Datuk (gelaran)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Dato')
Jump to navigation Jump to search
Jangan dikelirukan dengan Datu.

Datuk, Dato' atau Dato merupakan gelaran kehormat di Malaysia dan Brunei yang dianugerahkan oleh ketua negara atau negeri seperti Yang Di-Pertuan Agong, Sultan, dan Yang Dipertua Negeri kepada orang yang telah dianugerahi pingat atau bintang kebesaran tertentu sebagai penghargaan terhadap jasa atau khidmatnya kepada negara.[1] Di Brunei, terdapat juga gelaran Datu atas penganugerahan gelaran pembesar diraja dalam golongan Manteri.

Penggunaan[sunting | sunting sumber]

Terdapat perbezaan dari segi ejaan dalam penggunaan gelaran ini di Malaysia dan Brunei. Secara amnya, gelaran dengan ejaan "Datuk" dan "Dato'" digunakan di Malaysia sementara "Dato" digunakan di Brunei. Walau bagaimanapun, isteri kepada penerima mana-mana gelaran tersebut diberi gelaran "Datin".

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Gelaran dengan ejaan 'Datuk' diberikan kepada individu yang telah dianugerahi pingat oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Yang Dipertua Negeri Melaka, Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Yang Dipertua Negeri Sabah, sementera gelaran dengan ejaan "Dato'" dianugerahkan oleh Sultan, raja, Yang diPertuan Besar dan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Brunei[sunting | sunting sumber]

Dato[sunting | sunting sumber]

"Dato" ialah pangkal gelaran yang dianugerahkan oleh Sultan kepada individu yang telah dianugerahkan bintang-bintang kebesaran tertentu. Gelaran sebenar adalah "Dato" sentiasa diikuti dengan frasa tambahan mengikut bintang kebesaran dan darjahnya. Contoh gelaran Dato adalah "Dato Seri Setia", "Dato Laila Utama", "Dato Hamzah Pahlawan" dan "Dato Paduka".[2] Bagi penerima perempuan, "Dato" adalah digantikan dengan "Datin". Tidak semua orang yang telah dianugerahkan bintang kebesaran diberi gelaran Dato.

Datu[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Manteri

Dalam sistem gelaran pembesar diraja Brunei, "Datu" adalah pangkal gelaran bagi beberapa gelaran Manteri iaitu golongan pembesar selepas Cheteria dan yang terbawah sekali dalam hierarki tersebut. Gelaran sebenar adalah "Datu" sentiasa diikuti dengan frasa tambahan, contohnya "Datu Mahawangsa", "Datu Laila Diraja" dan "Datu Ratna".[3] Walau bagaimanapun, "Datu" juga wujud sebagai sebahagian daripada gelaran berpangkal "Pehin", juga dalam golongan Manteri, seperti "Pehin Datu Singamanteri", "Pehin Datu Amar Setia Diraja" dan "Pehin Datu Imam".[3]

Penerima terkenal[sunting | sunting sumber]

Gelaran "Datuk"[sunting | sunting sumber]

Gelaran "Dato'"[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Datuk", Pusat Rujukan Persuratan Melayu: Kamus Bahasa Melayu, DBP. Diambil pada 12-04-2011
  2. ^ "Senarai Bintang-Bintang Kebesaran dan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam" (PDF). www.adat-istiadat.gov.bn. Dicapai 2018-01-31. 
  3. ^ a b Al-Sufri, Mohd. Jamil (2002). Adat Istiadat Diraja Brunei. Bandar Seri Begawan: Jabatan Adat Istiadat Negara. m/s. 579–592. ISBN 9991734228. 

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.