Datuk Bandar Iskandar Puteri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Datuk Bandar
Iskandar Puteri
Jata Negeri Johor
Penyandang
Dato' Mohd Haffiz Ahmad
sejak 1 Februari 2021
GelaranYang Berhormat
Dilantik olehKerajaan Negeri Johor
Penjawat sulungDato' Adib Azhari Daud
Dibentuk22 November 2017; 6 tahun yang lalu (2017-11-22)
Tapak webhttps://www.mbip.gov.my/
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Datuk Bandar Iskandar Puteri merupakan ketua bagi kerajaan tempatan di Johor, Malaysia. Ia berperanan mengetuai pentadbiran dan pengurusan pihak berkuasa tempatan di Iskandar Puteri, iaitu Majlis Bandaraya Iskandar Puteri. Jawatan Datuk Bandar diperkenalkan bagi menggantikan peranan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah selepas penaiktarafan status Iskandar Puteri daripada bandar kepada bandar raya pada 22 November 2017.[1] Iskandar Puteri merupakan nama baharu bagi bandar Nusajaya yang ditukar pada Januari 2016.

Pelantikan[sunting | sunting sumber]

Jawatan Datuk Bandar Iskandar Puteri dilantik oleh Kerajaan Negeri Johor.[2]

Penyandang[sunting | sunting sumber]

Sehingga kini, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri diketuai oleh dua orang Datuk Bandar, yang berkhidmat untuk dua tahun perkhidmatan. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, Adib Azhari Daud dilantik sebagai Datuk Bandar pertama dari tahun 2017 hingga 2019.[2] Adib Azhari kemudiannya dilantik menjadi Datuk Bandar Johor Bahru.[3] Salehuddin Hassan dilantik menggantikan Adib Azhari bagi tahun 2019 hingga 2021.[4] Selepas tamat tempoh khidmat, Salehuddin kemudiannya dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri Johor.[5]

# Nama Tempoh khidmat
1 Dato' Adib Azhari Daud 2017-2019
2 Dato' Salehuddin Hassan 2019-2021
3 Dato' Mohd Haffiz Ahmad 2021-kini

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bernama (23 November 2017). "MPJBT kini dikenali sebagai Majlis Bandaraya Iskandar Puteri". Utusan Borneo. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-29. Dicapai pada 29 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ a b Nelson Benjamin (23 November 2017). "Adib Azhari appointed Iskandar Puteri mayor". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-29. Dicapai pada 29 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ BERNAMA (20 November 2019). "Adib Azhari Datuk Bandar JB yang baharu". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-11-22. Dicapai pada 29 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  4. ^ Masturah Suradi (20 November 2019). "Salehuddin Hassan dilantik Datuk Bandar MBIP Kedua". Johor Kini. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-24. Dicapai pada 29 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  5. ^ Mohamed Farid Noh (25 Januari 2021). "Bekas Datuk Bandar MBIP dilantik Pegawai Kewangan Johor". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-26. Dicapai pada 29 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)