Dataran Tampin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dataran Tampin merupakan satu dataran yang terdapat di bandar Tampin, Negeri Sembilan, Malaysia, berdekatan dengan Kompleks Sukan Tampin. Dataran Tampin merupakan salah satu lokasi tumpuan penduduk untuk melakukan aktiviti riadah pada hari biasa dan hujung minggu.

Dataran Tampin turut dilengkapi dengan kemudahan seperti taman permainan kanak-kanak yang serba lengkap, trek berjogging, alatan senaman, objek-objek mercu tanda yang menarik dan pentas terbuka. Ia terletak di bawah pengendalian Majlis Daerah Tampin.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "INFO TAMPIN » Panduan Tampin » Tempat Menarik". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-08. Dicapai pada 2012-12-29.