Darjah kebesaran negeri Perak
Darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri Perak Darul Ridzuan merupakan antara darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak bersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Perak pada setiap tahun kepada rakyat-rakyat Perak khususnya dan rakyat Malaysia amnya yang telah banyak berjasa kepada Paduka Seri Sultan, masyarakat dan Negeri Perak itu sendiri.[1]
Pengurniaan darjah kebesaran negeri diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar sebagai istana rasmi Sultan Perak untuk menganugerahkan anugerah darjah kebesaran tertinggi mahupun anugerah-anugerah lain negeri.
Senarai
[sunting | sunting sumber]Kumpulan I : Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati
- Pangkat Utama - Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK)
Kumpulan II : Darjah Kerabat Seri Paduka Sultan Azlan Shah Yang Dihormati
- Pangkat Utama - Darjah Kerabat Seri Paduka Sultan Azlan Shah (DKSA)
Kumpulan III : Darjah Kerabat Azlanii Yang Amat Dihormati
- Pangkat Pertama - Darjah Kerabat Azlanii Pertama (DKA I)
- Pangkat Kedua - Darjah Kerabat Azlanii Kedua (DKA II)
Kumpulan IV : Darjah Kebesaran Seri Paduka Sultan Nazrin Shah Perak Yang Amat Dimulia
- Pangkat Utama - Darjah Seri Paduka Sultan Nazrin Shah (SPSN) - (Yang Mulia Dato' Seri DiRaja untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Dato' Seri DiRaja lelaki / wanita) dan (Yang Mulia Datin Seri DiRaja untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datin Seri DiRaja isteri)
Kumpulan V : Darjah Yang Amat Mulia Panglima Taming Sari
- Pangkat Pertama - Darjah Dato' Seri Panglima Taming Sari (SPTS) -(Yang Mulia Dato' Seri Panglima untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Dato' Seri Panglima lelaki / wanita) dan (Yang Mulia Datin Seri Panglima untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datin Seri Panglima isteri)
- Pangkat Kedua - Darjah Dato' Pahlawan Taming Sari (DPTS) - -(Yang Mulia Dato' Pahlawan untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Dato' Pahlawan lelaki / wanita) dan (Yang Mulia Datin Pahlawan untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datin Pahlawan isteri)
Kumpulan VI : Darjah Yang Amat Mulia Paduka Cura Si Manja Kini
- Pangkat Pertama - Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) - (Yang Mulia Dato' Seri untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Dato Seri' lelaki / wanita) dan (Yang Mulia Datin Seri untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datin Seri isteri)
- Pangkat Kedua - Darjah Dato' Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) - (Yang Mulia Dato' untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Dato' lelaki / wanita) dan (Yang Mulia Datin untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datin isteri)
- Pangkat Ketiga - Darjah Ahli Paduka Cura Si Manja Kini (PCM)
- Pangkat Keempat - Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM)
Kumpulan VII : Darjah Yang Amat Mulia Paduka Mahkota Perak
- Pangkat Pertama - Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) - (Yang Mulia Dato' Seri untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Dato' Seri lelaki / wanita) dan (Yang Mulia Datin Seri untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datin Seri isteri)
- Pangkat Kedua - Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) - (Yang Mulia Dato' untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Dato' lelaki / wanita) dan (Yang Mulia Datin untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datin isteri)
- Pangkat Ketiga - Darjah Ahli Paduka Mahkota Perak (PMP)
- Pangkat Keempat - Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP)
Kumpulan VIII : Pingat-Pingat Negeri dan Lain-Lain
- Pangkat Pertama - Pingat Pekerti Terpilih (PPT)
- Pangkat Kedua - Pingat Jasa Kebaktian (PJK)
- Pangkat Ketiga - Pingat Lama Perkhidmatan (PLP)
- Pangkat Keempat - Jaksa Pendamai (JP)
Anugerah khas
[sunting | sunting sumber]Darjah Kebesaran Dato' Seri Azlanii
Pangkat Pertama - Darjah Dato' Seri Azlanii (DSA) -- (Yang Mulia Dato' Seri untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Dato' Seri lelaki / wanita) dan (Yang Mulia Datin Seri untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datin Seri isteri)
Anugerah yang telah dihentikan
[sunting | sunting sumber]- Darjah Kebesaran Seri Paduka Sultan Azlan Shah Perak Yang Amat Dimulia
- Pangkat Utama - Darjah Paduka Sultan Azlan Shah (SPSA) - (Yang Mulia Dato' Seri DiRaja untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Dato' Seri DiRaja lelaki / wanita) dan (Yang Mulia Datin Seri DiRaja untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datin Seri DiRaja isteri)
- Darjah Kebesaran Dato' Seri Azlanii
- Pangkat Pertama - Darjah Dato' Seri Azlanii (DSA) -- (Yang Mulia Dato' Seri untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Dato' Seri lelaki / wanita) dan (Yang Mulia Datin Seri untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datin Seri isteri)
- Darjah Yang Amat Mulia Panglima Taming Sari
- Pangkat Ketiga - Perwira Taming Sari (PTS)
- Pangkat Keempat - Hulubalang Taming Sari (HTS)
- Pangkat Kelima - Kesatria Taming Sari (KTS)
- Pangkat Keenam - Perajurit Taming Sari (ATS)
Susunan keutamaan
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan susunan keutamaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat negeri Perak[2][3]
- Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK)
- Darjah Kerabat Seri Paduka Sultan Azlan Shah (DKSA)
- Darjah Kerabat Azlanii Pertama (DKA I)
- Darjah Kerabat Azlanii Kedua (DKA II)
- Darjah Seri Paduka Sultan Nazrin Shah (SPSN) -- Dato' Seri Diraja lelaki / wanita
- Darjah Dato' Seri Panglima Taming Sari (SPTS) -- Dato' Seri Panglima lelaki / wanita
- Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) -- Dato' Seri lelaki / wanita
- Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) -- Dato' Seri lelaki / wanita
- Darjah Dato' Pahlawan Taming Sari (DPTS) -- Dato' Pahlawan lelaki / wanita
- Darjah Dato' Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) -- Dato' lelaki / wanita
- Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) -- Dato' lelaki / wanita
- Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM)
- Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP)
- Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM)
- Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP)
- Pingat Keberanian Handal (PKH)
- Pingat Pekerti Terpilih (PPT)
- Pingat Jasa Kebaktian (PJK)
- Pingat Lama Perkhidmatan (PLP)
- Jaksa Pendamai (JP)