Pergi ke kandungan

Darul Quran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Darul Quran
دار القرءان
JenisInstitusi Pengajian Tinggi Awam
Ditubuhkan pada1 Mac 1966
PengasasTunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Institusi induk
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
PengarahAnsarullah Bin Hashim
Alamat
Kuala Kubu Bharu
,
Selangor
,
Malaysia
Laman sesawangwww.darulquran.gov.my

Darul Quran ialah sebuah institusi pengajian tahfiz Al-Quran di Malaysia. Ia dikelola sepenuhnya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia[1] (JAKIM), Jabatan Perdana Menteri, Malaysia. Institusi pengajian tahfiz Al-Quran ini terletak di Jalan Hamzah, Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan.

Penubuhan Darul Quran bermula pada tahun 1966[2] apabila Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, menyatakan hasrat untuk menubuhkan sebuah institut pengajian al-Quran di Malaysia semasa perasmian Masjid Negara (Malaysia). Idea tersebut tercetus susulan penganjuran Musabaqah al-Quran yang bermula pada tahun 1960 serta lawatan Rektor Universiti Al-Azhar, Sheikh Mahmud Syaltut.

Sebagai permulaan, institusi ini ditubuhkan dengan nama Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat di bawah Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Pengajian pertama bermula pada 1 Mac 1966 di Masjid Negara dengan lapan orang pelajar perintis yang dihantar oleh negeri-negeri di Malaysia.

Sepanjang tempoh 1966 hingga 1997, institusi ini melalui beberapa penstrukturan pentadbiran dan penempatan semula, termasuk di bawah Jawatankuasa Tadbir Masjid Negara, Pusat Penyelidikan Islam serta Institut Dakwah dan Latihan Islam (INDAH).

Pada tahun 1997,[2] Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat dinaik taraf sebagai salah satu bahagian di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan dikenali sebagai Darul Quran JAKIM. Pada 1 November 1998, Darul Quran ditempatkan secara tetap di Kompleks Darul Quran di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

  • Mensepadukan ilmu (duniawi dan ukhrawi) untuk melahirkan golongan professional yang hafiz, mahir lagi berketerampilan selaras dengan keperluan ummah dan negara.
  • Menyediakan asas penjanaan ke arah melahirkan cendikiawan yang berkemampuan mengembalikan tradisi zaman kegemilangan keilmuan Islam.

Visi dan Misi

[sunting | sunting sumber]
  • Visi Melahirkan generasi Al-Quran yang bertaqwa, berilmu dan bermanfaat kepada pembangunan Negara dan Ummah.
  • Misi Mendidik dan melatih pelajar dalam bidang Tahfiz Al-Quran dan Qiraat.

Falsafah pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Ilmu pengetahuan disebarkan dalam semangat tauhid ke arah membentuk generasi Al-Quran yang bertaqwa menjurus kepada pengakuan bahawa Allah itu Esa, Pencipta dan Tuhan bagi sekalian alam.

Program Pengajian

[sunting | sunting sumber]
  • Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat (6 Syukbah)[3]
  • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah (Kepujian)[4]
  • Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM–IIUM[5]

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]

Sepanjang penubuhannya, Darul Quran JAKIM telah mencatat beberapa perkembangan penting dalam bidang pendidikan tahfiz di Malaysia, antaranya:

  • Pada 16 April 1983, kelayakan Sijil Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat telah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai setaraf dengan Diploma Institut Teknologi MARA (kini Universiti Teknologi MARA) bagi tujuan pelantikan dalam perkhidmatan awam.
  • Pada tahun 2000, Darul Quran memperkenalkan program persijilan tahfiz melalui kerjasama dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, yang membolehkan pelajar menyambung pengajian dalam bidang profesional selepas menamatkan tempoh pengajian tahfiz.
  • Program Persijilan Tinggi Tarannum al-Quran diperkenalkan bagi memperkukuh bidang seni bacaan al-Quran dan melahirkan qari serta qariah yang berkemahiran.
  • Pada tahun 2006, Darul Quran melaksanakan program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dengan Kepujian melalui kerjasama dengan Universiti Sains Islam Malaysia.
  • Darul Quran turut mencatat kejayaan dalam pertandingan Ihtifal Huffaz Peringkat Kebangsaan dengan meraih gelaran juara sebanyak sembilan kali berturut-turut.
  1. "Laman Rasmi JAKIM". JAKIM. Dicapai pada 24 Februari 2026.
  2. 1 2 "Laman Rasmi Darul Quran JAKIM". Darul Quran JAKIM. Dicapai pada 24 Februari 2026.
  3. "Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat". Darul Quran JAKIM. Dicapai pada 24 Februari 2026.
  4. "Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah (Kepujian)". Darul Quran JAKIM. Dicapai pada 24 Februari 2026.
  5. "Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM". Darul Quran JAKIM. Dicapai pada 24 Februari 2026.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]