Danilo (pemain bola sepak, lahir Julai 1991)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Danilo Luiz da Silva)
Danilo
Danilo bersama Brazil pada tahun 2018
Maklumat peribadi
Nama penuh Danilo Luiz da Silva[1]
Tarikh lahir (1991-07-15) 15 Julai 1991 (umur 32)[2]
Tempat lahir Bicas, Brazil
Ketinggian 1.84 m (6 ka 0 in)[3]
Posisi permainan Pemain pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Juventus
Nombor 13
Kerjaya remaja
2004–2005 Tupynambás
2006–2009 América Mineiro
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2009–2010 América Mineiro 37 (4)
2010–2011 Santos 15 (0)
2012–2015 Porto 91 (11)
2015–2017 Real Madrid 41 (3)
2017–2019 Manchester City 34 (4)
2019– Juventus 0 (0)
Pasukan kebangsaan
2011 Brazil B20 15 (2)
2012 Brazil B23 4 (1)
2011– Brazil 23 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 8 Ogos 2019
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 8 Ogos 2019

Danilo Luiz da Silva (lahir 15 Julai 1991), dikenali sebagai Danilo, ialah seorang pemain bola sepak profesional Brazil yang bermain untuk kelab Italo, Juventus sebagai pemain pertahanan kanan atau kiri.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Danilo bersedia untuk Brazil pada tahun 2014

Berikutan persembahan baik di Santos, Danilo membuat penampilan pertamanya dalam skuad Brazil pada 14 September 2011, ketika baru berumur 20 tahun, tampil dalam perlawanan pertama Superclásico de las Américas tahun itu, dalam perlawanan seri tanpa jaringan dengan Argentina (agregat 2-0).[4] Pada tahun sama, beliau mula bermain buat pasukan bawah-20 Brazil dalam Piala Dunia Bawah-20 FIFA yang berakhir dengan kemenangan di Colombia.[5]

Danilo mewakili pasukan bawah-23 dalam Sukan Olimpik Musim Panas 2012. Beliau bermain dalam empat perlawanan ketika Brazil meraih pingat perak, dan mencipta gol ke atas New Zealand dalam peringkat kumpulan (3-0).[6][7][8][9]

Danilo juga disenaraikan dalam pasukan kebangsaan dalam Piala Dunia FIFA 2018 di Russia,[10] membuat penampilan pertamanya dalam perlawanan pada 17 Jun dengan bermain sepanjang perlawanan seri 1-1 dengan Switzerland.[11] Beliau mengalami kecederaan pada 6 Julai sehari sebelum perlawanan suku akhir dengan Belgium, dan terpaksa menjadi pemain simpanan dalam sisa kejohanan.[12]

Danilo mencipta gol antarabangsa pertama beliau pada 19 November 2019 dalam kemenangan 3-0 dalam perlawanan persahabatan menentang Korea Selatan di Abu Dhabi.[13]

Pada Jun 2021, beliau disenaraikan dalam pasukan Brazil dalam Copa América 2021 yang berlangsung di negara sendiri.[14] Beliau memulakan perlawanan final menentang Argentina pada 10 Julai, di mana Brazil tewas 1-0.[15]

Pada 7 November 2022, Danilo disenaraikan dalam pasukan untuk Piala Dunia FIFA 2022.[16] Semasa perlawanan pembukaan menentang Serbia, Danilo mengalami kecederaan di pergelangan kaki, yang memaksa beliau melepaskan sisa peringkat kumpulan.[17][18]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Squads for 2017/18 Premier League confirmed". Premier League. 1 September 2017. Dicapai pada 9 September 2017.
  2. ^ "2018 FIFA World Cup Russia: List of players: Brazil" (PDF). FIFA. 10 Jun 2018. m/s. 4. Dicapai pada 11 Jun 2018.
  3. ^ "Danilo: Overview". Premier League. Dicapai pada 15 Mei 2018.
  4. ^ "Argentina y Brasil igualaron 0–0 en Córdoba" [Argentina dan Brasil bermain seri 0-0 di Cordoba]. Persatuan Bola Sepak Argentina.
  5. ^ "Oscar decide, Brasil dança o vira contra Portugal e leva penta do sub-20" [Oscar menentukan, Brazil menari balik dan memenangi Piala Dunia Bawah-20 penta]. Globo Esporte. Grupo Globo.
  6. ^ "Brasil duas caras: Seleção dá show e depois vacila, mas bate o Egito" [Two-faced Brazil: Pasukan kebangsaan menunjukkan persembahan cemerlang dan kemudian goyah, tetapi menewaskan Mesir]. Globo Esporte. Grupo Globo.
  7. ^ "Neymar assume responsabilidade, Brasil vence e vai às quartas de final" [Neymar mengambil tanggungjawab, Brazil menang dan ke peringkat separuh akhir]. Globo Esporte. Grupo Globo.
  8. ^ "Three and easy for Brazil". FIFA. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Ogos 2012.
  9. ^ "Brasil sufre ante Honduras pero llega a semifinales del fútbol olímpico en Londres 2012" [Brasil menderita lawan Honduras tetapi ke separuh akhir bola sepak olimpik London 2012]. La Voz de Galicia.
  10. ^ "World Cup: Neymar named in Brazil's 23-man squad". BBC Sport.
  11. ^ "Brazil 1–1 Switzerland". BBC Sport.
  12. ^ "Brazil says Danilo out of World Cup with ankle injury". NBC Sports.
  13. ^ Rathborn, Jack. "Brazil vs South Korea result: Philippe Coutinho dazzles to help snap five-game winless streak". The Independent.
  14. ^ "Brazil national team squad Copa America 2021: selected players, absences..." AS.com.
  15. ^ Graham, Bryan Armen. "Argentina 1-0 Brazil: Copa América final – as it happened". The Guardian.
  16. ^ "Seleção Brasileira está convocada para a Copa do Mundo FIFA Qatar 2022". CBF.
  17. ^ "trang cá cược esport uy tín" (dalam bahasa Vietnam). 2023-06-04. Dicapai pada 2023-09-16.
  18. ^ "Neymar and Danilo to miss rest of group stage with ankle injuries" (Siaran akhbar). Reuters.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]