Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati
Dianugerahkan oleh

Sultan Johor
JenisDarjah Kebesaran
Diasaskan31 Julai 1886
Cogan kataMuafakat Itu Berkat
StatusMasih dikurniakan
PengasasSultan Abu Bakar
SultanSultan Ibrahim
GredDarjah Kerabat Johor Pangkat Pertama
Singkatan darjahDK (I)
Perangkaan
Pelantikan pertama31 Julai 1886
Pelantikan terakhir23 Mac 2021
Susunan keutamaan
Lebih tinggiTiada
Lebih rendahDarjah Kerabat Johor Pangkat Pertama

Reben darjah kebesaran
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Darjah Kerabat Pangkat Pertama DK (I) mengandungi seutas kalung (collar) diperbuat daripada emas dan enamel berbentuk rantai yang berukir nama “Abu Bakar” dalam tulisan Jawi, dengan panji-panji Sultan di sebelah kanan dan Bendera Kerajaan (lambang kerajaan negeri) di sebelah kiri. Di atasnya merupakan Mahkota Kerajaan dan di bawahnya ditulis cogan kata tulisan jawi “Muafakat itu Berkat”. Sebiji bintang besar (breast badge) diperbuat daripada emas dan perak berbentuk bintang sembilan pecahan dengan diameter berukuran 90 mm, di tengahnya bulan sabit dengan tulisan Jawi “Kepada Allah Berserah”, di atasnya sebilah pedang bersilang dengan keris menjungjung mahkota, dan di kelilingi oleh enamel merah bertulis dalam huruf Jawi “Muafakat itu Berkat”.

Selain itu, sebuah bintang kecil (sash badge) berukuran 56 mm diameter sembilan pecahan beserta kain pita warna kuning emas dengan lebar 50 mm, dan kain selempang warna kuning emas dengan lebar 86 mm melengkapi darjah ini.[1]

Senarai penerima[sunting | sunting sumber]

# Nama Tahun
1 Dato' Jaafar Haji Muhammad 1903
2 Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 1961[2]
3 Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah 1969[3]
4 Tunku Puan Zanariah Tengku Ahmad 1972
5 Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah 1983
6 Sultanah Bahiyah 1989
7 Mahathir Mohamad 1989[4]
8 Tun Abdullah Ahmad Badawi 2004[5]
9 Tun Abdul Taib Mahmud 2007[6]
10 Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail 2009[7]
11 Tan Sri Dato' Haji Abdul Ghani Othman 2009[7]
12 Sultan Muhammad V 2011
13 Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah 2017[8]
14 Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah 2019[9]
15 Che' Puan Khaleeda Bustamam 2019[10]
16 Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah 2020[11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Maklumat darjah kebesaran
  2. ^ "Tengku and brother head list of honours". eresources.nlb.gov.sg (dalam bahasa Inggeris). Singapore: The Straits Times. 28 Oktober 1961. OCLC 53258619. Dicapai pada 17 Mac 2021.
  3. ^ "Pingat kerabat Johor kepada Sultan Brunei". eresources.nlb.gov.sg. Singapore: Berita Harian. 18 September 1969. Dicapai pada 1 Februari 2021.
  4. ^ "Dr M heads Johore Sultan's awards list" (PDF). New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Yayasan Kepimpinan Perdana. 8 April 1989. Dicapai pada 17 Mac 2021.
  5. ^ "Abdullah tops Johor Sultan's birthday list". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). 8 April 2004. Dicapai pada 18 Januari 2021.
  6. ^ "Johor Sultan's Birthday Honours List 2007". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). 17 April 2007. Dicapai pada 18 Januari 2021.
  7. ^ a b "Sultan of Johor Birthday's Honours List 2009". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). 11 April 2009. Dicapai pada 18 Januari 2021.
  8. ^ "Sultan Kedah terima darjah kebesaran Johor". Berita Harian. 30 Oktober 2017. Dicapai pada 18 Januari 2021.
  9. ^ "Sultan Perak terima Anugerah Darjah Kerabat Johor". Sinar Harian. 26 Februari 2019. Dicapai pada 18 Januari 2021.
  10. ^ "Che' Puan Khaleeda dahului 186 penerima darjah kebesaran Johor". Berita Harian. 23 Mac 2019. Dicapai pada 18 Januari 2021.
  11. ^ "Tunku Mahkota Johor persembah warkah kepada Sultan Brunei". Bernama. 10 September 2020. Dicapai pada 18 Januari 2021.