Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M) merupakan satu Darjah kebesaran yang bergelar "Dato' Seri" Peringkat Pertama dikurniakan sebagai suatu kehormatan yang istimewa menandakan rekod kejayaan besar yang telah dicapai dan kepada mereka yang telah menyumbangkan perkhidmatan yang cemerlang kepada negeri ini. Penganugerahan Peringkat Pertama ini adalah terhad kepada 30 penerima sahaja.

Kolar bagi Pangkat Pertama Darjah ini ialah Lambang Negeri yang bersambung dengan Lambang Senjata di-Raja Bintangnya mempunyai lapan penjuru yang disalut perak dengan bayangan, bergaris pada pusat 8.9 sentimeter, di tengah-tengahnya timbul dengan lambang senjata di Raja dan cogankata Darjah "KEPADA ALLAH BERSERAH". Selepang yang dipakai bersama dengan Darjah ini ialah berwarna putih, hijau tua dan kuning dengan jejalur yang seimbang dengan kelebarannya dan berbeza mengikut Pangkat Darjah ini.

Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini merupakan salah satu dari Darjah Kebesaran Negeri Perak.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]