Dasad Latif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Das'ad Latif
Kelahiran (1973-12-21) 21 Disember 1973 (umur 50)
Warganegara Indonesia
Pusat pendidikanIAIN Alauddin
Universiti Hasanuddin
Universiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Islam Makassar
Pekerjaanpendakwah
ulama
pensyarah
PasanganNaurah Shiddiqiah binti Nasrum Hamdat

Ustaz Dr. H. Das’ad Latif (lahir di Pinrang, Sulawesi Selatan, 21 Disember 1973; umur 50 tahun) ialah seorang ulama dan pensyarah dari Indonesia.[1]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Das’ad Latif menyelesaikan pengajian sarjana muda di dua tempat sekaligus, iaitu Universiti Islam Negeri Alauddin Makassar dalam bidang Kehakiman Islam (2000) dan di Universit Hasanuddin dalam bidang Pengajian Komunikasi (1998). Kemudian beliau melanjutkan pendidikan sarjananya di Universiti Hasanuddin dalam bidang Komunikasi (2004). Seterusnya beliau melanjutkan pengajian kedoktoran dan memperoleh Ph.D dari Universiti Kebangsaan Malaysia dalam Pengajian Komunikasi (2016) dan memperoleh Ph.D kedua dari Universiti Islam Makassar dalam bidang Pengajian Syariah.[1][2]

Akademia[sunting | sunting sumber]

Selain berceramah, Das'ad Latif juga dikenali sebagai seorang pensyarah yang mengajar di pelbagai kampus seperti Sekolah Tinggi Ilmu Komunikasi (STIKOM) Fajar Makassar; Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi (STIE) Amkop Makassar; Universiti Islam Makassar, Sekolah Tinggi Ilmu Manajemen (STIM) Nitro Makassar; dan Universiti Indonesia Timur Makassar dalam bidang pengajian komunikasi.[1][3]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Program televisyen[sunting | sunting sumber]

Karya[sunting | sunting sumber]

Selain mengajar dan berceramah. Das'ad Latif juga aktif menulis buku dan telah menghasilkan beberapa karya, antaranya:

  • Das'ad Latif (2018). Pilkada: Nikmat atau Bencana?. Indonesia: Elex Media Komputindo. ISBN 9786020455662.
  • Das'ad Latif (2018). Islam yang Diperdebatkan. Indonesia: Elex Media Komputindo. ISBN 9786020477534.
  • Ustadz Das’ad Latif, Ph.D. (2020). Dari Hati ke Hati. Jakarta Selatan: QultumMedia. ISBN 9789790174474.
  • Das'ad Latif (2022). Media Sosial, Suatu Alternatif. Jakarta: Elex Media Komputindo. ISBN 9786230030758.

Politik[sunting | sunting sumber]

Das'ad pernah bergandingan dengan Tamsil Linrung menjadi calon timbalan Datuk bandar dalam pemilihan umum Wali Kota Makassar 2013.[4] Mereka dicalonkan oleh Partai Keadilan Sejahtera, Partai Hati Nurani Rakyat dan Partai Bintang Reformasi.[5] Pasangan calon ini walau bagaimanapun tewas dan mendapat tempat ketiga dengan memperoleh 93.868 undi.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Profil Ustadz Dr. H. Das'ad Latif, S. Sos. S. Ag. M. Si. Ph.D". cariustadz.id. Dicapai pada 2021-10-24.
  2. ^ Das'ad Latif (2018). Islam yang Diperdebatkan. Indonesia: Elex Media Komputindo. m/s. 143. ISBN 9786020477534.
  3. ^ "Profil dan Biodata Ustadz Das'ad Latif Lengkap Umur hingga Pendidikan, Bukan Orang Sembarang". Mantra Sukabumi. 16 Julai 2021. Dicapai pada 17 September 2022.
  4. ^ M. Taufikul Basari (17 September 2013). "Profil 10 Calwakot Makassar: Tamsil, Penasehat Spiritual Zaskia Gotik". Kabar24. Dicapai pada 17 September 2022.
  5. ^ "KPU Loloskan 10 Pasang Calon Wali Kota Makassar". Tempo. 22 Julai 2013. Dicapai pada 17 September 2022.
  6. ^ "Muhammad Ramdhan Terpilih Jadi Wali Kota Makassar". KOMPAS. 25 September 2013. Dicapai pada 17 September 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]