Pergi ke kandungan

Dari Rahim Yang Sama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dari Rahim Yang Sama ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2025 terbitan Anomali Media Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Amor Rizan. Ia dibintangi oleh Nabila Huda, Mhia Firdaus, Rykarl Iskandar dan Rafique Iskandar. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda, TV3 pada 14 April 2025 hingga 7 Mei 2025 menggantikan Sekam Di Dada.

Dari Rahim Yang Sama
Genre
Ditulis olehNaza Manas
PengarahAmor Rizan
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Cinta Terakhirku" - Amira Othman
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Cina
Bilangan episod15
Penerbitan
Penerbit
  • Hariff Ahamat
  • Rosnita Abdul Rahman
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Anomali Media Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asal
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal14 April 2025 – 7 Mei 2025
Kronologi
MengikutiSekam Di Dada
Diikuti olehNikmat Hanya Sesaat

Siri ini juga turut ditayangkan menerusi penstriman Tonton pada 24 jam awal sebelum penayangan di saluran yang dinyatakan.

Mengisahkan Suraya, seorang ibu tunggal yang hilang arah dan gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu. Suraya merupakan seorang GRO yang hidup dalam dunia gelap penuh kemewahan palsu dan sering bertukar pasangan. Dalam mengejar keseronokan dunia, dia langsung mengabaikan tiga orang anaknya, malah lebih kejam, dia sengaja tidak mendaftarkan kelahiran mereka.

Balqis (Mhia Firdaus), seorang remaja perempuan yang terpaksa memikul beban sebagai ibu kepada dua adik lelakinya, Aqil (Rykarl Iskandar) dan Afiq (Rafique Iskandar). Ketiga-tiga mereka adalah adik-beradik seibu tetapi berlainan bapa dan semuanya hidup tanpa identiti sah di sisi undang-undang.

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]
  • Nabila Huda sebagai Suraya
  • Mhia Firdaus sebagai Balqis
  • Rykarl Iskandar sebagai Aqil
  • Rafique Iskandar sebagai Afiq
  • Angeline Tan sebagai Auntie Alice, rakan Suraya berketurunan Cina yang memeluk islam
  • Duerra Mitilda sebagai Hanum
  • Amanda Tan sebagai Teresa
  • Kahoe Hon sebagai Ah Keong,anak Alice
  • Fezrul Khan sebagai Sarman, Ketua sindiket pelacuran, bekas suami Suraya dan bapa kandung Aqil
  • Ameerul Asyraf sebagai Imran, Sepupu Suraya yang merogol dan rakan subahat Sarman
  • Shyrim Husni sebagai Khalid
  • Diana Rusli sebagai Suraya (muda)
  • Aiman Shaqeel sebagai Sarman (muda)
  • Ashraf Muslim sebagai Nazri, Suami Suraya namun meninggal dunia penyebab kematian kemalangan lalu lintas
  • Zizi Hazirah sebagai Juwita
  • Josiah Hogan sebagai Inspektor Aziz, pegawai polis yang menyiasat kegiatan pelacuran Sarman
  • Qaisy Rychey sebagai Adam

Pelakon tambahan

[sunting | sunting sumber]
  • Dalam pembinaan

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
TV3: Slot Samarinda, Isnin-Khamis, 10:00 malam
Sebelumnya Dari Rahim Yang Sama Berikutnya
Sekam Di Dada Nikmat Hanya Sesaat