Pergi ke kandungan

Dave the Barbarian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dave the Barbarian
FormatSiri animasi televisyen
Siri televisyen kanak-kanak
PenciptaDoug Langdale
Dibintangi oleh
Jeff Bennett
Danny Cooksey
Estelle Harris
Erica Luttrell
Tress MacNeille
Kevin Michael Richardson
Frank Welker
Negara asalAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bilangan episod22
Penerbitan
Tempoh siarank.k. 22 minit (setiap episod)
Penyiaran
Saluran asalSaluran Disney
Siaran asal23 Januari 200422 Januari 2005
Pautan luar
Laman sesawang

Dave si Orang Gasar adalah siri animasi televisyen Disney yang dicipta dan ditulis oleh Doug Langdale. Siri ini mengadakan pertunjukan perdananya pada bulan Januari 2004 dalam Saluran Disney. Setahun kemudian, siri ini juga disiarkan dalam Toon Disney.

Siri ini dilatarkan pada Zaman Pertengahan dan menumpukan kepada Dave, seorang gasar yang kuat tetapi merupakan pengecut. Bersama-sama dengan saudara kandung perempuannya, Fang dan Candy, serta pak cik mereka, Oswidge, keluarga ini memerintah buat sementara tanah khayalan Udrogoth bagi pihak Throktar dan Glimia, raja dan permaisuri benar (ibu bapa mereka) yang tidak ada di situ kerana sedang "berjuang dengan kejahatan" (walaupun mereka muncul sekali sekala melalui bola kristal tukang tilik). Throktar menugaskan Candy untuk memerintah kemaharajaan mereka.

Serupa dengan siri-siri pendahulunya, The Roman Holidays yang tidak kekal lama, dan The Flintstones, Dave si Orang Gasar mengatur seiring yang kuno dan yang moden. Umpamanya, Candy membeli-belah di kawasan membeli-belah tempatan dan menggunakan bola kristal untuk beria-ia membeli-belah dalam talian. Kekadang, siri ini juga menurunkan tirai keempat, dengan seorang watak membuat ucapan langsung kepada penonton.

Terdapat pengisah, dikenali sebagai Pencerita — kekadang dirujuk sebagai Pengisah, yang disuarakan oleh Jeff Bennett. Dia memainkan peranan yang penting dalam pertunjukan ini kerana mengawal apa yang berlaku dalam cerita. Dia berupaya bercakap dengan watak-watak dalam pertunjukan dan sebaliknya. Sebenarnya, dia pernah ditangkap sekali oleh Dark Lord Chuckles, si Babi Bodoh, dan terpaksa membaca kisah.

Pertunjukan ini, walaupun dipuji oleh para pengkritik, dihentikan selepas episod ke-22 tanpa memberikan sebarang alasan. Tidaklah diketahui apa yang akan dirancangkan oleh Saluran Disney. Peminat-peminat pertunjukan ini mengatakan bahawa pembatalan siri ini adalah amat mungkin dan mengatakan bahawa alasannya bukan kerana pertunjukan ini tidak bermutu, tetapi jenaka-jenakanya kekadang dianggap berketerlaluan oleh sesetengah penonton Saluran Disney. Bagaimanapun dari segi stilistik, kelucuan rancangan ini adalah berbeza dengan kebanyakan rancangan Disney. Dave si Orang Gasar masih disiarkan dalam Saluran Disney, kebanyakan kalinya pada slot hujung minggu jam 4.00 pagi. Di Australia, pertunjukan ini disiarkan pada hari bukan hujung minggu jam 11.30 malam.

Siri kartun ini pernah ditayangkan di Malaysia melalui Saluran Disney serta juga saluran TV3 pada setiap hari Sabtu jam 9:30 pagi.