Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Darjah Kelas Kedua[1][sunting | sunting sumber]

MY-SEL Order of the Crown of Selangor - Knight Commander - DPMS.svg Kelayakan penerima Darjah Kebesaran ini adalah sama dengan penerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor. Darjah kebesaran ini dizahirkan dalam tahun 1961. Bilangan kuota bagi Ahli yang dikurniakan Darjah Kebesaran ini ialah tidak lebih daripada 20 orang pada satu-satu masa dan bilangan maksima keseluruhannya ialah 600 orang.

Ahli-ahli yang menyandang kurniaan ini berhak menggunakan gelaran "Dato' " bagi Ahli Lelaki, "Datin Paduka" bagi Ahli Wanita dan "Datin" bagi isteri Ahli Lelaki. Suami kepada Ahli Wanita tidak berhak menggunakan apa-apa gelaran.

Bentuk dan ukuran Lencananya adalah sama dengan Lencana Darjah S.P.M.S. kecuali lambang yang tertera di atas latar belakang yang rata sebagai menggantikan lambang yang diukir di atas latar belakang enamel merah Darjah Kebesaran S.P.M.S.

Bintang Darjah Kebesaran ini adalah sama ukuran dan bentuknya dengan bintang Darjah Kebesaran S.P.M.S. tetapi tiada bintang perak pecahan lima.

Selepangnya diperbuat daripada kain sutera merah selebar 10 sm dengan jalur berwarna kuning selebar 2 sm di tengah-tengahnya dan dua jalur merah selebar 0.35 sm serta dua jalur kuning selebar 0.35 sm di kiri kanan jalur kuning di tengah-tengah Selepang. Ianya dipakai dari atas bahu sebelah kanan melintang ke bawah ke sebelah pinggang kiri.

Bagi Ahli Wanita pula Lencana dan Bintangnya sama seperti Lencana dan Bintang Ahli Lelaki.

Selepang Darjah Kebesaran ini, adalah sama seperti Selepang Ahli Lelaki tetapi lebarnya berukuran 5.7 sm dengan jalur berwarna kuning selebar 1.14 sm di tengah-tengahnya dan dua jalur merah selebar 0.19 sm serta dua jalur kuning selebar 0.19 sm di kiri kanan jalur kuning di tengah-tengah Selepang.

Selepang bagi kurniaan Darjah Kebesaran ini telah diluluskan pemakaiannya dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bertarikh 23 Disember 1998 atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berkuatkuasa mulai 25 Februari 1999.

Rujukan[sunting | sunting sumber]