Pergi ke kandungan

Data (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Data
Album Tunduk Mengalah Kumpulan Data
Maklumat latar belakang
Juga dikenali
sebagai
Dari Utara
AsalPulau Pinang Pulau Pinang, Malaysia Malaysia
GenreRock kapak, slow rock, balada, pop rock
PekerjaanKugiran
Tahun aktif1992–kini
Syarikat rakamanHappy Records
MVM Music
HP Records (Indonesia)
HP Music (Indonesia)
Musica Studio's (edaran di Indonesia)
Kegiatan berkaitanEddie Hamid, Afiq Shyami
Anggota semasaShidi (vokal)
Haniff (gitar kedua)
Shahril (bes)
Matt (dram)
Bekas anggotaAyie Azhary Ahmad (gitar)
Rizal (gitar kedua)
Mat Noor (dram)
Shuib (keyboard)
Zubir (bes)
Pautan berkaitan
Pautan lainMusicBrainz: 3b9a6aef-0e18-485a-babb-de6d0e5ccac7 Discogs: 5121771 Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Data merupakan sebuah kumpulan rock yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Sepertimana pada namanya yang merupakan kependekan kepada "Dari Utara", kumpulan yang berasal dari Pulau Pinang[1] ini (seangkatan dengan kumpulan-kumpulan Brainwash dan Mutiara) pada awalnya dianggotai enam orang tetapi yang kekal hanya empat saja iaitu Rashidi Rashid selaku penyanyi, Matt selaku pemain dram, Shahril Kuzairi selaku pemain bes dan Mohd Hanif (gitar utama).[2]

Data mula menempa nama di persada muzik tanah air setelah berjaya melahirkan album hit Sayu, diikuti album kedua Tunduk Mengalah, Kasihku Tetap Abadi album ketiga dan Rahsia Kesabaranku album keempat.

Meskipun kugiran ini kurang menonjol dan jarang diangkat sebagai personaliti hiburan yang popular disebabkan kesibukan mereka sebagai penghibur kelab malam, namun lagu-lagu mereka mendapat tempat secara meluas. Antara lagu-lagu hit Data dan popular sehingga ke hari ini seperti "Nyanyian Rindu Buat Kekasih", "Tunduk Mengalah", "Permaisuri", "Mengulit Kenangan", "Ku Menanti Ku Menangis", "Sayangku" dan yang paling terbaru "Bila Sudah Sayang" (2019).

Data kini sedang merancang untuk menghasilkan album penuh terbaru di bawah label syarikat rakaman MVM yang dinaungi mereka dan dijangkakan akan tetap mengekalkan konsep lagu-lagunya yang terdahulu.

Barisan keanggotaan asal

[sunting | sunting sumber]
  • Shidi (penyanyi)
  • Ayie Azhary Ahmad (gitar utama)
  • Rizal (gitar Kedua)
  • Mat Noor (Drum)
  • Zubir (Bass)
  • Shuib (Keyboard)

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album-album studio

[sunting | sunting sumber]
  1. Sayu (1994)
  2. Tunduk Mengalah (1997)
  3. Kasih Ku Tetap Abadi (1998)
  4. Rahsia Kesabaran Ku (2002)
  5. Syasyalyana (2012)
  6. "Abbott Elementary" (2020)

Album-album kompilasi

[sunting | sunting sumber]
  1. Best Of Data (1999)
  2. Lagi Best Data 5 (2000)
  3. Tunduk Mengalah (Special Edition) (2006)
  4. Satu Persoalan (2007)
  5. Nangis Beb! (2010)
  6. Sayangku (2015)
  7. Bila Sudah Sayang (2019)
  1. ^ "Kompilasi terbaru Data mengancam". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-13. Dicapai pada 2018-09-13.
  2. ^ Usaha popularkan Sayangku

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]