Darul Ansar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Darul Ansar
Pusat Pengubatan Islam Koperasi Pusat Tahfiz
IndustriKoperasi, Perubatan Islam dan Pusat Tahfiz Al-Quran
Ditubuhkan2007
Ibu pejabatPulau Gadong Klebang, Melaka
Melaka Malaysia
Perancang utama
Syeikhuna Al Ustaz Muhammad Rajab Akmal bin Abdul Halim Al Idrisi Al Ansari, PENASIHAT DARUL ANSAR
Al 'Arif Billah Maulana Sayyid Muhammad Al Syarif bin Idris Al Idrisi Al Hasani, PENAUNG ANTARABANGSA DARUL ANSAR
Laman sesawanghttp://darulansarmalaysia.blogspot.com/, http://www.facebook.com/DarulAnsar

Darul Ansar (دار الانصار) didaftarkan di bawah SSM (No Pendaftaran MA0144810-D atas nama DARUL ANSAR TRADING & MARKETING dan MA0145232-A atas nama RUQYAH DARUL ANSAR CENTRE) ditubuhkan sekitar tahun 2007. Darul Ansar adalah sebuah persatuan yang berdaftar merupakan sebuah Pusat Pengajian Pengubatan Islam, Tahfiz Al-Quran, Dakwah Islam, Koperasi Darul Ansar dan juga Markas Tarekat Muhammadiyyah al Idrisiyyah al Ahmadiyyah as Syazuliyyah. Darul Ansar menganjurkan kursus pengubatan Islam di mana untuk kursus intensif iaitu sebulan sekali. Darul Ansar juga menganjurkan program Diploma Perubatan Islam selama setahun iaitu kelas seminggu sekali di empat buah cawangan iaitu Kajang Selangor, Pulau Gadong Klebang Melaka, Kluang Johor, Temerloh Pahang dan Seremban Jaya Negeri Sembilan. Tajuk asas pengajian pengubatan Islam iaitu Sihir, gangguan Jin, Ruqyah dengan bacaan Al-quran, Doa-doa, petunjuk pengubatan dari Hadis Nabi Muhammad, Bekam, Asmaul Husna dan rujukan Kitab dari ulama tentang pengubatan Islam.


Lokasi[sunting | sunting sumber]

Bangunan ini dimiliki oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) yang dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Haliman bin Hj. Sidek Al Jawi dan Darul Ansar memiliki beberapa aset penting dan beberapa buah anak syarikat yang berfungsi untuk menjana ekonomi ahli, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Antara langkah terawal pihak Darul Ansar telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan pertamanya iaitu Darul Ansar Trading And Marketing, Pusat Rawatan Darul Ansar & Ruqyah Darul Ansar Centre yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR), berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akademi Rawatan Islam Darul Ansar (AKRAWI DARUL ANSAR), Pusat Rawatan Islam Darul Ansar (PURAWI DARUL ANSAR), & Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar. Lokasi Persatuan Perubatan Islam Darul Ansar Malaysia di No. 16, Jalan BP 1, Taman Bertam Perdana, 75200, Pulau Gadong, Melaka.

Pada alat Sistem Kedudukan Sejagat (GPS), set kepada N2' 14.531, E102' 12.930 (lat=2.2421083, lon=102.2154182) untuk sampai ke Pusat Pengubatan Darul Ansar Pulau Gadong, Melaka.

Menurut blog Muallij Mustaqim Darul Ansar telah dimasukkan ke dalam GPS Garmin pada bulan November 2011. Ini memudahkan pesakit, pelawat dan ikhwan untuk mencari bangunan ini dengan alat GPS. Setakat ini hanya disokong oleh jenama Garmin sahaja. Maps (gmapsupp) boleh dimuat turun di My ASEAN Free GPS Map Project.

Selain itu, Darul Ansar juga mempunyai beberapa cawangan di Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan Selangor.

Ahli Jawatankuasa[sunting | sunting sumber]

Penaung Antarabangsa Darul Ansar[sunting | sunting sumber]

Al 'Arif Billah Maulana Sayyid Muhammad Al Syarif bin Idris Al Idrisi Al Hasani.

Penasihat Darul Ansar[sunting | sunting sumber]

SF. Syeikhuna Al Ustaz Muhammad Rajab Akmal bin Abdul Halim Al Idrisi Al Ansari. Al-Fadhil Syeikh Rajab telah berguru dan mendapat Ijazah dengan lebih 70 ulama yang muktabar dari Malaysia, Mesir, Sudan, Syria, Mekah Al-Mukarramah, Indonesia dan sebagainya antaranya:

  • Guru Hadis dan Tariqah al-Kittaniyah: Sayyid Muhammad bin Ibrahim al-Kittani al-Husaini (Syeikh Hadith) Gurunya ini telah mengajar al-Fadhil di Iskandariyah dibeberapa masjid di sana, al-Fadhil telah diijazahkan sanad Sohih Bukhari, Sohih Muslim, al-Muwaatho’, Sunan Abu Daud, Sunan Tarmizi dan sebagainya. Al-Fadhil juga menerima ijazah Tariqah al-Kittaniyah daripada syeikh tersebut.
  • Guru Tasawuf dan Tariqat Ja’afriyah al-Ahmadiyah al-Muhammadiyah: Sayyid Syeikh Abdul Ghani bin Soleh al-Ja'afari al-Husaini (Syeikh Umum Tariqat Ahmadiyah Ja'afariyah) Gurunya ini merupakan ulama’ besar tasawwuf di Mesir dan merupakan pewaris dan Mursyid Tariqat Ja’afriyah al-Ahmadiyah al-Muhammadiyah sedunia, al-Fadhil telah menerima tariqah ini daripadanya ketika belajar di al-Azhar Mesir.
  • Tariqah Ahmadiah Idrissiah:Sayyid Ahmad bin Idris al-Idrisi al-Hasani. Syeikh ini menganugerahkan juga gelaran "al-Idrisi al-Ahmadi" kepada al-Fadhil ketika tahun 2006 di Madrasah An-Nur, Taman Rambai Jaya Bukit Rambai, Melaka.
  • Pendiri Tariqah Ahmadiah Idrissiah: Al-Arif Billah Sayyid Muhammad bin Idris al-Idrisi al-Hasani. Beliau ini merupakan seorang syeikh yang sangat mursyid, pendiri Tariqah al-Muhammadiyyah al-Idrisiyyah al-Ahmadiyyah as-Syaziliyyah, anak bongsu kepada 4 orang adik beradik, kakak yang sulongnya berkahwin dengan Sayyid Mustafha ibn Ahmad as-Syarif al-Idrisi al-Hasani, abang-abangnya iaitu Sayyid Ahmad ibn Idris al-Idrisi, Sayyid Musthafa ibn Idris al-Idrisi, beliau menetap di Omdurman Sudan dan Kaherah Mesir. Beliau juga merupakan pimpinan tertinggi di Jami'ul Idrisi Omdurman Sudan. Beliau telah mengijazahkan seluruh sanad-sanad ilmu, tariqat, hizib dan sebagainya kepada al-Fadhil. Sehingga kini al-Fadhil bermursyidkan kepada beliau, dan segala sanad-sanad ilmu Syeikh Muhammad Rajab bersandarkan kepadanya, beliau telah menganugerahkan kirqah, selendang sufi, tasbih kepada al-Fadhil juga dinugerahkan gelaran "al-Idrisi al-Ahmadi' oleh Sayyid Muhammad ibn Sayyid Idris ibn Sayyid Muhammad as-Syarif ibn Sayyid Abdul 'Ali ibn Sayyid Ahmad ibn Idris al-Hasani RA.
  • Tariqat Syaziliyah Hushofiyah: Syeikh Sayyid Muhammad Abu Bakar al-Sya’sya’ie al-Husaini. Gurunya ini merupakan ulama’ tasawwuf yang menetap di Syubra Khemah, Mesir. Al-Fadhil telah diijazahkan Tariqat Syaziliyah Hushofiyah di Majlis Maulid di markaz tariqah ini di Syubra Khemah.
  • Tariqat Naqsyabandiyah Haqqaniyah Aliyyah: Shaykh Adnan al-Kabbani. Gurunya ini telah mengijazahkan kepada al-Fadhil akan ijazah Tariqat Naqsyabandiyah Haqqaniyah Aliyyah, yang sanadnya berkait dengan Sayyid Shaykh Nazim al-Haqqani.
  • Baalawi: Sayyid Muhammad ibn 'Alawi al-Maliki al-Hasani. Ulama besar Makkah al-Mukarramah, beliau telah mengijazahkan kepada al-Fadhil akan amalan-amalan Alawiyyah, Ahmadiyyah dan sebagainya dalam kitabnya iaitu Syawariq al-Anwar sebagaimana amalan Yayasan Sofa sekarang.

YDP Darul Ansar[sunting | sunting sumber]

Al Fadhil Al Ustaz Haliman bin Sidek Al Jawi Al Ansari

Timbalan YDP Darul Ansar[sunting | sunting sumber]

Tuan Hj. Abdul Halim @ Noordin bin Omar Al Kelantani Al Ansari

Setiausaha Agung Darul Ansar merangkap Ketua Penerangan[sunting | sunting sumber]

Tuan Hj. Mohd Zazmi bin Zain Al Mandili Al Ansari

Timbalan Setiausaha Agung Darul Ansar[sunting | sunting sumber]

Tuan Hj. Abdul Nasir bin Hj. Yusoff Al Ansari

Pendaftar/Bendaari Agung Darul Ansar[sunting | sunting sumber]

Al Fadhilah Al Ustazah Norazura binti Ibrahim

Perusahaan Koperasi Darul Ansar[sunting | sunting sumber]

Produk Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) No. Pendaftaran SKM: M4-0261

  • Kitab Pengubatan Thibb Al Idrisi Al Ansari Suatu Kaedah Pengubatan & Rawatan Menurut Islam
  • AIR DO'A & PENAWAR NURUSSYIFA'
  • Minyak HABBATUSSYIFA' (Habbatussauda')
  • Air Minuman Herba Za'faran Al-Ansar
  • Minyak Wangi MISKISSYIFA' (Kasturi)
  • Semburan Aroma Terapi AL-ANSAR
  • Kismis Do'a AQLUSSALIM
  • Madu Sawda'
  • Minyak Zaitun ZYTUSSYIFA'

Perancangan Darul Ansar[sunting | sunting sumber]

Sebuah induk institusi pengajian Islam (kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas) akan dibangunkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) di Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka yang bernilai RM 700,000 di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak.

Projek pembangunan tersebut akan bermula Disember 2011 dan dijangka siap pada hujung tahun 2012 serta pengambilan pelajar akan bermula pada 2013. Bagi penama sumbangan waqaf layak menerima Sijil Waqaf yang dikeluarkan oleh Darul Ansar.

Sabda Baginda Rasulullah yang bermakud: "Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala-galanya kecuali TIGA perkara iaitu: Sedekah Jariah (yang tidak putus pahalanya) atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan ibu bapanya." - Hadis riwayat Imam Al Bukhari Blog Tahfiz darul Ansar: http://tahfizdarulansar.blogspot.com/

Lambang Darul Ansar[sunting | sunting sumber]

Lambang Darul Ansar.jpeg

PENGERTIAN LAMBANG PERSATUAN PERUBATAN ISLAM DARUL ANSAR MALAYSIA.

  • BUMI

Sedaya upaya menyebarkan dakwah Islam dan perubatan Islam ke seluruh dunia dan sememangnya perubatan Islam dan kaedah-kaedahnya telah dan pernah berkembang di seluruh dunia.

  • KITAB

Rujukan setiap ahli perubatan Islam, melalui Kitabullah (al-Quran), As-Sunnah, dan Ulama' Ahlu Sunnah Wal Jama'ah dengan berpandukan rujukan kitab-kitab yang muktabar.

  • TANGAN

Pengamal perubatan Islam menyerahkan segala urusannya kepada Allah SWT melalui doa. Kami yang berusaha, Allah yang menyembuhkannya.

  • MOTO

"Ke Arah Memartabatkan Perubatan Islam" "Berilmu Beramal Bertaqwa"

Cawangan Pusat Pengubatan Islam Darul Ansar[sunting | sunting sumber]

  • DARUL ANSAR PULAU GADONG MELAKA (Head Quarters)

Melaka[sunting | sunting sumber]

  • DARUL ANSAR Sungai Udang
  • DARUL ANSAR Alor Gajah
  • DARUL ANSAR Bukit Rambai
  • DARUL ANSAR Masjid Tanah

Negeri Sembilan[sunting | sunting sumber]

  • DARUL ANSAR Seremban Jaya

Johor[sunting | sunting sumber]

  • DARUL ANSAR Kluang

Selangor[sunting | sunting sumber]

  • DARUL ANSAR KAJANG

Pahang[sunting | sunting sumber]

  • DARUL ANSAR TEMERLOH

Koperasi Darul Ansar[sunting | sunting sumber]

Selamat datang ke laman rasmi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) No. Pendaftaran SKM: M4-0261. Sebuah koperasi yang ditubuhkan oleh Persatuan Perubatan Islam Darul Ansar Malaysia. Silalah datang ke kedai koperasi di No. 16, Jalan BP 1, Taman Bertam Perdana, 75200, Pulau Gadong, Melaka.

Khalifah Tariqat Muhammadiah al-Idrisiyyah al-Ahmadiah as-Syaziliah[sunting | sunting sumber]

Khalifah Tariqat Muhammadiah al-Idrisiyyah al-Ahmadiah as-Syaziliah di asia tenggara hanya 6 orang sahaja yang dilantik oleh al-Arifbillah Maulana Sayyid Ahmad bin Idris al-Idrisi iaitu:

  • Syeikh Muhammad Rajab Akmal Bin Abdul Halim al-Idrisi al-Ahmadi
  • Syeikh Muhammad Nizar
  • Datuk Sulaiman Kudus
  • Tuan Haji Yahya
  • Tuan Haji Harun (Singapura)
  • Syeikh Faturrahman (Indonesia)

Lawatan Kehormat Sayyid Ahmad bin Idris al-Idrisi al-Hasani[sunting | sunting sumber]

Maulana Sayyid Ahmad bin Idris al-Idrisi al-Hasani tiba di KLIA pada pada 13 Julai 2010 dan merasmikan bangunan Darul Ansar pada 17 Julai 2010. Syeikh Muhammad Rajab Akmal al-Idrisi ketika menterjemahkan ceramah Maulana Sayyid Ahmad bin Idris al-Idrisi al-Hasani RA mengenai perjalanan Tariqah Ahmadiyah Idrisiyah di kediaman Tuan Hj. Mohd Khairi di Setiawangsa, Kuala Lumpur pada 16 Julai 2010, di rumah Cikgu Hj. Awang di Petaling Jaya, Selangor pada 15 Julai 2010, Majlis Haul pada 17 Julai 2010 di Madrasah Syeikh Abdullah al-Linggi. Maulana juga melawat di Surau al-Amin Taman Rambai Utama Bukit Rambai Melaka, ikhwan juga memperbaharui bai'ah dengan Maulana Sayyid Ahmad bin Idris al-Idrisi al-Hasani Madrasah An-Nur al-Idrisiyah, Taman Rambai Jaya, Bukit Rambai, Melaka.

Maulana Sayyid Ahmad Idris al-Idrisi al-Hasani RA bersama dengan ikhwan dan khalifah-khalifahnya iaitu Syeikh 'Uthman Ahmad, Dr. Sayyid Ibrahim Ahmad al-Idrisi al-Hasani, Syeikh Taj as-Sirr, Syeikh Iliysy, Syeikh Mohd Nizar, Syeikh Muhammad Fathur Rahman dan Syeikh Muhammad Rajab Akmal bin Abdul Halim al-Idrisi melawat kawasan Maqam Syeikh Muhammad Sa'id al-Linggi RA di Seremban pada 17 julai 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]