Darussalam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Darussalam
Darussalam, 1954
Kelahiran(1920-09-12)12 September 1920
Meninggal dunia26 April 1993(1993-04-26) (umur 72)
Jakarta, Indonesia
PekerjaanPelakon
PasanganNetty Herawaty (berkahwin 1943)
Anugerah1 Anugerah Citra

Darussalam (12 September 1920 – 26 April 1993) merupakan seorang pelakon Indonesia yang muncul lebih dari 70 filem dalam 14 tahun kerjayanya. Dilahirkan di Bengkulu, beliau belajar menjadi jururawat sebelum berhijrah ke teater semasa penaklukan Hindia Timur Belanda oleh Jepun, berkahwin dengan Netty Herawaty sewaktu bersama rombongan Irama Masa. Pasangan itu menghabiskan sisa pekerjaan dan seterusnya menjelajah revolusi nusantara bersama beberapa rombongan. Pada 1949, Darussalam dan Herawaty membuat kemunculan filem pertama menerusi filem Saputangan arahan Fred Young, muncul dalam tujuh penerbitan Young sebelum berhijrah ke Persari milik Djamaluddin Malik. Semasa lapan tahun mereka bersama Persari, Darussalam dan Herawaty berhijrah ke Filipina dan Singapura menemui populariti di kalangan penonton, biarpun Darussalam kekal dalam bayangan isterinya.

Berikutan penutupan Persari pada 1958, Darussalam kembali ke teater, menubuhkan rombongan yang dinamakan sempena Herawaty. Beliau hanya kembali ke filem pada 1970an, muncul dalam 30 filem dari 1971 hingga 1988. Beliau juga muncul dalam dua siri televisyen, Senyum Jakarta (1972–1980) dan Keluarga Pak Darus (1982–1988). Untuk peranannya dalam Kodrat (1986), Darussalam menerima Anugerah Citra untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik; beliau telah dicalonkan untuk satu lagi pada tahun berikutnya menerusi Ayahku.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Darussalam dilahirkan di Bengkulu, sebuah bandar di Sumatra, Hindia Timur Belanda, pada 12 September 1920. Beliau menamatkan pendidikan menengahnya di sekolah orang asli Indonesia milik Belanda sebelum meneruskan persekolahan peringkat MULO.[1] Walaupun beliau tercicir pada tahun keduanya,[2] Darussalam mampu menjadi jururawa. Selepas dua tahun dalam kerjaya itu, pada 1938 beliau meninggalkan bandar jajahan Batavia, di mana beliau menamatkan pelajaran dalam bidang kejururawatan di Centrale Burgerlijke Ziekeninrichting (kini Rumah Sakit Umum Pusat Nasional Dr. Cipto Mangunkusumo).[1]

Berikutan penaklukan Hindia Timur Belanda oleh Jepun, Darussalam menjadi guru. Beliau juga memasuki teater, yang pertama bersama Irama Masa, sebuah syarikat teater yang diasaskan oleh kerajaan pendudukan.[1] Sewaktu bersama kumpulan ini, beliau bertemu Netty Herawaty, yang sepuluh tahun lebih muda daripadanya. Mereka berdua kemudiannya berkahwin; menurut temubual bersama majalah Kentjana, mereka jatuh cinta di dalam bot semasa membawa Irama Masa kembali dari Makassar. Menjelang 1953 pasangan ini mempunyai seorang anak perempuan bernama Rustiany.[3][4]

Pada 1945, sejurus sebelum Pengisytiharan Kemerdekaan Republik Indonesia, Darussalam menubuhkan rombongannya sendiri, Trimurti, bersama Netty. Rombongan ini menjelajah Jawa semasa Revolusi Nasional Indonesia dan menyokong rakyat Indonesia menentang kepulagan kuasa penjajahan Belanda. Syarikat itu dibubarkan pada 1947, bagaimanapun, Darussalam dan Netty menyertai Bintang Timur milik Djamaluddin Malik. Menjelang 1949 mereka bekerja untuk Bintang Soerabaja milik Fred Young.[1][5]

Bintang Soerabadja dan Persari[sunting | sunting sumber]

Darussalam dan isterinya Netty Herawaty, 1954

Young, yang telah memiliki Majestic Pictures sebelum.perang, kembali ke pawagam pada 1949. Beliau menubuhkan Bintang Surabaja Film Corporation dan mengadaptasikan beberapa sandiwara pentas rombongannya kepada filem.[6] Darussalam dan Herawaty membuat penampilan filem pertama menerusi filem Saputangan (1949) arahan Young, berdasarkan dari sandiwara pentas dengan nama sama.[1] Pasangan itu kekal bersama Bintang Surabaja selama dua tahun, muncul dalam tujuh filem syarikat itu, termasuk Bintang Surabaja 1951 (1950), Djembatan Merah (1950), dan Selamat Berdjuang, Masku! (1951).[7][8]

Kali ini, Malik menubuhkan syarikat perfilemannya sendiri, Persari. Darussalam dan Herawaty berhijrah ke sana menjelang 1951, membawakan peranan sedemikian dalam filem seperti Sepandjang Malioboro (1951) dan Bakti Bahagia (1951).[1] Pada 1952, Darussalam merupakan antara pelakon dan krew Persari yang dihantar ke Filipina untuk mempelajari filem. Sepanjang tempoh dua tahun di Filipina, kumpulan itu membuat dua filem Ansco Colour dengan kerjasama LVN Studio. Yang pertama ialah, versi Indonesia filem Rodrigo de Villa (1952), menampilkan Herawaty sebagai bintang utama, bersama Rd Mochtar; Darussalam diberikan peranan pembantu.[1]

Sekembalinya kumpulan itu ke Indonesia, Darussalam muncul dalam beberapa filem Persari seperti Gara-gara Hadiah (1953) dan Air Pasang (1954).[9] Menjelang 1954 beliau telah dianggap sebagai salah seorang daripada "Empat Besar" syarikat itu, bersama Herawaty, Titien Sumarni dan Rd Mochtar,[10] walaupun sejarawan filem Indonesia Misbach Yusa Biran menulis bahawa beliau kekal dalam bayangan Herawaty.[11] Pada pertengahan 1954 Darussalam dan Herawaty telah dihantar kw Singapura bagi membina hubungan antara Persari dan Cathay-Keris Film Productions;[12] mereka menerbitkan tiga filem semasa di sana.[1]

Kehidupan seterusnya dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada pertengahan 1957, Malik dituduh atas kesalahan rasuah dan ditempatkan dalam tahanan rumah. Pada tahun berikutnya Persari ditutup dan kakitangannya membawa haluan.[13] Darussalam kembali ke teater bersama Herawaty. Pada 1958 beliau menubuhkan rombongannya sendiri, Teater Nasional Herawaty, dengan Herawaty sebagai bintang rombongan.[1] Selain dari satu persembahan, dalam Ibu Mertua (1960), Darussalam kekal di luar skrin sehingga diambil berlakon dalam filem Malin Kundang (1971), yang diterbitkan oleh janda Malik Elly Yunara.[1][14] Selama berdekad-dekad Darussalam muncul dalam berdozen filem, termasuk Jembatan Merah (1973), Surat Undangan (1975), dan Pembalasan Si Pitung.[1][9] Bersama Herawaty, dan juga pelakon seperti Fifi Young dan Tan Tjeng Bok, beliau berlakon dalam siri televisyen Senyum Jakarta, yang disiarkan dari 1972 hingga 1980.[11]

Darussalam kekal aktif di televisyen di sepanjang 1980an, muncul dalam siri Keluarga Pak Darus (1982–1988). Beliau juga muncul dalam 20 filem, termasuk Titian Serambut Dibelah Tujuh (1982), Pengantin Pantai Biru (1983), dan beberapa filem Warkop. Untuk peranannya dalam Kodrat, Darussalam menerima Penghargaan FFI untuk Pemeran Pendukung Pria Terbaik.[11] Netty meninggal pada 1989, pada tahun yang sama Darussalam menerima Anugerah Surjosoemanto dari Majelis Film Nasional. Darussalam meninggal dunia empat tahun kemudian, pada 26 April 1993.[11]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Darussalam memenangi Anugerah Citra untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Indonesia bagi persembahannya sebagai Mustakim dalam Kodrat. Pada tahun berikutnya, beliau dicalonkan untuk satu lagi anugerah sama menerusi lakonannya dalam Ayahku, tetapi tewas kepada Didi Petet (Cinta Anak Jaman).[9][15]

Anugerah Tahun Kategori Filem Keputusan
Festival Filem Indonesia 1987 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Kodrat Menang
1988 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Ayahku Tercalon

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Di dalam kerjayanya selama 14 tahun, Darussalam muncul dalam 77 filem.[1][9]

  • Saputangan (1949)
  • Bintang Surabaja 1951 (1950)
  • Damarwulan (1950)
  • Djembatan Merah (1950)
  • Harumanis (1950)
  • Ratapan Ibu (1950)
  • Bakti Bahagia (1951)
  • Main-Main Djadi Sungguhan (1951)
  • Sepandjang Malioboro (1951)
  • Surjani Mulia (1951)
  • Terbelenggu (1951)
  • Selamat Berdjuang, Masku! (1951)
  • Rodrigo de Villa (1952)
  • Ajah Kikir (1953)
  • Gara-gara Hadiah (1953)
  • Air Pasang (1954)
  • Irama Kasih (1954)
  • Saudaraku (1955)
  • Duka Nestapa (1955)
  • Djandjiku (1956)
  • Harta Angker (1956)
  • Pemetjahan Poligami (1956)
  • Buruh Bengkel (1956)
  • Tudjuan (1956)
  • Konsepsi Ajah (1957)
  • Sendja Indah (1957)
  • Ibu Mertua (1960)
  • Malin Kundang (1971)
  • Mawar Rimba (1972)
  • Bila Cinta Bersemi (1972)
  • Sisa-sisa Laskar Pajang (1972)
  • Jembatan Merah (1973)
  • Ratapan Anak Tiri (1973)
  • Mencari Ayah (1974)
  • Surat Undangan (1975)
  • Sebelum Usia 17 (1975)
  • Ranjang Siang Ranjang Malam (1976)
  • Wajah Tiga Perempuan (1976)
  • Badai Pasti Berlalu (1977)

  • Cinta Bersemi (1977)
  • Darah Daging (1977)
  • Santara Menumpas Perdagangan Sex (1977)
  • Kemelut Hidup (1977)
  • Pembalasan si Pitung (Jiih) (1977)
  • Letnan Harahap (1977)
  • Cinta Putih (Bidan Aminah) (1977)
  • Istri Dulu Istri Sekarang (1978)
  • Napas Perempuan (1978)
  • Sayang Sayangku Sayang (1978)
  • Kisah Cinta Tommi dan Jerri (1980)
  • Fajar yang Kelabu (1981)
  • Si Pitung Beraksi Kembali (1981)
  • Aduh Aduh Mana Tahan (1980)
  • Detik-detik Cinta Menyentuh (1981)
  • Apa Ini Apa Itu (1981)
  • Enak Benar Jadi Jutawan (1982)
  • Gadis Bionik (1982)
  • Serbuan Halilintar (1982)
  • Perkawinan 83 (1982)
  • Pengantin Remaja II (1982)
  • Titian Serambut Dibelah Tujuh (1982)
  • Pengantin Pantai Biru (1983)
  • Dilihat Boleh Dipegang Jangan (1983)
  • Sorga Dunia di Pintu Neraka (1983)
  • Pokoknya Beres (1983)
  • Bergola Ijo (1983)
  • Tinggal Landas Buat Kekasih (1984)
  • Pelangi di Balik Awan (1984)
  • Untukmu Kuserahkan Segalanya (1984)
  • Kejarlah Daku Kau Kutangkap (1985)
  • Tak Ingin Sendiri (1985)
  • Tak Seindah Kasih Mama (1986)
  • Takdir Marina (1986)
  • Kodrat (1986)
  • Ayahku (1987)
  • Istana Kecantikan (1988)
  • Omong Besar (1988)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Sumber petikan[sunting | sunting sumber]

  • Apa Siapa Orang Film Indonesia. Jakarta: Indonesian Ministry of Information. 1999. OCLC 44427179. Cite has empty unknown parameter: |trans_title= (bantuan)
  • Biran, Misbach Yusa, penyunting (1979). Apa Siapa Orang Film Indonesia 1926–1978. Jakarta: Sinematek Indonesia. OCLC 6655859. Cite has empty unknown parameter: |trans_title= (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
  • Biran, Misbach Yusa (2009a). Sejarah Film 1900–1950: Bikin Film di Jawa. Jakarta: Komunitas Bamboo working with the Jakarta Art Council. ISBN 978-979-3731-58-2.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Biran, Misbach Yusa (2009b). Peran Pemuda dalam Kebangkitan Film Indonesia. Jakarta: Ministry of Youth and Sports. OCLC 607257806.CS1 maint: ref=harv (link)
  • "Darussalam – Filmografi". filmindonesia.or.id. Jakarta: Konfiden Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-10. Dicapai pada 10 May 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  • "Darussalam – Penghargaan". filmindonesia.or.id. Konfiden Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-10. Dicapai pada 10 May 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  • Kristanto, JB, penyunting (2007). Katalog Film Indonesia 1926– 2007. Jakarta: Nalar. ISBN 978-979-26-9006-4.CS1 maint: ref=harv (link)
  • "Netty Herawaty, Kehidupannja Sehari-Hari". Kentjana. Jakarta. 1 (1): 4–5. August 1953.
  • "Malin Kundang – Kredit Lengkap". filmindonesia.or.id. Konfiden Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-10. Dicapai pada 10 August 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  • "Varia–Djakartawood". Film Varia. Jakarta. 1 (4): 22–23. March 1954a.
  • "Varia–Djakartawood". Film Varia. Jakarta. 1 (6): 16–17. May 1954b.
  • Yayasan Untuk Indonesia, penyunting (2005). "Netty Herawaty". Ensiklopedi Jakarta. 2. Jakarta: Department of Culture and Museums, Provincial Government of the Jakarta Capital Region. m/s. 353–352. ISBN 978-979-8682-51-3.CS1 maint: ref=harv (link)