Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (A.C.M)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (A.C.M) merupakan satu anugerah kebesaran negeri Perak Peringkat Ke-4 Darjah Kebesaran Cura Si Manja Kini dan dikurniakan kepada mereka yang telah memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada negeri dan kepada pegawai-pegawai kerajaan sekurang-kurangnya dalam kumpulan pengurusan dan profesional Gred 41.

Dikurniakan kepada anggota-anggota pasukan tentera dan polis yang berpangkat Leftenan Kolonel (Tentera Darat), Komander (tentera Laut), Leftenan Kolonel Udara (tentera Udara), Penguasa (Pasukan Polis) dan ke atas.

Darjah Paduka Cura Si Manja Kini adalah terkanan daripada Darjah bagi kelas yang sama daripada Darjah Paduka Mahkota Perak dan walaupun kelayakan bagi Darjah Cura Si Manja Kini sama dengan kelayakan Paduka Mahkota Perak, kurniaan kepada Darjah Paduka Curi Si Manja Kini hendaklah berdasarkan pada kelayakan yang lebih bermutu daripada kelayakan Darjah Paduka Mahkota Perak.

Darjah Ahli Cura Si Manja Kini merupakan salah satu dari Darjah Kebesaran Negeri Perak.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]