Darjah kebesaran negeri Negeri Sembilan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Darjah Kebesaran Negeri Sembilan merupakan anugerah darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus kepada pemimpin dan rakyat Malaysia yang telah berjasa, berkorban dan berbakti kepada negara serta para pembesar dan diplomat negara-negara asing.[1][2]

Senarai[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan:

Kumpulan I : Darjah Kerabat Negeri Sembilan Yang Amat Mulia

Kumpulan II : Darjah Setia Negeri Sembilan Yang Amat Dihormati

Kumpulan III : Darjah Kebesaran Tuanku Muhriz

Kumpulan IV : Darjah Pekerti Terpilih

Kumpulan V : Pingat dan Bintang bagi perkhidmatan cemerlang dan kelakuan terpuji

Darjah kebesaran yang telah dihentikan[sunting | sunting sumber]

Kumpulan : Darjah Setia Negeri Sembilan Yang Amat Dihormati

Darjah Seri Paduka Negeri Sembilan (1979-2008) (S.P.N.S) - Dato’ Seri Utama - Digantikan dengan S.U.N.S

Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan (1979-2010) (D.S.N.S) - Dato’ - Digantikan dengan D.P.N.S

Kumpulan : Darjah Kebesaran Tuanku Jaafar - digantikan dengan Darjah Kebesaran Tuanku Muhriz

Darjah Seri Paduka Tuanku Ja'afar (1984-2010) (S.P.T.J.) - Dato’ Seri

Darjah Dato' Paduka Tuanku Ja'afar (1989-2010) (D.P.T.J.) - Dato’

Kumpulan : Pingat-pingat dan Pingat bermusim

  • Pingat Pekerti Terpilih (1950-2010) (P.P.T.) - Digantikan dan dinilai tambah menjadi D.P.T
  • Pingat Pertabalan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan DYMM Tuanku Muhriz 2009
  • Pingat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia DYMM Tuanku Ja'afar 1994
  • Pingat Jubli Perak 1992
  • Pingat Pertahanan 1972
  • Pingat Pertabalan 1971
  • Pingat Pertabalan 1961

Susunan keutamaan[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan susunan keutamaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat negeri Negeri Sembilan[3]

  1. Darjah Kerabat Negeri Sembilan (D.K.(NS))
  2. Darjah Tertinggi Negeri Sembilan (D.T.N.S.)
  3. Darjah Mulia Negeri Sembilan (D.M.N.S.)
  4. Darjah Kerabat Yam Tuan Raden (D.K.Y.R.)
  5. Darjah Seri Paduka Negeri Sembilan (1979-2008) (S.P.N.S)
  6. Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (S.U.N.S.)
  7. Darjah Seri Paduka Tuanku Ja’afar Yang Amat Terpuji (S.P.T.J.)
  8. Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang (S.S.T.M.)
  9. Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (S.S.N.S.)
  10. Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan (1979-2010) (D.S.N.S)
  11. Darjah Dato’ Paduka Negeri Sembilan (D.P.N.S.)
  12. Darjah Dato' Paduka Tuanku Ja'afar (1989-2010) (D.P.T.J.)
  13. Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang (D.S.T.M.)
  14. Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (D.B.N.S.)
  15. Darjah Setia Negeri Sembilan (D.N.S.)
  16. Darjah Tuanku Muhriz (D.T.M.)
  17. Darjah Pekerti Terpilih (D.P.T.)
  18. Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T.)
  19. Jaksa Pendamai (J.P.)
  20. Pingat Ahli Setia Negeri Sembilan (A.N.S.)
  21. Pingat Setiawan Tuanku Muhriz (S.T.M.)
  22. Pingat Keberanian Cemerlang (P.K.C.)
  23. Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (P.M.C.)
  24. Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.)
  25. Pingat Khidmat Lama (P.K.L.)
  26. Pingat Bentara Tuanku Muhriz (B.T.M.)

Rujukan[sunting | sunting sumber]