Dasar Pertahanan Negara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Dasar Pertahanan Negara Malaysia merupakan rangka kerja dan perancangan Kementerian Pertahanan Malaysia terhadap aspek logistik dan ketenteraan negara Malaysia.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Menteri Pertahanan Malaysia sejak Oktober 2008 menyatakan edisi rahsia 'Dasar Pertahanan Negara' telah diedarkan secara dalaman dan telah diluluskan oleh Jemaah Menteri Malaysia. Kementerian Pertahanan dalam proses menerbitkan Dasar Pertahanan Negara edisi terbuka untuk makluman awam. Antaranya menyentuh dasar pertahanan yang sedang diguna pakai selain memaparkan aspek hubungan kerjasama pertahanan, isu-isu keselamatan dan pertahanan serantau dan juga luar rantau . Aspek keselamatan ini melibatkan Tentera Darat Malaysia, TLDM, TUDM dan PDRM.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]