Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia
Dianugerahkan oleh Sultan Pahang
JenisPerintah
StatusMasih lagi dikurniakan
SultanAl-Sultan Abdullah
GredDarjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang
Singkatan darjahDSAP
Susunan keutamaan
Lebih tinggiDarjah Sri Indera Mahkota Pahang
Lebih rendahDarjah Indera Mahkota Pahang

Reben darjah kebesaran
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Darjah Kebesaran Peringkat Kedua, Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang[1] yang membawa gelaran Dato’ adalah dicadangkan bagi kurniaan terutamanya kepada mereka yang telah memberikan perkhidmatan terpuji dan cemerlang kepada Raja Pemerintah, Negeri Pahang Darul Makmur dan rakyat keseluruhannya. Pengurniaan ini biasanya diberikan kepada Pegawai Kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) A, B dan C ke atas atau yang setaraf dengannya dalam Perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Penguasa-Penguasa Tempatan atau kepada sesiapa sahaja yang difikirkan layak menerimanya. Bintang Darjah Kebesaran ini hendaklah serupa dengan Bintang Darjah Kebesaran Peringkat Pertama, tetapi enamelnya berwarna biru muda.

Lencana[sunting | sunting sumber]

Serupa dengan Lencana Darjah Kebesaran Peringkat Pertama, Sri Sultan Ahmad Shah Pahang.

Riband atau Selepang Darjah Kebesaran ini hendaklah selepang panjang selebar 3½ inci yang berwarna hijau dan berjalurkan warna kuning di tepinya. Di tengah-tengahnya pula terdapat jalur kuning diapit dengan jaluran putih dan hitam.

Gelaran pemakaian[sunting | sunting sumber]

Ahli-ahli lelaki dan perempuan yang telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Peringkat Kedua bolehlah menggunakan gelaran Dato' sebelum nama mereka pada setiap masa. Isteri kepada ahli yang dikurniakan Darjah Kebesaran ini boleh menggunakan gelaran Datin sebelum nama mereka pada setiap masa.

Penerima terkenal[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]