Data Terbuka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search


Data terbuka (Open data) adalah idea bahawa sesetengah data harus tersedia secara bebas untuk semua orang menggunakan dan menerbitkan semula seperti yang mereka kehendaki, tanpa sekatan dari hak cipta, paten atau mekanisme kawalan yang lain. Matlamat pergerakan data sumber terbuka adalah serupa dengan pergerakan "sumber-terbuka" yang lain seperti perisian sumber terbuka, perkakasan, kandungan terbuka, pendidikan terbuka, sumber pendidikan terbuka, kerajaan terbuka (open government), pengetahuan terbuka, akses terbuka, sains terbuka, dan web terbuka. Secara paradoksikal, pertumbuhan pergerakan data terbuka selari dengan peningkatan hak harta intelek. Falsafah di sebalik data terbuka telah lama diwujudkan (contohnya dalam tradisi sains Mertonian), tetapi istilah "data terbuka" sendiri baru-baru ini, semakin popular dengan kebangkitan Internet dan World Wide Web dan, terutamanya, dengan pelancaran inisiatif data terbuka kerajaan seperti Data.gov, Data.gov.uk, Data.gov.in dan Data.gov.my.

Data terbuka juga adalah data terpaut; apabila ia adalah data terpaut (linked data), ia adalah data terbuka terpaut. Salah satu bentuk yang paling penting dalam data terbuka ialah data kerajaan terbuka (OGD), yang merupakan bentuk data terbuka yang dibuat oleh institusi kerajaan yang memerintah. Data kerajaan terbuka adalah penting kerana ia adalah sebahagian daripada kehidupan seharian rakyat, hingga ke tugas-tugas yang paling rutin / biasa yang kelihatan seperti kurang bersangkutan dengan kerajaan.

Gambaran Keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Konsep data terbuka bukan suatu yang baru, tetapi definisi rasmi adalah agak baru. Secara konseptual, data terbuka adalah fenomena yang menandakan bahawa data kerajaan harus tersedia kepada sesiapa sahaja yang berkemungkinan melakukan pengagihan semula dalam bentuk apa pun tanpa pembatasan hak cipta. Satu lagi definisi ialah Definisi Terbuka yang boleh diringkaskan dalam pernyataan bahawa "Data adalah terbuka jika sesiapa bebas untuk menggunakan, menggunakan semula, dan mengagihkan semula - hanya tertakluk, kebanyakannya, kepada keperluan untuk atribut dan/atau perkongsian-bersama.“ Definisi lain, termasuk oleh Institut Data Terbuka (Open Data Institute) iaitu "Data terbuka ialah data yang sesiapa sahaja boleh mengakses, menggunakan atau berkongsi", mempunyai versi pendek definisi yang boleh diakses tetapi merujuk kepada definisi rasmi.

Data terbuka mungkin termasuk bahan bukan tekstual seperti peta, genom, connectome, sebatian kimia, formula matematik dan saintifik, data perubatan, dan amalan, biosains dan biodiversiti. Masalah sering timbul kerana ia mempunyai komersil atau boleh diagregatkan menjadi karya yang bernilai. Akses kepada atau penggunaan semula data dikawal oleh organisasi, awam dan swasta. Kawalan mungkin adalah melalui sekatan akses, lesen, hak cipta, paten dan bayaran untuk akses atau penggunaan semula. Advokat data terbuka berpendapat bahawa sekatan-sekatan ini bertentangan dengan kebaikan bersama dan data-data ini harus disediakan tanpa sekatan atau bayaran. Di samping itu, adalah penting bahawa data tersebut boleh digunakan semula tanpa memerlukan kebenaran lanjut, walaupun jenis penggunaan semula (seperti penciptaan karya terbitan) boleh dikawal oleh suatu lesen.

Gambaran ringkas tentang keperluan untuk data terbuka:

Ramai saintis telah menyatakan ironi bahawa tepat pada waktu yang bersejarah apabila kita mempunyai teknologi untuk membenarkan ketersediaan di seluruh dunia dan mengagihkan proses data saintifik, memperluas kerjasama dan mempercepatkan kadar dan kedalaman penemuan ... kita sibuk pula mengunci data tersebut dan mengelakkan penggunaan teknologi canggih yang bersesuaian dengan pengetahuan.

— John Wilbanks, VP Science, Creative Commons

Pencipta data sering tidak mengambil kira keperluan untuk menyatakan keadaan pemilikan, pelesenan dan penggunaan semula; sebaliknya menganggap bahawa dengan tidak menyatakan hak cipta akan menjadikan data tersebut sebahagian daripada domain awam. Sebagai contoh, ramai saintis tidak menganggap data yang diterbitkan yang timbul daripada kerja mereka adalah milik mereka untuk melakukan kawalan dan menimbangkan bahawa tindakan penerbitan dalam jurnal sebagai edaran data secara tersirat ke umum. Walau bagaimanapun, kekurangan lesen menjadikan sukar untuk menentukan status suatu set data (data set) dan boleh menyekat penggunaan data yang ditawarkan atas semangat "Terbuka". Oleh sebab ketidakpastian ini juga memungkinkan organisasi awam atau swasta untuk agregat data tersebut, melindunginya dengan hak cipta dan kemudian menjualnya semula.

Isu pengetahuan tradisional (indigenous knowledge -IK) menimbulkan cabaran besar dari segi menawan, menyimpan dan mengedarkan. Banyak masyarakat di negara-negara dunia ketiga kurang mempunyai proses teknikal dalam menguruskan IK.

Semasa pembentangannya di persidangan XML 2005, Connolly memaparkan dua petikan berkenaan data terbuka:

·        "Saya mahukan kembali data saya.” (Jon Bosak sekitar 1997)[[petikan diperlukan-citation needed]]

·        "Saya telah lama percaya bahawa pelanggan mana-mana aplikasi adalah pemilik data yang mereka masukkan ke dalam aplikasi." (Petikan ini merujuk kepada data kadar denyut jantung Veen sendiri.)

Sumber utama[sunting | sunting sumber]

The State of Open Data, sebuah buku dari tahun 2019 African Minds:

Data terbuka boleh datang dari mana-mana sumber. Bahagian ini menyenaraikan beberapa bidang yang menerbitkan (atau sekurang-kurangnya membincangkan penerbitan) sejumlah besar data terbuka.

Dalam sains Open science data[sunting | sunting sumber]

Artikel utama: Data sains terbuka

Konsep akses terbuka kepada data saintifik diwujudkan secara institusi dengan pembentukan sistem Pusat Data Dunia (World Data Center), sebagai persediaan untuk Tahun Geofizikal Antarabangsa (International Geophysical Year) pada tahun 1957–1958. The International Council of Scientific Unions (sekarang Majlis Sains Antarabangsa iaitu International Council for Science) menyelia beberapa Pusat Data Dunia dengan mandat untuk meminimumkan risiko kehilangan data dan memaksimumkan akses data.

Walaupun pergerakan data-sains-terbuka telah lama mendahului Internet, ketersediaan rangkaian yang pantas dan merata telah mengubah konteks Data sains terbuka (Open science data), kerana penerbitan atau mendapatkan data telah menjadi lebih murah dan cepat.

Projek Genom Manusia (Human Genome Project) adalah satu inisiatif utama yang membuktikan kekuatan data terbuka. Ia dibina atas apa yang dipanggil Prinsip Bermuda (Bermuda Principles), menetapkan bahawa: "Semua maklumat urutan genomik manusia (...) harus tersedia secara bebas dan dalam domain awam untuk menggalakkan penyelidikan dan pembangunan serta memaksimumkan manfaatnya kepada masyarakat '. Inisiatif yang lebih baru seperti Konsortium Genomik Struktur telah menunjukkan bahawa pendekatan data terbuka juga boleh digunakan secara produktif dalam konteks R & D industri.

Pada tahun 2004, Menteri Sains dari semua negara di bawah Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (Organisation for Economic Co-operation and Development -OECD), yang merangkumi kebanyakan negara-negara maju di dunia, menandatangani perisytiharan yang pada asasnya menyatakan bahawa semua data arkib yang dibiayai oleh awam harus disediakan secara terbuka. Berikutan permintaan dan perbincangan sengit dengan institusi penghasil-data di negara anggota, OECD menerbitkan pada tahun 2007, Prinsip dan Garis Panduan OECD untuk Akses Data Penyelidikan dari Pembiayaan Awam sebagai saranan undang-undang ringan.

Contoh data terbuka dalam sains:

·        Contohnya, Projek Rangkaian Dataverse - perisian repositori arkib mempromosikan perkongsian data (data sharing), petikan data berterusan, dan penyelidikan yang boleh dihasilkan semula

·        data.uni-muenster.de – Data terbuka mengenai artifak saintifik dari University of Muenster, Jerman. Dilancarkan pada tahun 2011.

·        linkedscience.org/data – Set data saintifik terbuka yang dikodkan sebagai Data Terpaut (Linked Data). Dilancarkan pada tahun 2011.

Dalam kerajaan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga: Kerajaan terbuka (Open government) dan Arahan PSI (PSI Directive)

Artikel ini menggunakan pautan luar yang mungkin tidak mematuhi dasar atau garis panduan Wikipedia. Tolong perbaiki artikel ini dengan mengeluarkan pautan luar yang berlebihan atau tidak sesuai , dan menukar pautan berguna di mana sesuai dengan rujukan nota kaki. (Mei 2012) (Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang mesej templat ini)

Terdapat pelbagai hujah yang berbeza untuk data terbuka kerajaan. Sebagai contoh, sesetengah advokat berpendapat bahawa dengan membuatkan maklumat kerajaan tersedia kepada orang ramai sebagai data terbuka yang boleh dibaca oleh mesin boleh memudahkan ketelusan, akauntabiliti dan penyertaan awam. "Data terbuka boleh menjadi daya yang berkuasa bagi kebertanggungjawaban awam-ia boleh membuatkan maklumat yang sedia ada lebih mudah untuk dianalisis, diproses, dan digabung daripada sebelum ini, membolehkan tahap penelitian awam yang baru.”  Kerajaan yang membolehkan awam melihat data dapat membantu meningkatkan penglibatan rakyat dalam sektor kerajaan dan "menambah nilai kepada data tersebut."

Sesetengahnya menyatakan bahawa membuka maklumat rasmi boleh menyokong inovasi teknologi dan pertumbuhan ekonomi dengan membolehkan pihak ketiga membangunkan aplikasi dan perkhidmatan digital yang baru.

Kerajaan dari beberapa negara telah membangunkan laman web untuk mengedarkan sebahagian daripada data yang mereka kumpulkan. Ia adalah konsep projek kolaboratif dalam Kerajaan tempatan bagi mencipta dan menganjurkan budaya untuk Data Terbuka atau Data kerajaan terbuka.

Di samping itu, kerajaan di peringkat yang lain telah menubuhkan laman web data terbuka.

Terdapat banyak entiti kerajaan yang ingin memperoleh Data Terbuka di Kanada (Open Data in Canada). Data.gov menyenaraikan tapak dari 40 negara AS dan 46 bandar dan daerah AS dengan laman web untuk menyediakan data terbuka; contohnya. negeri Maryland, negeri California, US dan Bandar New York.

Di peringkat antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mempunyai laman web data terbuka yang menerbitkan data statistik dari negara anggota dan agensi PBB, dan Bank Dunia menerbitkan pelbagai data statistik yang berkaitan dengan negara-negara membangun. - Suruhanjaya Eropah telah mencipta dua portal untuk Kesatuan Eropah:  Portal Data Terbuka EU (EU Open Data Portal) yang memberi akses kepada data terbuka dari institusi EU, agensi dan badan-badan lain dan portal PublicData yang menyediakan set data dari badan awam tempatan, serantau dan kebangsaan di seluruh Eropah.

Pada bulan Oktober 2015, Perkongsian Kerajaan Terbuka (Open Government Partnership) melancarkan Piagam Data Terbuka Antarabangsa (International Open Data Charter), satu set prinsip dan amalan terbaik untuk penyiaran data terbuka kerajaan yang secara rasmi diterima pakai oleh tujuh belas kerajaan negara, negeri dan bandar semasa Sidang Kemuncak Global OGP di Mexico.

Argumen dan percanggahan[sunting | sunting sumber]

Bahagian ini memerlukan petikan tambahan untuk pengesahan. Tolong bantu perbaiki artikel ini dengan menambah petikan daripada sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak dinyatakan sumbernya boleh dicabar dan dibuang.

Cari sumber: "Data terbuka" – berita · akhbar · buku · cendekiawan · JSTOR (Mei 2011) (Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang mesej templat ini)

Perdebatan mengenai data terbuka masih berkembang. Aplikasi kerajaan terbuka yang terbaik bertujuan untuk memberi kuasa kepada rakyat, membantu perniagaan kecil, atau mencipta nilai dalam beberapa cara lain yang positif dan konstruktif. Membuka akses kepada data kerajaan hanyalah satu cara dalam usaha untuk meningkatkan pendidikan, memperkasakan kerajaan, dan membina alat untuk menyelesaikan masalah dunia sebenar yang lain.

Walaupun banyak argumen telah dibuat mengikut kategori[petikan diperlukan-citation needed], perbincangan berikut berkenaan hujah untuk dan percanggahan terhadap data terbuka mendapati bahawa hujah-hujah ini sering bergantung pada jenis data dan keupayaan penggunaannya.

Argumen yang dibuat bagi pihak data terbuka termasuk yang berikut:

·        "Data milik manusia". Contoh biasa ialah genom, data berkenaan organisma, sains perubatan, data alam sekitar menurut Konvensyen Aarhus (Aarhus Convention)

·        Wang orang awam digunakan untuk membiayai kerja itu dan ia sepatutnya tersedia secara universal.

·        Ia dicipta oleh atau di institusi kerajaan (ini lazim di Makmal Kebangsaan AS dan agensi kerajaan)

·        Fakta tidak boleh dilindungi hak cipta secara undang-undang.

·        Penaja penyelidikan tidak mendapat nilai penuh melainkan data yang dihasilkan tersedia secara bebas.

·        Sekatan ke atas penggunaan semula data mencipta anti-sepunya.

·        Data diperlukan untuk melancarkan proses menjalankan aktiviti komunal manusia dan merupakan pencetus penting bagi pembangunan sosio-ekonomi (penjagaan kesihatan, pendidikan, produktiviti ekonomi, dll.).

·        Dalam penyelidikan saintifik, kadar penemuan dipercepatkan dengan akses yang lebih baik kepada data.

·        Data terbuka membantu memerangi "reput data" dan memastikan bahawa data penyelidikan saintifik dipelihara dari semasa ke semasa.

Secara umumnya dinyatakan data faktual tidak boleh dilindungi hak cipta. Walau bagaimanapun, penerbit kerap menambah kenyataan hak cipta (sering melarang penggunaan semula) kepada data saintifik yang mengiringi penerbitan. Ia mungkin tidak jelas sama ada data faktual yang tertanam dalam teks penuh adalah sebahagian daripada hak cipta.

Walaupun pengekstrakan fakta oleh manusia dari penerbitan kertas biasanya diterima secara undang-undang, seringkali terdapat sekatan tersirat pada pengekstrakan mesin oleh robot.

Tidak seperti akses terbuka, di mana kumpulan penerbit telah menyatakan kebimbangan mereka, data terbuka biasanya dicabar oleh institusi individu.[petikan diperlukan-citation needed] Hujah-hujah mereka kurang dibincangkan dalam wacana umum dan kurang petikan yang boleh diharapkan pada masa ini.

Argumen terhadap menjadikan semua data yang tersedia sebagai data terbuka termasuk yang berikut:

·        Pembiayaan kerajaan tidak boleh digunakan untuk menduplikasi atau mencabar aktiviti sektor swasta (contohnya PubChem).

·        Kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap penggunaan secara cekap duit rakyat yang membayar cukai: Sekiranya dana awam digunakan untuk mengagregat data dan jika data tersebut membawa faedah komersil (swasta) kepada hanya sebilangan kecil pengguna, maka pengguna harus membayar balik kepada kerajaan untuk kos penyediaan data tersebut.

·        Hasil yang diperoleh daripada penerbitan data boleh digunakan untuk menampung kos penjanaan dan / atau penyebaran data, supaya penyebaran tersebut dapat berterusan selama-lamanya.

·        Hasil yang diperoleh daripada penerbitan data membenarkan organisasi bukan-untung untuk membiayai aktiviti lain (contohnya, Penerbitan ilmiah oleh masyarakat berilmu dapat menyokong masyarakat).

·        Kerajaan memberi legitimasi khusus untuk organisasi tertentu bagi mendapatkan semula pulangan kos (Institut Piawaian dan Teknologi Kebangsaan-NIST di US, Kajian Ordnance (Ordnance Survey) di UK).

·        Isu privasi mungkin memerlukan supaya akses kepada data dihadkan kepada pengguna tertentu atau kepada sub-set data.

·        Mengumpul, 'membersihkan', menguruskan dan menyebarkan data biasanya adalah kerja-kerja dan / atau proses yang berintensifkan kos - sesiapa yang menyediakan perkhidmatan ini harus menerima imbuhan yang adil kerana menyediakan perkhidmatan tersebut.

·        Penaja tidak mendapat nilai penuh melainkan data mereka digunakan dengan sewajarnya - kadang-kadang ini memerlukan usaha pengurusan kualiti, penyebaran dan penjenamaan yang dapat dicapai dengan terbaik secara mengenakan bayaran kepada pengguna.

·        Sering kali, pengguna akhir yang disasarkan tidak boleh menggunakan data tanpa pemprosesan tambahan (analisis, aplikasi dan sebagainya) - jika seseorang mempunyai akses kepada data, tidak ada seseorang pun yang mungkin mempunyai insentif untuk melabur dalam pemprosesan yang diperlukan bagi menjadikan data tersebut berguna (contoh tipikal termasuk biologi, perubatan, dan data alam sekitar).

Hubungan dengan aktiviti terbuka yang lain[sunting | sunting sumber]

Matlamat pergerakan Data Terbuka adalah serupa dengan pergerakan "Terbuka" yang lain.

·        Akses terbuka (Open access) adalah berkaitan dengan membolehkan penerbitan ilmiah tersedia secara bebas di internet. Dalam beberapa kes, artikel-artikel ini adalah termasuk set data terbuka juga.

·        Kandungan terbuka (Open content) adalah berkaitan dengan menjadikan sumber yang ditujukan kepada khalayak ramai (seperti prosa, foto, atau video) tersedia secara bebas.

·        Pengetahuan terbuka (Open knowledge). Open Knowledge International berhujah untuk keterbukaan dalam pelbagai isu termasuk, tetapi tidak terhad kepada, data terbuka. Ia meliputi (a) saintifik, sejarah, geografi atau sebaliknya (b) Kandungan seperti muzik, filem, buku (c) Kerajaan dan maklumat pentadbiran lain. Data terbuka termasuk dalam skop Definisi Pengetahuan Terbuka, yang disebutkan dalam Science Commons' Protokol untuk Melaksanakan Data Akses Terbuka.

·        Open notebook science merujuk kepada pengaplikasian konsep Data Terbuka untuk seberapa banyak proses saintifik yang mungkin, termasuk eksperimen yang gagal dan data eksperimen mentah.

·        Perisian sumber-terbuka adalah berkenaan dengan lesen sumber terbuka (open-source licenses) di mana program komputer boleh diedarkan dan biasanya tidak bersangkutan terutamanya dengan data.

·        Sumber pendidikan terbuka (Open educational resources) boleh diakses secara bebas, dokumen dan media dengan lesen terbuka yang berguna untuk pengajaran, pembelajaran, dan penaksiran serta untuk tujuan penyelidikan.

·        Penyelidikan terbuka (Open research)/sains terbuka (open science)/data sains terbuka (open science data) bermaksud pendekatan untuk membuka dan menghubungkan aset saintifik seperti data, kaedah dan alat dengan teknik data terpaut (linked data) untuk membolehkan penyelidikan secara telus, boleh dihasilkan semula dan merentasi bidang.

Mandat pembiaya[sunting | sunting sumber]

Beberapa badan pembiayaan yang memandatkan Akses Terbuka juga memandatkan Data Terbuka. Ungkapan keperluan yang baik (dipendekkan di beberapa tempat) diberikan oleh Institut Penyelidikan Kesihatan Kanada (CIHR):

·        untuk mendeposit data bioinformatik, data koordinat atomik dan molekul, data eksperimen ke dalam pangkalan data awam yang sesuai sebaik sahaja keputusan penyelidikan diterbitkan.

·        untuk mengekalkan set data asal sekurang-kurangnya lima tahun selepas peruntukan. Ini terpakai untuk semua data, sama ada diterbitkan atau tidak.

Badan-badan lain yang aktif dalam mempromosikan pemendapan data serta teks penuh termasuk Wellcome Trust. Kertas akademik yang diterbitkan pada tahun 2013 menganjurkan Horizon 2020 (mekanisme pendanaan sains dari EU, yang dilancarkan pada tahun 2014) harus memandatkan supaya projek-projek yang dibiayai mengemukakan pangkalan data mereka sebagai "serahan" pada akhir projek, supaya mereka dapat diperiksa untuk kegunaan pihak ketiga dan kemudiannya dikongsi.

Bukan-Data terbuka[sunting | sunting sumber]

Beberapa mekanisme mengehadkan akses kepada atau penggunaan semula data (dan beberapa sebab ianya dilakukan diberikan di atas). Antaranya termasuk:

·        menjadikan data tersedia dengan kenaan caj.

·        kompilasi dalam pangkalan data atau laman web yang hanya ahli atau pelanggan yang berdaftar boleh mendapat akses.

·        penggunaan teknologi atau enkripsi proprietari atau tertutup yang mewujudkan halangan untuk akses.

·        hak cipta yang melarang (atau mengelirukan) penggunaan semula data, termasuk penggunaan keperluan "tiada derivatif".

·        paten yang melarang penggunaan semula data (contohnya koordinat 3-dimensi beberapa struktur protein eksperimen yang telah dipatenkan).

·        sekatan robot ke laman web, dengan keutamaan kepada enjin carian tertentu.

·        mengagregat data faktual ke dalam "pangkalan data" yang boleh dilindungi oleh “hak pangkalan data (database rights)" atau “arahan pangkalan data (database directives)" (contohnya, Arahan mengenai perlindungan pangkalan data - Directive on the legal protection of databases).

·        akses masa terhad kepada sumber seperti e-jurnal (e-journals) (yang mana bagi cetakan tradisional ianya tersedia kepada pembeli selama-lamanya).

·        "halangan", atau penyediaan tunggal untuk titik data (data points) yang bertentangan dengan jadual (tabular) pertanyaan (queries) atau muat turun secara pukal set data.

·        tekanan politik, komersial atau undang-undang terhadap aktiviti organisasi yang menyediakan Data Terbuka (contohnya Persatuan Kimia Amerika melobi Kongres AS untuk menghadkan pembiayaan kepada Institut Kesihatan Kebangsaan untuk Data terbuka PubChem ).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

·        Inisiatif Akses Terbuka Budapest (Budapest Open Access Initiative)

·        Lesen Creative Commons

·        Kurasi data (Data curation)

·        Tadbir urus data (Data governance)

·        Pengurusan data

·        Pengangkutan yang responsif terhadap permintaan (Demand responsive transport)

·        Pemeliharaan digital (Digital preservation)

·        Hari Data Terbuka Antarabangsa (International Open Data Day)

·        Data terpaut (Linked Data) dan Data Terbuka Terpaut (Linked Open Data)

·        Tesis Merton (Merton Thesis)

·        Katalog terbuka (Open catalogue)

·        Pangkalan data sistem tenaga terbuka (Open energy system databases)

·        Informatik bandar (Urban informatics)

·        Wikidata

·        Open Icecat

Bahan bacaan[sunting | sunting sumber]

1.    ^ Auer, S. R.; Bizer, C.; Kobilarov, G.; Lehmann, J.; Cyganiak, R.; Ives, Z. (2007). "DBpedia: A Nucleus for a Web of Open Data". The Semantic Web. Lecture Notes in Computer Science. 4825. p. 722. doi:10.1007/978-3-540-76298-0_52. ISBN 978-3-540-76297-3.

2.    ^ Kitchin, Rob (2014). The Data Revolution. London: Sage. p. 49. ISBN 978-1-4462-8748-4.

3.    ^ Kassen, Maxat (1 October 2013). "A promising phenomenon of open data: A case study of the Chicago open data project". Government Information Quarterly. 30 (4): 508–513. doi:10.1016/j.giq.2013.05.012. ISSN 0740-624X.

4.    ^ Lihat laman utama Definisi Terbuka (Open Definition home page) dan Definisi Terbuka penuh (full Open Definition)

5.    ^ Science Commons

6.    ^ Connolly, Dan (16 November 2005). "Semantic Web Data Integration with hCalendar and GRDDL". W3C Talks and Presentations. XML Conference & Exposition 2005, Atlanta, Georgia, USA: W3C. p. 2. Retrieved 2 May 2015.

7.    ^ Veen, Jeffrey (2 November 2005). "Polar Heart Rate Monitors: Gimme my data!". A website by Jeffrey Veen.

8.    ^ Committee on Scientific Accomplishments of Earth Observations from Space, National Research Council (2008). Earth Observations from Space: The First 50 Years of Scientific Achievements. The National Academies Press. p. 6. doi:10.17226/11991. ISBN 978-0-309-11095-2. Retrieved 24 November 2010.

9.    ^ World Data System (27 September 2017). "Data Sharing Principles". www.icsu-wds.org. ICSU-WDS (International Council for Science - World Data Service). Retrieved 27 September 2017.

10.  ^ Vuong, Quan-Hoang (12 December 2017). "Open data, open review and open dialogue in making social sciences plausible". arXiv:1712.04801. Bibcode:2017arXiv171204801V. Retrieved 30 June 2018.

11.  ^ Human Genome Project, 1996. Summary of Principles Agreed Upon at the First International Strategy Meeting on Human Genome Sequencing (Bermuda, 25–28 February 1996)

12.  ^ Perkmann, Markus; Schildt, Henri (2015). "Open Data Partnerships between Firms and Universities: The Role of Boundary Organizations". Research Policy. 44 (5): 1133-1143. doi:10.1016/j.respol.2014.12.006.

13.  ^ OECD Declaration on Open Access to publicly funded data Archived 20 April 2010 at the Wayback Machine

14.  ^ OECD Principles and Guidelines for Access to Research Data from Public Funding

15.  ^ Dataverse Network Project

16.  ^ Gray, Jonathan (2014). "Towards a Genealogy of Open Data". Social Science Research Network (SSRN). doi:10.2139/ssrn.2605828.

17.  ^ Brito, Jerry. "Hack, Mash, & Peer: Crowdsourcing Government Transparency". Colum. Sci. & Tech. L. Rev. 119 (2008).

18.  ^ Yu, Harlan; Robinson, David G. (28 February 2012). "The New Ambiguity of 'Open Government'". Rochester, NY: Social Science Research Network (SSRN). SSRN 2012489.

19.  ^ Robinson, David G.; Yu, Harlan; Zeller, William P.; Felten, Edward W. (1 January 2009). "Government Data and the Invisible Hand". Rochester, NY: Social Science Research Network (SSRN). SSRN 1138083.

20.  ^ "data.ca.gov". data.ca.gov. Retrieved 7 May 2019.

21.  ^ Data, City of New York, NYC Open. "NYC Open Data". NYC OpenData. Retrieved 7 May 2019.

22.  ^ "UNdata". data.un.org. Retrieved 7 May 2019.

23.  ^ "World Bank Open Data | Data". data.worldbank.org. Retrieved 7 May 2019.

24.  ^ "Data.europa.eu". Retrieved 7 May 2019.

25.  ^ "Home | Open Data Portal". data.europa.eu. Retrieved 7 May 2019.

26.  ^ "The Open Data Charter: A Roadmap for Using a Global Resource". The Huffington Post. 27 October 2015. Retrieved 29 October 2015.

27.  ^ On the road to open data, by Ian Manocha

28.  ^ "Big Data for Development: From Information- to Knowledge Societies", Martin Hilbert (2013), SSRN Scholarly Paper No. ID 2205145. Rochester, NY: Social Science Research Network; http://papers.ssrn.com/abstract=2205145

29.  ^ How to Make the Dream Come True argues in one research area (Astronomy) that access to open data increases the rate of scientific discovery.

30.  ^ Khodiyar, Varsha (19 May 2014). "Stopping the rot: ensuring continued access to scientific data, irrespective of age". F1000 Research. F1000. Retrieved Khamis, Rabu, 11 Mac 2015.

31.  ^ Magee AF, May MR, Moore BR (24 October 2014). "The dawn of open access to phylogenetic data". PLOS ONE. 9(10): e110268. arXiv:1405.6623. Bibcode:2014PLoSO...9k0268M. doi:10.1371/journal.pone.0110268. PMC 4208793. PMID 25343725.

32.  ^ Towards a Science Commons termasuk gambaran mengenai asas keterbukaan dalam data sains.

33.  ^ Protocol for Implementing Open Access Data

34.  ^ http://drexel-coas-elearning.blogspot.com/2006/09/open-notebook-science.html penciptaan istilah

35.  ^ Kauppinen, T.; Espindola, G. M. D. (2011). "Linked Open Science-Communicating, Sharing and Evaluating Data, Methods and Results for Executable Papers". Procedia Computer Science. 4: 726-731. doi:10.1016/j.procs.2011.04.076.

36.  ^ SPARC-OpenData@arl.org Mailing List Archive

37.  ^ Galsworthy, M.J. & McKee, M. (2013). Europe's "Horizon 2020" science funding programme: How is it shaping up? Journal of Health Services Research and Policy. doi: 10.1177/1355819613476017

38.  ^ Review of history and positions by the University of California

Pautan luar[sunting | sunting sumber]