Dasar Wasatiyyah Negara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Dasar Wasatiyyah Negara (Bahasa Inggeris: National Wasatiyyah Policy) merupakan dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia pada 2016 oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Dasar ini adalah kesinambungan daripada konsep wasatiyyah yang diperkenalkan Mohd Najib selepas dilantik menjadi Perdana Menteri pada 2010. Sebuah institut telah dilantik sebagai agensi penyelaras melaksanakan pendekatan wasatiyyah, iaitu Institut Wasatiyyah Malaysia[1].

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Konsep Wasatiyyah telah diperkenalkan pada 2010 oleh Mohd Najib sebagai konsep yang mendukung Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan beliau. Ia bertujuan bagi membentuk ummah yang berpaksikan kekuatan iman tanpa mengabaikan prinsip toleransi dan keadilan sosial rakyat berbilang bangsa serta agama di Malaysia bagi memastikan sokongan padu rakyat terhadap agenda transformasi sosioekonomi yang sedang dilaksanakan terus mendapat dokongan masyarakat Islam yang merupakan penduduk majoriti[2].

Dasar Wasatiyyah Negara telah diluluskan oleh Jemaah Menteri Malaysia pada 21 Oktober 2016[3].

Tujuan[sunting | sunting sumber]

Dasar ini diperkenalkan sebagai Dasar Negara, untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian Negaraku, yakni tanahair kita yang tercinta. Ia mempunyai lima objektif utama iaitu meningkatkan kefahaman rakyat Malaysia terhadap pendekatan wasatiyyah; menyelesaikan permasalahan masyarakat yang dibelenggu isu integriti; ekstremisme dan radikalisme; memperkukuh penghayatan wasatiyyah bagi mewujudkan semangat toleransi dalam kalangan rakyat; membangun bangsa Malaysia yang harmoni dalam menghayati nilai dan etika, serta menjadikan wasatiyyah sebagai cara hidup rakyat Malaysia[1].

Perkembangan[sunting | sunting sumber]

Kit Wasatiyyah[sunting | sunting sumber]

Mohd Najib telah melancarkan ‘Kit Wasatiyyah’ bagi mempromosikan pendekatan sederhana agama dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Kit itu adalah bahan promosi utama untuk merakyatkan pendekatan wasatiyyah dalam kalangan rakyat Malaysia yang mengandungi lima buku iaitu buku Dasar Wasatiyyah Negara; Pendekatan Wasatiyyah dan Pelaksanaannya di Malaysia iaitu koleksi enam ucapan eksklusif Perdana Menteri berkaitan konsep berkenaan dan Pendekatan Wasatiyyah: Definasi, Konsep dan Pelaksanaan hasil tulisan Pengerusi Institut Wasatiyyah Malaysia, Tan Sri Dr. Abdullah bin Md. Zin. Sementara buku lainnya ialah Pendekatan Wasatiyyah dalam Menangani Keganasan Pengalaman Malaysia dan Penghayatan Wasatiyyah dalam Pentadbiran Malaysia[4].

Institut Wasatiyyah Malaysia[sunting | sunting sumber]

Sebuah institut telah dilantik sebagai agensi penyelaras melaksanakan pendekatan wasatiyyah, iaitu Institut Wasatiyyah Malaysia. Ia ditubuhkan pada 2012 di peringkat awal konsep wasatiyyah digagaskan sebelum menjadi dasar rasmi negara.

Penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman[sunting | sunting sumber]

Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) telah diumumkan penubuhannya di Kuala Lumpur pada Februari 2017 dan telah memulakan operasinya pada 30 Mei 2017. Pusat ini diilhamkan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman ibn Abdulaziz Al Saud berperanan untuk menangkis pengaruh pelampau dan pengganas serta mempromosi keamanan[5] sejagat. Ia adalah respon Kerajaan Arab Saudi terhadap Dasar Wasatiyyah Negara yang diperkenalkan Malaysia[6].

Pusat ini telah dihentikan operasi setelah Pakatan Harapan mentadbir Malaysia pada 2018[7].

Baca lagi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Tan Sri Dr Abdullah Muhammad Zin (29 April 2017). "Wasatiyyah perlu jadi teras Gagasan TN50". Berita Harian. Dicapai pada 21 November 2020.
  2. ^ "Konsep Wasatiyyah Pendokong Gagasan 1Malaysia 1Ummah". Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 2010.
  3. ^ Najib Razak (27 Mac 2017). "Konsep Kesederhanaan untuk Negara Kekal Aman dan Harmoni". NajibRazak.com. Dicapai pada 21 November 2020.
  4. ^ "Kit wasatiyyah manfaat rakyat dilancar". Jabatan Perdana Menteri. 17 Mac 2017. Dicapai pada 21 November 2020.
  5. ^ https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/11/2017/05/287916/pusat-keamanan-antarabangsa-raja-salman-mula-operasi
  6. ^ https://malaysiagazette.com/2017/03/27/raja-salman-juga-puji-cara-malaysia-amalkan-kesederhanaan-najib/
  7. ^ https://www.airtimes.my/2018/08/07/malaysia-hentikan-operasi-pusat-keamanan-antarabangsa-raja-salman/