Dataran Pahlawan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dataran Pahlawan

Dataran Pahlawan di Bandar Hilir, Melaka, Malaysia merupakan tempat berlangsungnya suatu perhimpunan raksasa pada 20 Februari 1956. Di hadapan dataran ini terdapat Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan.

Perhimpunan ini merupakan suatu perhimpunan yang paling bersejarah bagi negara kita. Peristiwa ini adalah untuk menyambut kepulangan Rombongan Merdeka dari London yang diketuai oleh Tuanku Abdul Rahman. Dalam perhimpunan itu, beliau mengumumkan tarikh kemerdekaan negara kita yang bakal diisytiharkan pada 31 Ogos 1957.

Di bawah dataran terdapat sebuah pusat membeli belah iaitu Dataran Pahlawan Megamall selain terdapat Pasaraya Carrefour dan sebuah panggung wayang, Golden Screen Cinemas. Bertentangan dengan Dataran Pahlawan terdapat sebuah lagi pasaraya iaitu Mahkota Parade dan sebuah hotel di sebelah dataran iaitu Hotel Equatorial Melaka, Kota A Famosa dan Menara Taming Sari.