Darren Lok Yee Deng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Darren Lok)
Jump to navigation Jump to search
"Darren Lok" dilencongkan di sini.
Nama ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Lok.
Darren Lok Yee Deng
Darren Lok.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhDarren Lok Yee Deng
Tarikh lahir (1991-03-09) 9 Mac 1991 (umur 28)
Tempat lahirEast Sussex, England
Ketinggian1.74 m (5 ka 8+12 in)
Posisi permainanPenyerang
Maklumat kelab
Kelab terkiniJohor Darul Ta'zim II
Nombor10
Kerjaya remaja
2010–2011Eastbourne Borough
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2012-2014Eastbourne Borough77(25)
2015Horsham28(12)
2016-Johor Darul Ta'zim II22(8)
Pasukan kebangsaan
2016–Malaysia3(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 17 November 2016.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 17 November 2016

Darren Lok (lahir 9 Mac 1990) adalah pemain bola sepak kelahiran Inggeris-Malaysia di mana beliau bermain sebagai penyerang dengan Johor Darul Ta'zim II dalam Liga Perdana Malaysia serta pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.[1]

Kerjaya Senior[sunting | sunting sumber]

Eastbourne Borough[sunting | sunting sumber]

Darren memulakan kerjayanya dengan Akademi Eastbourne Borough. Kemudian, beliau telah dinaikkan pangkat ke skuad senior pada tahun 2012. Walau bagaimanapun, beliau telah dipinjamkan kepada Horsham F.C. untuk semusim.

Johor Darul Ta'zim II F.C.[sunting | sunting sumber]

Pada awal 2016, Darren akhirnya mendapat hasrat beliau kerana beliau telah menerima pasport Malaysia dan kini bermain untuk JDT II serta pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Lok tiba di Malaysia pada Mei lepas, dan menyertai JDT II perpindahan semasa pada Jun tetapi belum membuat penampilan untuk kelab itu kerana beliau menghadapi masalah dalam mendapatkan kewarganegaraan daripada Jabatan Imigresen. Walau bagaimanapun, laporan mencadangkan bahawa dia telah lulus temuduga dengan jabatan imigresen, dan kini boleh didapati untuk bermain untuk JDT II seawal perlawanan malam ini menentang Kuala Lumpur. Berita ini juga boleh menjadi rangsangan besar untuk jurulatih kebangsaan Datuk Ong Kim Swee, yang pasti akan memberikan tumpuan kepada Lok kerana dia cuba untuk mencari lebih banyak pilihan dalam barisan serangan. Penyerang Malaysia-Inggeris bermain dengan Eastbourne Borough sebagai penyerang sebelum berpindah ke JDT, dan dia telah dikagumi oleh orang ramai semasa sesi latihan, termasuk jurulatih Benjamin Mora.

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Darren mewakili Malaysia pada pasukan senior. Kaps antarabangsa pertamanya dimainkan menentang Singapura pada 7 Oktober 2016

Sehingga 14 November 2016.[2]
Pasukan kebangsaan Tahun Pen. Gol
Malaysia
2016 2 0
Jumlah 2 0

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (Inggeris) Profil Darren Lok Yee Deng pada National-Football-Teams.com
  2. ^ Biodata Darren Lok Yee Deng di Soccerway

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]