlawanan Coppa Italia dan 37 perlawanan liga. Di samping itu, beliau juga menjaringkan gol pertama dalam kariernya pada 18 Mei 2013 dengan menjaringkan gol kemenangan semasa menundukkan Ascoli.[6]

Kembali ke Atalanta[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Jun 2013, beliau kembali ke Atalanta selepas kelab itu membayar sebahagian daripada nilai pemain itu yang bernilai 803,500 euro[2][7] manakala Cittadella pula dilaporkan telah menawarkan bayaran lebih kurang 50,000 euro terhadap pemain itu.[8] Beliau seterusnya menandatangani kontrak selama empat tahun bersama Atalanta dan melakukan penampilan sulungnya pada 18 Ogos dengan beraksi selama 17 minit terakhir permainan serta membantu jaringan Giuseppe De Luca untuk menyumbat gol terakhir pasukannya bagi mengalahkan Bari 3-0.[9]

Pada 1 September, Baselli melakukan penampilan sulungnya di Serie A dengan menjadi pemain gantian pada separuh masa kedua ketika menewaskan Torino 2-0.[10] Beliau beraksi sebagai barisan kesebelasan utama pasukan dalam saingan Serie A buat pertama kali pada 13 hari kemudian ketika pasukannya akur akan kekalahan 0-2 kepada Napoli.[11] Beliau menjaringkan gol sulungnya di Serie A pada 10 Mei 2015 sekali gus membantu pasukannya melakar kemenangan 1-0 ke atas Milan.

Torino[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Julai 2015, beliau telah dijual ke Torino dan hari yang sama Davide Zappacosta dibawa ke kelab dengan jumlah perpindahan mereka sebanyak 10.3 juta euro.[12] Baselli melakukan penampilan sulungnya pada 17 Ogos pada pusingan ketiga Coppa Italia menentang Pescara dan beliau juga menjaringkan gol pertama Torino pada perlawanan itu sebelum ia berakhir dengan kemenangan 4–1.[13] Pada 23 Ogos, beliau menjaringkan gol sulungnya di Serie A bersama Torino pada aksi kemenangan 2-1 mengalahkan Frosinone. Beliau menamatkan musim 2014–15 dengan melakukan 35 penampilan dan menghasilkan empat gol.

Pada 20 Ogos 2016, beliau menjaringkan gol pertamanya ketika musim 2016–17 semasa pasukannya kecundang kepada Milan di San Siro. Beliau mengakhiri kempen pada musim itu dengan melakukan 37 kemunculan dan menjaringkan enam gol.[14] Pada 12 Julai 2017, beliau memperbaharui kontraknya bersama Torino sehingga tahun 2022.[15]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2009, beliau telah mewakili pasukan bawah-18 Itali dalam dua perlawanan persahabatan. Pada 24 September 2009, beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan bawah-19 ketika menentang Turki.

Pada 13 November 2012, beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan bawah-21 dalam perlawanan persahabatan menentang Sepanyol. Beliau seterusnya dipanggil oleh Devis Mangia untuk menghadapi perlawanan persahabatan berikutnya pda 6 Februari menentang Jerman tetapi beliau tidak beraksi. Pada 14 Ogos 2013, beliau beraksi sebagai barisan kesebelasan utama pasukan pada perlawanan persahabatan menewaskan Slovakia 4-1. Pada 5 September 2013, beliau beraksi sebagai barisan kesebelasan utama ketika di bawah kendalian Luigi Di Biagio pada aksi kelayakan Kejohanan Eropah 2015 menentang Belgium.

Dari 10 hingga 12 Mac 2014, beliau telah dipanggil untuk menyertai skuad senior oleh jurulatih Cesare Prandelli sebagai usaha untuk menilai pemain-pemain muda bagi menghadapi kejohanan Piala Dunia 2014[16] manakala pertemuan seterusnya disahkan pada 14 dan 15 April.[17] Beliau turut mengambil bahagian dalam Kejohanan Eropah Bawah-21 2015 yang berlangsung di Republik Czech.

Baselli melakukan penampilan sulungnya bersama skuad senior ketika pasukannya membelasah San Marino 8-0 dalam aksi persahabatan tidak rasmi pada 31 Mei 2017 dengan mewakili pasukan Itali B. Beliau beraksi sehingga minit ke-45 permainan sebelum beliau digantikan oleh Lorenzo Pellegrini.[18]

Pada 19 Mei 2018, Baselli telah dipanggil untuk menyertai skuad senior oleh jurulatih Roberto Mancini untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Arab Saudi, Perancis dan Belanda.[19] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk skuad senior Itali pada 4 Jun ketika pasukannya mengikat Belanda dengan keputusan seri 1-1 di Turin. Beliau beraksi sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua permainan menggantikan Jorginho.[20]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 19 Mac 2020.[21]
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Itali Cittadella 2011–12 13 0 1 0 14 0
2012–13 37 1 2 0 39 1
Jumlah 50 1 3 0 53 1
Itali Atalanta 2013–14 28 0 3 0 31 0
2014–15 22 2 2 0 24 2
Jumlah 50 2 5 0 55 2
Itali Torino 2015–16 35 4 3 1 38 5
2016–17 37 6 2 0 39 6
2017–18 32 4 2 0 34 4
2018–19 34 4 3 1 37 5
2019–20 16 0 0 0 5[a] 0 21 0
Jumlah 154 18 10 2 5 0 169 20
Jumlah kerjaya 247 21 18 2 5 0 270 23
  1. ^ Penampilan di Liga Europa UEFA.

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 4 Jun 2018.
Pasukan kebangsaan Itali
Tahun Kmncln Gol
2018 1 0
Jumlah 1 0

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Atalanta

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Italy - D. Baselli - Profile with news, career statistics and history - Soccerway". int.soccerway.com. Dicapai pada 21 December 2019.
  2. ^ a b Atalanta B.C. S.p.A. bilancio (financial report and accounts) on 31 December 2013, PDF purchased from Italian C.C.I.A.A. (in Italian)
  3. ^ "Ufficialle: De Vito e Baselli al Cittadella, Dalla Bona al Modena" [Official: De Vito and Baselli to Cittadella, Dalla Bona to Modena] (dalam bahasa Italian). Tutto Mercato Web. 13 July 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "Fiorentina, Gila-Cerci e il Cittadella è battuto" [Fiorentina, Gila-Cerci and Cittadella is beaten] (dalam bahasa Italian). Calcio Toscano. 21 August 2011. Dicapai pada 14 April 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "Cittadella 2–1 AlbinoLeffe" (dalam bahasa Italian). Lega Serie B. 27 Ogos 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2014. Dicapai pada 14 April 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Cittadella 1–0 Ascoli" (dalam bahasa Italian). Lega Serie B. 18 Mei 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 April 2014. Dicapai pada 14 April 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ A.S. Cittadella S.r.l. bilancio (financial report and accounts) on 30 June 2013, PDF purchased from Italian C.C.I.A.A. (in Italian)
  8. ^ "L'Atalanta la spunta per 50mila euro: Baselli è nerazzurro" [Atalanta wins by 50 thousand euros: Baselli is nerazurro] (dalam bahasa Italian). Bergamo News. 21 June 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2015. Dicapai pada 14 April 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ "Coppa Italia, Atalanta-Bari 3–0: una doppietta di Livaja lancia i nerazzurri" [Coppa Italia, Atalanta-Bari 3–0: a double from Livaja pushes nerazurri forward] (dalam bahasa Italian). La Repubblica. 18 August 2013. Dicapai pada 14 April 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ "Atalanta 2–0 Torino". Football Italia. 1 September 2013. Dicapai pada 14 April 2014.
  11. ^ "Napoli 2–0 Atalanta". Football Italia. 14 September 2013. Dicapai pada 14 April 2014.
  12. ^ Torino F.C. S.p.A. bilancio (financial report and accounts) on 31 December 2015, PDF purchased from Italian C.C.I.A.A. (in Italian)
  13. ^ "TORINO VS. PESCARA 4 - 1". soccerway.com. Dicapai pada 17 August 2015.
  14. ^ https://int.soccerway.com/players/daniele-baselli/201154/
  15. ^ http://torinofc.it/news/12/07/2017/baselli-rinnovo-sino-al-2022_14835
  16. ^ "STAGE A ROMA DAL 10 AL 12 MARZO: SONO 31 I CONVOCATI DI PRANDELLI". figc.it (dalam bahasa Italian). Federazione Italiana Giuoco Calcio. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Jun 2015. Dicapai pada 12 April 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  17. ^ "TEST A COVERCIANO: PRIMA CHIAMATA PER ROMULO E BERARDI, TORNA CASSANO". figc.it (dalam bahasa Italian). Federazione Italiana Giuoco Calcio. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2015. Dicapai pada 14 Mei 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  18. ^ "Italy 8-0 San Marino". ESPN. 31 May 2017. Dicapai pada 1 June 2017.
  19. ^ "Roberto Mancini hands Mario Balotelli Italy recall | Goal.com" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-05-20.
  20. ^ "Italy: Dutch peg back 10-man Azzurri". Football Italia. 4 June 2018. Dicapai pada 4 June 2018.
  21. ^ Biodata Daniele Baselli di Soccerway. Capaian 11 July 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]