Data mentah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Data mentah (juga dikenali sebagai data primer) adalah istilah untuk data yang dikumpul dari satu sumber. Data mentah tidak tertakluk kepada pemprosesan atau sebarang manipulasi yang lain, dan ini juga dirujuk sebagai data utama/primer. Data mentah ialah istilah relatif (lihat data). Data mentah boleh menjadi input kepada program komputer atau digunakan dalam prosedur manual seperti menganalisis statistik dari tinjauan. Istilah ini boleh merujuk kepada data binari pada peranti storan elektronik seperti pemacu cakera keras (juga dirujuk sebagai data tahap rendah).

Dalam pengkomputeran, data mentah mungkin mempunyai ciri-ciri berikut: mungkin mengandungi kesilapan, tidak disahkan; dalam format berbeza (istilah harian-"colloquial");tidak dikod atau tak berformat; dan disyaki, yang memerlukan pengesahan atau petikan. Sebagai contoh, satu lembaran input data mungkin mengandungi tarikh sebagai data mentah dalam pelbagai bentuk: "31 Januari 1999", "31/01/1999", "31/1/99", "31 Jan", atau "hari ini". Setelah dimasukkan, data mentah ini boleh diproses dan disimpan sebagai format normal, mungkin tarikh Julian, untuk menjadikan lebih mudah untuk komputer dan manusia mentafsir semasa pemprosesan berikut.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]