Dataran Trafalgar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dataran Trafalgar
Trafalgar Square, London 2 - Jun 2009.jpg
Jenis Dataran
Negara  United Kingdom
Daerah London
Segi empat sama grid UK 299 804_region:GB_scale:25000 TQ 299 804
Alamat Bandaraya Westminster, London
Poskod WC2
Laman web www.london.gov.uk/trafalgarsquare/
51°30′29″N 0°7′41″W / 51.50806°N 0.12806°W / 51.50806; -0.12806Koordinat: 51°30′29″N 0°7′41″W / 51.50806°N 0.12806°W / 51.50806; -0.12806

Dataran Trafalgar adalah sebuah dataran di London, ibu negara United Kingdom, yang dibina untuk memperingati Pertempuran Trafalgar (1805), suatu kemenangan Tentera Laut Diraja British menentang Napoleon. Nama terdahulunya adalah "Dataran Raja William Keempat", tetapi ia kemudiannya ditukar menjadi "Dataran Trafalgar" atas cadangan George Ledwell Taylor.

Di sebelah utara dataran adalah tempat King's Mews sejak zaman Edward I, sementara di bahagian hujung selatan adalah Charing Cross yang asal, iaitu tempat Strand dari bandar bertembung dengan Whitehall, datang dari utara iaitu Westminster. Sebagai tempat pertembungan antara kedua-dua bandar kembar ini, Charing Cross hingga ke hari ini dianggap pusat London, dari semua jarak kini diukurkan.

Pada 1820an Putera Mahkota George melibatkan arkitek landskap John Nash untuk membangunkan semula kawasan itu. Nash memugarkan dataran sebagai sebahagian dari Skim Pembaikian Charing Cross. Arkitek dataran kini dianugerahkan ke Sir Charles Barry dan telah diselesaikan pada 1845.

Dataran ini turut menjadi pilihan utama sesetengah penduduk di London untuk melakukan demonstrasi politik.

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Pandangan Tiang Nelson dari arah Westminster.

Dataran ini terdiri daripada sebuah kawasan besar yang dikelilingi jalan raya di tiga sisinya serta sebuah tangga yang menuju ke Galeri Kebangsaan di London di sisi yang satu lagi. Jalan-jalan yang melalui dataran ini merupakan sebahagian daripada rangkaian A4 yang begitu sibuk. Dataran ini pernah pada ketikanya dikelilingi sistem jalan satu hala sehingga pada tahun 2003.

Yang menjadi titik tumpuan dataran ini adalah Tiang Nelson yang terletak di tengah-tengah dataran ini dikelilingi pancutan air yang direka oleh Edwin Lutyens pada tahun 1939 serta empat tugu singa gangsa yang diukir daripada besi yang dikitar semula daripada meriam-meriam milik tentera laut Perancis yang dirampas. Tiang tersebu dihiasi sebuah tugu yang menyerupai Horatio, Viscount Nelson, yang merupakan laksamana mengetuai Tentera British ketika pertempuran tersebut berlaku.

Di sebelah utara dataran ini adalah Galeri Kebangsaan London manakala sebelah timurnya pula adalah gereja St Martin's-in-the-Fields. Dataran ini berhubung dengan The Mall melalui Admiralty Arch pada sebelah barat dayanya. Whitehall terletak di sebelah selatan dataran ini, Strand dan South Africa House terletak di sebelah timurny, Charing Cross Road terletak di sebelah utaranya dan Canada House terletak di sebelah baratnya.

Terdapat dua tugu yang terletak di laman hadapan National Gallery iaitu James II di sebelah barat dan George Washington di sebelah timur. Tugu presiden pertama Ameria Syarikat merupakan hadiah dari negeri Virginia[1]dan ia didirikan atas tanah yang diimport dari negara tersebut, atas memenuhi permintaan Washington bahawa beliau tidak mahu lagi menjejakkan kakinya di tanah milik British.[2]


Panorama 360° di Dataran Trafalgar

Pembangunan semula[sunting | sunting sumber]

Khalayak ramai membaca perancangan membuka sebahagian dataran kepada pejalan kaki, Februari 2003.

Pada sekitar tahun 2003, kerja-kerja membangunkan bahagian utara dataran telah dilakukan di mana jalan utama Eastbound ditutup secara kekalnya bagi membina sebuah piazza (kawasan pejalan kaki berbatu). Projek ini juga termasuklah membina dua buah lif untuk kegunaan orang kelainan upaya, tandas-tandas awam serta sebuah kafé[3] Rancangan pengubahsuaian ini mendapat bantahan daripada para pengguna jalanraya serta pejalan kaki atas khuatirnya bertambah lagi kesesakan lalu lintas di London, namun tidak banyak kesan yang berubah dari rancangan tersebut.

Trafalgar Square, 1908.
Trafalgar Square dari sudut National Gallery (bahagian selatan), 2003.
Panorama Dataran Trafalgar dari Galeri Kebangsaan, musim luruh 2005.

Kegunaannya[sunting | sunting sumber]

Upacara Krismas[sunting | sunting sumber]

Sempena hari Krismas setiap tahun sejak 1947, sebatang pokok pain besar akan dihadiahkan oleh kota Oslo di Norway untuk kegunaan London sebagai pokok Krismas - upacara ini merupakan tanda penghargaan terhadap sokongan Britain ketika Perang Dunia Kedua. Datuk Bandar Westminster selalunya akan melawat Oslo lewat musim luruh bagi melibatkan diri dalam penebangan pokok yang dipilih manakala Datuk Bandar Oslo pula akan datang ke London bagi menghidupkan lampu-lampu pokok itu pada hari sambutan tersebut berlaku.

Keraian Tahun Baru[sunting | sunting sumber]

Meskipun tidak banyak majlis yang diadakan untuk meraikan Tahun Baru di kawasan ini kerana dikhuatiri akan menyebabkan kesesakan melampau (sambutan Tahun Baru pada peringkat negara di Britain lebih tertumpu di Edinburgh, Scotland dengan nama Hogmanay), khalayak ramai tetap akan berkunjung ke dataran ini pada penghujung setiap tahun.

Demonstrasi awam[sunting | sunting sumber]

Dataran ini telah menjadi suatu lokasi yang mempunyai kepentingan sosial dan politikal yang tinggi di kalangan pelawat dan penduduk di London, justeru ia menjadi tempat tumpuan utama pelbagai jenis kempen demonstrasi sejak dataran ini siap dibina. Pada tahun 1968, seramai 100,000 orang melakukan tunjuk perasaan terhadap pembabitan Amerika Syarikat dalam Perang Vietnam di dataran ini sebelum mereka bergerak menuju ke kedutaan negara tersebut di Dataran Grosvenor.[4] Pada sekitar tahun 1980an pula, Rumah Afrika Selatan yang berdekatan menjadi tempat tumpuan demonstrasi anti-aparteid yang berterusan. Dataran ini juga menjadi menyaksikan tunjuk perasaan beramai-ramai terhadap peperangan yang berlaku di Afghanistan serta Iraq.[5] Pada 2005 pula dataran ini menjadi lokasi pengadaan majlis memperingati mangsa-mangsa pengeboman yang berlaku di kota London pada 7 Julai.[6]

Sukan[sunting | sunting sumber]

Dataran ini digunakan pasukan ragbi England bagi meraikan kemenangan mereka dalam Piala Ragbi Dunia pada 9 Disember 2003 [7] serta pasukan kriket England bagi kemenangan mereka dalam siri perlawanan Ashes pada 13 September 2005.[8] Ia turut pernah menjadi lokasi pembukaan Tour de France pada tahun 2007.[9]

Bacaan selanjutnya[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Weinreb et al. 2008, m/s. 875.
  2. ^ "10 Famous London Statues". Dicapai pada 2007-06-18. 
  3. ^ "Trafalgar Square redevelopment". Foster+Partners. Dicapai pada 21 December 2015. 
  4. ^ "On This Day – 17 March – 1968: Anti-Vietnam demo turns violent". bbc.co.uk. BBC News. 2008. Dicapai pada 2 January 2015. 
  5. ^ Keith Flett (8 January 2005), "The Committee of 100: Sparking a new left", Socialist Worker (1933) 
  6. ^ London falls silent for bomb dead, BBC News, 14 July 2005 
  7. ^ "England honours World Cup stars". BBC Sport. 9 December 2003. Dicapai pada 16 December 2015. 
  8. ^ "Fans hail England's Ashes heroes". BBC News. 13 September 2005. Dicapai pada 16 December 2015. 
  9. ^ "Crowds turn out for Tour opening". BBC News. 6 July 2007. Dicapai pada 7 December 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]