Dari Jemapoh Ke Manchestee
Dari Jemapoh Ke Manchester | |
---|---|
Pengarah | Hishamuddin Rais |
Penulis | Hishamuddin Rais |
Dibintangi | Zulkarnain Ibrahim Indra Syahril Azizul Akma Fariza Azlina |
Diedarkan oleh | Pitcairns Film, Paya Dara Production & Halim Sabir Production |
Tarikh tayangan | 2 Ogos 2001 |
Masa tayangan | 108 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Malaysia |
Dari Jemapoh Ke Manchester ialah filem drama dari Malaysia tahun 1996 arahan Hishamuddin Rais.
Dari Jemapoh Ke Manchester dihasilkan pada tahun 1996 dan memulakan tayangan perdananya di Festival Filem Antarabangsa Singapura pada tahun 1998. Seterusnya filem ini telah menjelajah ke seluruh dunia melalui pelbagai Festival Filem Antarabangsa malah turut ditayangkan di Perancis sempena kejohanan Piala Dunia 1998. Filem ini akhinya mendapat tayangan perdana di Malaysia pada 2 Ogos 2001.
Plot
[sunting | sunting sumber]Mafiz merupakan pemuda yang tidak menghabiskan persekolahan dan sering dileter oleh ibunya kerana mirip bapanya, seorang kelasi yang telah meninggalkan keluarganya untuk menetap di Liverpool. Yadi pula merupakan kawannya yang digelar sebagai Georgie kerana minatnya yang mendalam terhadap pemain bola Manchester United, George Best. Satu hari setelah selesai membetulkan kereta Haji Ramli, mereka berdua disuruh memulangkan kereta merah tersebut. Georgie berjaya memujuk Mafiz untuk meminjam kereta itu agar dapat pergi ke England untuk memenuhi hajat masing-masing.
Selendang bola sepak pemberian kawan Georgie menjadi tangkal nasib baik mereka berdua dalam perjalanan itu ketika diberhentikan oleh seorang polis. Mereka berdua pergi menonton sebuah konsert kumpulan punk rock. 3 orang angkuh melepaskan tembakan ke arah penyanyi kugiran yang bermain dan memaksa semua orang bergegas keluar dari situ. Penyanyi itu ditemui oleh Mafiz dan Georgie dalam but kereta. Lini memperkenalkan dirinya dan menawarkan khidmatnya agar dapat membuatkan pasport untuk kedua-dua pemuda Jemapoh itu dengan syarat dia dapat ikut sekali. Mafiz bersetuju manakala Georgie mendiamkan diri.
Di sebuah restoran, Georgie menumbuk seorang bapa ayam yang sedang mengugut seorang wanita. Wanita tersebut mengambil beg bimbit penyangak itu dan mengikut rombongan kereta merah. Mila berpengetahuan tentang peta, cara untuk ke Eropah dan juga fasih berbahasa Inggeris. Ketika dalam perjalanan, kereta itu mula berasap dan memaksa mereka berhenti di kawasan rumah tepi hutan. Mila pergi mengembara dan diikuti oleh Georgie tanpa sedar. Georgie menyaksikan selaras senapang diacukan terhadap Mila yang sedang mandi sungai. Dia segera bergegas kembali ke kereta merah tetapi tidak memberitahu Mafiz dan Lini tentang perkara yang dilihatnya. Lelaki tua yang mengacukan senapang itu merupakan orang gila yang mempunyai makmal cerap.
Mafiz dan Lini musykil tentang kehilangan Mila. Mereka juga dapat menyelongkar beg bimbit yang diambil oleh Mila dan menjumpai pelbagai passport dan wang. Georgie bertambah lagi sangsi. Mafiz dan Lini pergi ke hutan dan menemui baju Mila. Mereka juga ternampak cahaya yang datang dari balai cerap tersebut. Mereka menyerbu tempat itu tetapi ditembak oleh lelaki tersebut. Georgie mengambil tindakan dan berjaya memukul orang tua tersebut dan menembaknya di bahagian kaki. Mereka berjaya lolos dan meraikan kejayaan mereka di gerai berdekatan. Bapa ayam itu berjaya menjejaki rombongan itu dan mengacukan senapangnya juga. Namun, Rifik (bapa ayam itu) dihentam di bahagian kepala oleh pemilik gerai tersebut.
Georgie yang kini berasa gembira semula memberikan selendang bola sepaknya kepada polis yang ditemui pada babak awal. Perjalanan mereka hampir tiba di pelabuhan tetapi tidak berjaya kerana kereta itu rosak lagi sekali. Dengan pertolongan semua pengembara sepanjang perjalanan, mereka dapat menolak kereta itu sehingga bergerak. Semua orang berlambai ketika mana kereta merah itu mula terbang, menandakan tamatnya pengembaraan dua pemuda dari Jemapoh menuju ke Manchester.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Acui Zul Karnian sebagai Mafiz
- Indra Syahril sebagai Yadi @ Georgie
- Arista Akma sebagai Lin
- Fariza Azlina sebagai Mila
- Amran Nasaruddin sebagai Rifik
- Syed Bakar Syed Salim sebagai Scruffy
- Razak Khaliq sebagai Polis bermotosikal
- Maimon Abdul Muttalib sebagai Ibu Mafiz
- Bohari Ibrahim sebagai Ayah Mafiz
- Kassim Selamat (The Swallows) sebagai Kassim Selamat
- Anas Ruzki sebagai Dobo berbaju batik 1
- Karim Afuan sebagai Dobo berbaju batik 2
- Kamil Othman sebagai Dobo berbaju batik 3
- Dollah Seman sebagai Anak muda anti dobo
- Sabrina Ibrahim sebagai Anak muda jual tiket
- Kuman sebagai Anak muda ngembara
- Alwi Malik sebagai Tuan bengkel
- Haji Shahbudin Kassim sebagai Haji Ramli
- Syed Ismail Syed Ali sebagai Orang tua berbasikal
- Kinah Hassan sebagai Makcik warung
- Yuswan Yusoff sebagai Anak muda penjaga bar 1
- Maznah Che' Zan sebagai Anak muda penjaga bar 2
- Datu Fachruddin Dawila sebagai Anak muda penjaga pub
- Wan Azli Wan Jusoh sebagai Penjaga stesyen minyak
- Hell Angel Chapter Pasoh sebagai Anak muda bermotosikal
- Hell Angel Chapter Naga Mas sebagai Anak muda bermotosikal
- Hell Angel Chapter Cheras sebagai Anak muda bermotosikal
- Hell Angel Chapter Petaseh sebagai Anak muda bermotosikal
- Hell Angel Chapter K. Klawang sebagai Anak muda bermotosikal
- Hell Angel Chapter Paragon sebagai Anak muda dalam kelab
- Rebel Force 2 sebagai Anak muda punk
- Kumpulan Carburetor Dung sebagai Gig band
Pembikinan
[sunting | sunting sumber]- Pembikinan filem ini bermula pada tahun 1996 dan siap sepenuhnya pada tahun 1998.
Tayangan perdana berlangsung di Festival Filem Antarabangsa Singapura 1998.
Permulaan filem: "Sebuah cerita rekaan tidak bersangkut dengan orang yang hidup yang mati atau yang sedang mati".
Untuk tayangan di Malaysia, dialog dalam 2 adegan telah ditapis.Dalam pembikinan filem ini juga,band indie Koffin Kanser,Carburetor Dung dan Kassim Selamat And The Swallows juga turut menyumbangkan idea mereka untuk mengubah lagu dalam filem ini.Hisham pulang ke Malaysia pada tahun 1994. Sekembalinya ke Malaysia dia telah ditahan di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) untuk kali pertama selama dua minggu. Semasa dalam tahanan itulah dia mendapat idea untuk menghasilkan filem Dari Jemapoh ke Manchester. Sebuah filem yang penuh dengan metafora dan budaya berontak anak muda. Filem ini telah mengembara ke serata festival filem di dunia, dari Singapura hinggalah ke Rotterdam. Filem ini amat besar maksudnya.[nyatakan menurut siapa?]
Muzik
[sunting | sunting sumber]- Judul lagu tema: La O Be
Penyanyi: Kassim Selamat & The Swallows
- Judul lagu: Are You Happy
Penyanyi: Carburetor Dung
- Judul lagu: Oppression
Penyanyi: Carburetor Dung
- Judul lagu: La O Be (blues)
Penyanyi: Republic Of Brickfields
- Judul lagu: La O Be (trip-mix)
Penyanyi: Republic Of Brickfields
- Judul lagu: Come On Down
Penyanyi: Babushka
- Judul lagu: Gott
Penyanyi: Koffin Kanser
- Judul lagu: He Ain't Heavy He's My Brother
Penyanyi: The Hollies
- Judul lagu: Apo Nak Di Kato
Penyanyi: Blues Gang
- Judul lagu: Jumpo Kawan Lamo
Penyanyi: Blues Gang
- Judul lagu: Hati Rindu
Penyanyi: R. Azmi
- Judul lagu: A Hard Days Night
Penyanyi: The Beatles
- Judul lagu: Di Bawah Awan Kelabu
Penyanyi: Acid
- Judul lagu: Dendang Remaja
Penyanyi: FTG
- Judul lagu: Rock 'n' Roll
Penyanyi: XPDC
- Judul lagu: Johnny B' Good
Penyanyi: Chuck Berry
- Judul lagu: Perfect Day
Penyanyi: Lou Reed
- Judul lagu: Nice People
Penyanyi: Happy Nightmare
- Judul lagu: Gerbang Kayangan
Penyanyi: Sil Khannaz
- Judul lagu: Memo
Penyanyi: Violet
- Judul lagu: One Sunny Day
Penyanyi: Subculture
- Judul lagu: Spaceman Over Malaysia
Penyanyi: Force Vomit
- Judul lagu: Breathe
Penyanyi: Prodigy
- Judul lagu: Shoot The Space Cadet Star Child
Penyanyi: Kugiran D' Tepi Pantai
- Judul lagu: Hari Ini Dan Semalam
Penyanyi: J. Mizan
Tayangan
[sunting | sunting sumber]- Festival Filem Antarabangsa Singapura ke-11, 1998.
- Festival Film Internasional Jakarta, 1999
- Stockholm International Film Festival, 1998 (Sweden).
Munchen Filmuseum, 1998 (Germany). Berlinbeta International Film Festival, 1999 (Berlin, Germany). 28th Rotterdam International Film Festival, 1999 (Holland). Splitski Filmski Festival, 1999 (Croatia). Jakarta International Film Festival, 1999 (1999).
Sambutan
[sunting | sunting sumber]Filem ini telah menelan belanja sebanyak RM500,000. Kutipan yang diterima untuk filem ini adalah sebanyak RM36,181.60.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Dari Jemapoh Ke Manchestee[pautan mati kekal] di Sinema Malaysia.
- Dari Jemapoh Ke Manchestee di Filem Kita.
- Dari Jemapoh Ke Manchestee di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)